Anak Kucing Hilang Selera Makan | UDIN

Anak Kucing Hilang Selera Makan | Ini bukan kali pertama Mai hadap masalah anak kucing hilang selera makan. Sebelum ni Mai pernah cerita perihal Adek yang hilang selera makan dan pengalaman ambil ubat untuk anak kucing hilang selera makan dalam entry INI. Kali ini Udin pula demam dan mula hilang selera makan sampai susut badan montelnya.

ANAK KUCING HILANG SELERA MAKAN | UDIN


HARI PERTAMA (6/8/2017)

Siang tu Udin masih cergas bermain dengan anak-anak kucing lain dirumah ni. Siap panjat grill tingkap bilik dengan nakalnya bila main lari-lari. Tapi Mai mula perasan Udin tak makan sangat. Even bila letak ayam rebus (his all time favorite) pun dia buat tak tahu je. Tapi ingat dia masih kenyang sebab makan kibbles (kibbles everywhere kat rumah ni sebab untuk kucing liar sekali), mungkin Mai yang tak perasan.

Malam tu pun dia masih tak makan & minum. Ya Allah kenapalah Mai masih tak boleh perasan yang ada sesuatu tak kena dengan Udin. Sorry sayang... (T_T). Macam biasa dia akan tidur dengan Mai, kadang-kadang hujung kepala tapi selalunya dalam pelukan lah.

Dan hari pun berlalu....tanpa Udin menjamah sikitpun makanan & kakak yang masih tak perasan.


HARI KEDUA (7/8/2017)

Syukurlah pada hari kedua Udin tak sihat, kakak dapat detect yang sesuatu berlaku dekat adik kesayangan dunia akhirat kakak ni. Bila Mai sentuh telinga Udin memang sejuk. Petua ada cakap, kalau kucing demam tapak kaki & telinga dia akan sejuk.

Thank you mama yang keluar masa tu tolong belikan Glukolin Glucose untuk penambah tenaga Udin yang masa tu semakin lemah. Maklumlah Udin tak mahu makan dan minum. Jadi Mai akan pastikan Udin mendapat tenaga daripada minuman glukosa yang Mai suap menggunakan syringe tu.

Cara bancuh air glucose untuk kucing? Tak kisah pun, janganlah sampai terlalu manis, cukuplah rasa manis-manis seperti manis buah. Itu salah satu tips yang Mai dapat dari pencinta kucing lain dari group Dunia Kucing di Facebook. Untuk pastikan Udin dapat air secukupnya, Mai force-feed dia dengan air glucose ni dua syringe setiap dua jam. 

Makanan? Udin taknak makan apa-apa langsung.

Anak Kucing Hilang Selera Makan | UDIN
Udin Merajuk Sebab Kakak Paksa Minum Air Glucose

HARI KETIGA (8/8/2017)

Mai tak dapat tidur sebab keadaan Udin semakin lemah. I can't sleep while my baby is suffering, alone! Mai pastikan Udin dapat tidur dengan selesa malam tu. Mai tahu dia tak selesa sebab dia sendiri alihkan tempat tidur banyak kali, dan setiap kali itu Mai akan selimut dan pastikan dia tidur balik. 

Mai nak bawa dia pergi klinik pagi tu, memang niat nak bawa dia pergi. Tapi otak ni ligat cari idea nak dapat duit mana kan. Sampai post entry INI la, untuk luah sikit perasaan yang tepu ni. 

Jam 0700 pagi, masih tak nampak bayang duit lagi. Tiba-tiba mama datang hulur not RM50, katanya sedekah untuk Udin. Mai malu nak ambil, macam menyusahkan, sudahlah tak kerja lagi nak minta duit, tapi antara EGO dan NYAWA UDIN, Mai pilih nyawa Udin. Not RM50 itu dimasukkan dalam dompet. Alhamdulillah, bersyukur, tapi masih tidak cukup lagi.

Muntah & Najis yang Penuh Air

Udin mula berak dan muntah, tapi hanya air yang keluar, yelah, Udin tak makan & minum. Mai mula la nak start berpeluh, jantung pun dah makin laju. Ya Allah, kakak tak sanggup tengok Udin sakit. 

Tak lama pun selepas tu, dalam beberapa minit tiba-tiba ada notification dari whatsapp kakak. Ada seseorang sudi beli voucher dari blog kakak yang kakak lelong untuk Udin. Alhamdulillah, syukur, rezeki untuk Udin Allah hantar lagi. Miracles happens everyday kan?
Terima Kasih pada sahabat blogger yang dikasihi, Mrs.Pip sudi membeli voucher dari Mai sambil tolong Udin. Semoga rezeki Mrs.Pip terus melimpah ruah. Aaamiin.
Cepat-cepatlah Mai pergi bersiap untuk bawa Udin jumpa vet. Sambil tu pesan dekat Udin suruh dia kuat, sebab kakak sayang sangat dengan Udin ni. Kakak ikhtiar tapi awak pun kena fight tau sayang.

