Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada.

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada | Abah dan mama selalu berpesan, "rezeki itu ada, cuma datang lambat atau cepat saja." Mereka selalu memastikan kami cukup semua keperluan, tetapi kalau bab 'KEMAHUAN', kami perlu banyak bersabar untuk mendapatkan sesuatu itu.

'SABAR' itu bukan perkara yang mudah, terutama untuk budak kecik (masa dulu). Tapi kalau menangis meraung pun, selagi belum sampai masanya, aku tetap takkan dapat miliki sesuatu kemahuan itu. Akhirnya aku belajar untuk bersabar demi apa-apa keinginan walaupun rasa hati tu melonjak-lonjak nak cepat-cepat.

Antara Lambat atau Cepat, Rezeki itu Ada.

Hikmah bersabar sebelum dapat memiliki apa yang kita inginkan tu, bila dah dapat, kita akan rasa lebih menghargai benda tu. Tak kira lah benda murah atau mahal nilainya, perasaan tu memang akan rasa lain sikit. Benda yang senang nak dapat ni walaupun mahal, tapi susah untuk orang hargai. 

Sekarang ni, ramai yang tengah gembira dengan berita kehamilan Dato Siti Nurhaliza kan. I'm not really her die hard fan tapi tak ada reasons untuk tak suka beliau yang sangat sweet and humble tu. Alhamdulillah, happy for them. Tahniah Dato' Ct dan pasangan, semoga dipermudahkan urusan.

Memang perkara ini pun salah satu bukti bahawa rezeki tu ada, Allah cuma nak kita usaha. Janganlah sesekali berputus asa dengan nikmat Allah ya, pesanan untuk diri sendiri juga.

Masa tengok kawan-kawan dah kahwin, berkeluarga, dulu ada terfikir juga kenapa aku tak dapat 'rezeki' macam tu lagi. Tapi alhamdulillah rupanya 'rezeki' aku untuk terus hidup dan bermanja dengan mama & abah lagi.

Rezeki untuk kahwin akan datang nanti. Tak lama dah, kena sabar sikit lagi, hihi. Dalam masa bersabar ni juga kenalah usaha kan. Haha, maafkan saya encik tunang sebab tak ada hasil lagi, sedangkan beliau yang umur sebaya dah berjaya beli sebuah rumah untuk masa hadapan. Huhuhu, jauh betul ketinggalan aku ni. :P

Apapun, aku doakan semoga semua orang yang sedang bersabar dengan permintaannya ketika ini, semoga ditunaikan Allah.

Assalamualaikum :')

Kita hanya hamba, memang perlu meminta dari-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih



Follow

Post a Comment

15 Comments

  1. Kena berusaha untuk mendapatkan rezeki Allah.
    Ianya tak akan datang bergolek r melayang.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Mai, Amin. Moga dimurahkan rezeki kita.

    ReplyDelete
  3. Betul tu mai. Yang penting kena sabar kan. Bila tgok ramai kawan2 akk dah kawen n ada anak jeles jgk rasa. Terdetik jgk dalam hati knapa kita belum lagi. Tp tulah.semua kerja Allah kan. Dia yang tahu mana yang terbaik utk kita. ❤😊

    ReplyDelete
  4. Sbr itu indah kn.. Penantian 11thn akhirnya.. Sebak juga ms tgk tokti live update umum brita gembira ni

    ReplyDelete
  5. rezeki allah tetapkan dah..cuma kita berusaha je

    ReplyDelete
  6. takpe mai. Allah tahu yang terbaik apa dan bila masa yang terbaik untuk kita. rezeki tu akan datang pada tepat masanya ;)

    kc tag mai sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/10/giveaway-suka-hati-lah-by-ein.html

    ReplyDelete
  7. yeap. betul tu. kena sabar. masing-masing ada rezeki masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Insya Allah sudah tertulis rezeki Kita Ada Di mana2

    ReplyDelete
  9. tumpang gembira dengan berita kehamilan CT nurhaliza

    ReplyDelete
  10. thank you for this reminder :D betul sangat, kadang2 kita cenderung nak rush sangat sampai tak sedar itu bukan masanya. tapi kadang2, tekanan dari orang keliling pun memenatkan dan kita pun akan jadi tak sabar T__T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  11. inshAllah rezeki ada dimana-mana.. hanya cepat dan lambat je.. yang penting sentiasa bersyukur dan sabar.. hehe :)

    ReplyDelete
  12. InshaAllah rezeki tu milik smua.. busyra doakan mai berjaya.. amin

    ReplyDelete
  13. Wahh Tahniah untuk encik tunang dan bakal isteri encik tunang Mai tu.. Dah berjaya beli rumah di usia muda, insyaAllah rezeki sentiasa ada.. 😍😍

    Kena usaha je nanti Allah beri 💟
    Kalau pun belum diberi rezeki yang diinginkan, pasti ada hikmah besar kan

    ReplyDelete
  14. Rezeki Allah luas..
    Usaha, sabar, doa & tawakal itu yg mampu kita lakukan.

    ReplyDelete