Customize Tote Bag dari Printcious



Customize Tote Bag dari Printcious | Assalamualaikum readers! Haritu Mai ada share pasal kita boleh Design Sendiri Hadiah dan Barangan Peribadi di Printcious kan, jadi harini mai nak kongsi pula pengalaman Mai sendiri membeli barang di Printcious. Beli apa tu? Beli customize tote bag dari Printcious!

Customize Tote Bag dari Printcious

Customize Tote Bag dari Printcious 

Dalam banyak-banyak barang dalam Printcious tu, Mai memilih Tote bag juga akhirnya. Bukan apa, buat masa ini, Mai lebih banyak meluangkan masa mencari kerja dan interview kesana sini, jadi tote bag adalah lebih praktikal untuk Mai masukkan file, buku nota, pencil case, dan botol air walaupun nampak macam terlalu 'ringkas'. Takpelah, maksu Mai yang engineer pun shopping pakai beg galas belakang, praktikal katanya, so Mai ikut jelah jejak langkah orang berjaya gitu, ahahahaks.


TOTEBAG DARI PRINTCIOUS

Jenis Material: 100% polyester fabric.
Saiz: 34cm (L) x 40cm (H)
Warna: White


KELEBIHAN TOTEBAG DARI PRINTCIOUS 

1. Boleh print pada kedua-dua side bag depan dan belakang, mudah dan praktikal.
2. Kuat tetapi ringan. Boleh masukkan macam-macam barang.
3. Boleh letak jenama sendiri untuk urusan pengiklanan. (Mai letak jenama blog,kihkih)
4. Boleh design untuk jual semula.
5. Mesra alam sekitar. 


Customize Tote Bag dari Printcious

Of course semua kucing kesayangan Mai iaitu Owen, Ibang, Hairi dan Udin terpaksa jadi model menghiasi tote bag Mai. Jangan risau Mai bayar ehhh diorang dengan wetfood Royale Fancy Feast k, ahahaha, parok duit kakak T_T. 


SENANG TAK NAK DESIGN?

Senang sangat-sangat! Lepas pilih barang tu kita boleh customize barangan kita dengan apps yang tersedia di laman web Printcious sendiri. Apa yang kita perlu lakukan cumalah upload gambar yang kita nak, kalau nak tambah tulisan, boleh terus tulis, macam-macam jenis font ada.


ALAAA SAYA TAK KREATIF?

Jangan sedih-sedih, kalau anda rasa anda tak kreatif, Printcious ada sediakan ruangan 'PRINTCIOUS INSPIRATION' pada anda-anda yang buntu tak tau nak design macam mana kat bahagian bawah setiap produk pilihan kita. Curi je idea dari situ, lepastu letak sikit sentuhan kasih sayang dari tangan kita, siap!


Customize Tote Bag dari Printcious

Part paling sukar dalam menyeksakan masa membeli belah online ni mesti part tunggu barang sampai kan? Penantian tu satu penyiksaan, haha. Tapi kalau beli barang dalam Printcious ni korang tak sempat nak terseksa tau sebab zuppp barang dapat dengan cepat dan selamat.


BERAPA MASA DIAMBIL UNTUK MAI DAPAT TOTE BAG INI?

Mereka menjanjikan barangan kita akan sampai dalam 3-5 hari bekerja. Mai siap design dan order pada hari Sabtu 29 July 2017, dan akhirnya parcel Mai sampai pada hari Rabu 2 Ogos 2017. Cepat gila kan! Hari ketiga dah selamat sampai ke rumah dengan selamatnya. Abang Skynet tu sampai ketuk pintu rumah tauuuu nak pastikan aku dapat barang ni, haha. Thank you abang Skynet! Jasamu kukenang.


PENGHANTARAN SELALUNYA MELALUI APA?

Penghantaran barangan dari Printcious ni akan melalui Poslaju, Skynet, ataupun NinjaVan. Mungkin ikut tempat tinggal kita kot? Mai pun tak pasti kenapa, tapi tempat Mai dapat melalui Skynet. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya, dan nak trace barang kita kat mana pun senang.




Customize Tote Bag dari Printcious

Honestly, Mai memang 100% puas hati dengan barangan dari Printcious dan ini bukanlah kali pertama Mai berurusan dengan mereka. Dulu Mai pernah beli sebuah bantal diprint gambar kami untuk dihadiahkan pada tunang, kahkahkah #overlyattachedgirlfriend!

So dengan adanya Tote Bag dari Printcious ni, Mai taklah rindu-rindu selalu dengan anak-anak bulus Mai ni setiap kali keluar rumah, hehehe. Nak heret semua memang tak dapatlah, kang bertinju dalam kereta si Pahlawan Owen dan Superhero Ibang tu, Udin dengan Hairi pula memanjat Mai yang tengah drive lagi, kang lima2 ketul masuk spital, haha. 

Nak beli lagi tak dari Printcious ni? Of course nak! 

#OVERLYATTACHEDBUYER
#SEKIANREVIEWIKHLAS MAI

Kalau korang berminat nak customize barangan atau hadiah dengan Printcious ni, boleh layari https://www.printcious.com/my untuk maklumat lanjut :)


Follow

Post a Comment

33 Comments

  1. Comel comel comel. Kak ana suka design yg ada url mai tu. Comel sgt2.

    ReplyDelete
  2. waahhhh besrnya .. cepat tu smpai if 3-5.. comel je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Unni, servisnya mmg cepat dan cekap. Hihihi thanks!

      Delete
  3. Cantiknya...dan service pun cepat..

    ReplyDelete
  4. wahh.. cantik mai tote bag tu.. cepat pulak tu service dia.. tak sabar nak dpt akak punya pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh akak... Heee akak beli apa tuuu :P

      Delete
  5. Bag kucing tu cantik! Heheh. Eh, tuan dia pun sekali.

    ReplyDelete
  6. Bestnya Ada tote bag dihiasi kesayangan mai Kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul-betul-betul. Boleh usung kemana-mana.

      Delete
  7. Lawa , ni tgh duk fikir nak design apa heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe fikir jangan tak fikir sis, haha

      Delete
  8. comel pulak bag tote tu.. kompom syg nak guna kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis saya kalau sayang saya kerap guna kak, hahaha dah rasmi dah pergi job fair haritu :P

      Delete
  9. Bestnya...cantik pulak tu...=)

    ReplyDelete
  10. Waaahhh shomelnyeee... Pandai may design.. :)

    ReplyDelete
  11. Desgin yang ada gamba kucing tu serius cantik. Tapi tak minat tote bag sebab pendek sangat. Suka jenis sling bag cetu.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  12. Comelnya design...akak sukaaaa...

    ReplyDelete
  13. Cantik design tote bag mai.. Comel sangat..

    ReplyDelete
  14. Cantik totebag tu mai. Tak sabar akak nak tunggu barang akak sampai. Moga cepat sampai sebelum akak balik kampung ni

    ReplyDelete