Book Review | 5 Tahun 5 Bulan by HFIL

5 Tahun 5 Bulan by HFIL
5 Tahun 5 Bulan by HFIL 

Tajuk: 5 Tahun 5 Bulan (Wildanmu, Bidadariku)
Penulis: HFIL
Tarikh Penerbitan : 2016
Genre: Romance
Source: Wattpad (https://www.wattpad.com/story/79907064-5-tahun-5-bulan)
Rating : ★★★★★

_______________________________________

Sinopsis 

Sinopsis (I)-Tatkala pagi berganti tiba, hanya seuntai pesanan yang ditinggalkan, menyimpulkan perasaan sang insan secara keseluruhannya.
  
  'Hana,
  terima kasih.
  Saya sayang Hana.'

Review

Itu je sinopsis dari penulis? Mungkin penulis mahu biar kita rasai sendiri bagaimana beliau membuat plot twist, dan U-turn disetiap persoalan kita semasa membaca karyanya ini. Ramai tersalah sangka 5 Tahun 5 bulan ini karya Hlovate kerana tajuk novel yang serupa, tetapi jangan tersilap, ini adalah karya HFIL, seorang penulis yang sangat berbakat bermain dengan emosi pembaca.

Gaya penulisan penulis santai dan tetapi tetap dapat membawa aku ke satu dimensi baru menghayati emosi setiap watak, Raihana, Daniel, dan Fahrin. Banyak interaksi antara watak yang ditulis dalam bentuk dialog, lebih jelas dan mudah untuk difahami. Dan banyak antara dialog mereka yang sangat bermakna bagi aku, terutamanya dalam dialog Fahrin, manusia yang terpinggir.


"Daniel, ini aku, Hanya orang ketika dalam kisah hidup kau. Yang cuba menjadi watak utama tapi masih, aku hanya orang ketiga." - Fahrin

"I don't make friend with someone that I love the most lebih dari kawan. Tak ada sesiapa pun buat macam tu." - Fahrin

"Kalau dia sayang, dia akan cakap dan dia akan buat." Fahrin


Serius ada babak yang buat aku terjerit dalam novel ni. Babak lawak yang sangat lawak, babak sedih yang terlalu hiba, dan babak cinta yang terlalu manis. Arghhhhhh HFIL, I really fall in love with your words! Hahaha aku tak 'gay' macam Daniel suruh Fahrin piggyback tu, kehkehkeh. Opss jangan salah sangka, takda orang songsang dalam novel ni, cuma ada plot twist yang mendebarkan jiwa ragaku!

For me, hanya Daniel yang layak bersama dengan Raihana. They were made for each other. Tapi Fahrin pun layak bahagia kan? Itu yang merunsingkan aku selagi tak habis baca novel 5 tahun 5 bulan ni. Hahah.

5 tahun 5 bulan. Takda isu antara dua darjat. Takda isu monstermother-in-law kejam etc. Memang lari dari drama tv. Pernah tengok dua lelaki yang mencintai seorang wanita mampu berdamai dan saling menjaga? Memang terbaik HFIL olah watak Fahrin dan Daniel Farhan.


"Kenapa kau cakap aku adik kau?"

"Sebab kita sama-sama hensem, kan serasi." 


Phewww sabar jelah dengan Daniel ni. Tak habis-habis dengan lawak bodoh tapi sweet dia. Selalu watak hero arrogant je kan? Tapi Daniel ni dari awal sampai habis dia kelakar. Orang sedih dia kelakar, tapi ada la babak sweet potong kaki dia.


"Paling tidak kalau dia memang nak "pergi", saya harapkan untuk dia bawa saya sekali." -Raihana

"Dulu, awak mula cium saya dan awak pergi. Dan Tuhan pulangkan awak pada saya lepas tu.." --kissing scene--"Semoga kali ini, selepas awak "pergi", Tuhan pulangkan saya pada awak, untuk kita bersama lagi nanti." - Raihana


Raihana. Tak sanggup bayangkan rasanya ditempat awak. Tapi itulah dah terbayang sebab nak hayati cerita. Thank you sebab buat saya rasa lebih sayang dan hargai orang yang sayang saya lepas hayati cerit awak,hahahaha, motippp sgt. :P

Apapun, sebenarnya plot 5 Tahun 5 bulan by HFIL ni tak berat pun, cuma memang sedih, tapi jangan sedih lama-lama nanti author pujuk dengan scene yang happy balik. Apapun congrats penulis, memang best karya yang ni. Aku confirm akan baca karya HFIL yang lain lepas ni.





Follow

Post a Comment

17 Comments

  1. ohhh wattpad ke...dah lama tak baca kat sana...

    ReplyDelete
  2. Nani selalu jugak baca cerita dekat wattpad tu. Banyak sangat yang best! Heheh. Nak cari lah yang ni pulak nanti 😊

    ReplyDelete
  3. Susah nk jumpa penulis yang pandai main dengan perasaan kita dan buat kita rasa terbuai dan terpukul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...dari heartless tetiba jadi syahdu pulak, hahaha.

      Delete
  4. Ala.. dah bookmark dekat library tapi tak baca lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa 20 bab je Kak sha, puas hati, jangannnn tak baca tau. haha

      Delete
  5. Mama suka novel yg bermain dgn emosi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan sekali sekala layan syahdu, hahaha

      Delete
  6. tajukkk menarik lah maiiii.. best tngokk

    ReplyDelete
  7. Asalnya nak baca ringan2 sebelum tidur, hahaha last2 terjebak pula duk scroll wattpad tu sampai pagi buta :P

    ReplyDelete
  8. hahaha Umi pun dh terjebak..bila baca 1 cerita mmg terlayan sampai tertido..cerita ni dlm library dah..xbaca lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama lah Umi... Kalau bab tu suspen kang selakkk juga next chapter tu walaupun dah menguap2

      Delete
  9. Bagusnya kalau tabiat membaca ni kita jadikan hobi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pakcik. Dulu masa gadget tak da mmg saya hobi membaca, skrg mcm dah pupus pula kena sampuk dengan gadget. kena pupuk semula ni.

      Delete