Macam biasa Mai akan bawak Udin pergi ke My Cat Klinik, Kulim sebab situlah satu-satunya tempat Mai percaya untuk serahkan adik kesayangan Mai. Mai ada reason sendiri kenapa tak prefer vet kerajaan. Too many bad experience. Mai tanya adik, "Kalau aku cerita kat blog agak2 aku kena tangkap tak?" Hahaha, dia gelak je. Tapi tu la kalau tak boleh bersuara, apa yang boleh Mai buat lagi? Apapun bukan semua rawatan vet kerajaan tak elok, ada yang bagus, tapi kalau yang sakit tu baby memang mai tak recommend..Huhu.

Ok back to cerita asal, haha. Proses macam biasalah, mula-mula daftar Udin dulu kat kaunter sambil tunggu turn kena panggil. Sempatlah berkenalan dengan kucing nama Leo yang accident, kesian... Harap Leo pun cepat sembuh ok.

Hasil timbang berat Udin, dah 1.3 kg, rasanya dah boleh kalau vaccine. InsyaAllah lepas Udin sihat kakak dah buat temujanji untuk vaccine Udin & Hairi sekali (kembar). Doktor kata Udin kuat semangat untuk hidup, yeahhh that's my braderr!!!

Udin kena drip masuk air 3 dos, menggelupur dia, ayooooo, ahahaha, jenuh dr vet tu dgn assistant kepung dia suruh duduk senyap-senyap. Kemudian ada la dia kena inject antibiotik. Dr buka mulut dia check, alhamdulillah tak pucat.

ubat kucing hilang selera
Muka Udin tak Rela Makan Ubat
Senarai ubat yang Udin dapat adalah:
  • Ubat tambah selera / lawan jangkitan hati
  • Probiotik untuk usus
  • Antibiotik 
  • Ubat Cirit
  • Ubat Bunuh Hama/Kurap (untuk Udin and the gang)
  • Cecair & Jarum untuk drip badan Udin
Kakak tak drip pun Udin, kakak dah la takut jarum. Masa kakak cucuk badan dia, menggelupur dia lari, kakak yang trauma. Akhirnya kakak stay dengan suap glukosa & air yang mencukupi je.


HARI KEEMPAT (9/8/2017)

Jam 0400 pagi, Udin kejut kakak sebab lapar. Ya Allah sungguhnya kakak betul-betul bersyukur sebab akhirnya Udin cari makanan, biarpun sikit, tapi dia makan T_T. Harini kakak nampak kesihatan Udin beransur baik.

Telinga Udin pun dah tak sejuk dah, alhamdulillah. Lega sikit hati kakak ni. Cepat sembuh tau sayang, kakak rindu awak yang nakal tu.

Kawan-kawan, Udin masih memerlukan doa semua. Sedekah doa untuk Udin ya. Semoga doa yang baik itu semua melantun kepada anda dan keluarga.


Kos perubatan Udin? RM70 sahaja. Alhamdulillah kos tu memang berbaloi dengan servis, perhatian dan konsultasi daripada vet. 


Baca kisah Pengalaman & Review My Cat Clinik Kulim Mai yang Lain :

  1. Hilangkan Kutu Kucing | My Cat Clinik Kulim
  2. Anak Kucing Hilang Selera Makan 1 | My Cat Clinik Kulim
  3. Anak Kucing Hilang Selera Makan 2 | My Cat Clinik Kulim


Follow

Post a Comment

29 Comments

  1. Alhamdulillah...

    singgah sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  2. Mudah2an Udin cepat sembuh. Kalau dia nak makan itu tandanya dia akan sembuh.
    Sedih dan risau bila tenguk kucing sakit ni. Pakcik kalau nampak tanda2 kucing sakit, memang cepat2 bawak ke vet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih Pakcik.. Nasihat pakcik pasal rumput tu pun mmg betul, patutlah Udin asyik nak keluar pagar je walaupun tak larat. T_T

      Delete
  3. InsyaAllah Udin sihat..amin..

    ReplyDelete
  4. adoi.. kesian nya.. semoga cepat sihat dan lincah bermain-main ya..

    ReplyDelete
  5. Semoga Udin cepat sembuh ...
    Comel jer Udin tu, alolo siap boleh merajuk lagi time minum glucose..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, tu la, banyakk peel budak tecik ni.

      Thank you akak utk haritu..

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Semoga Udin akan semakin sihat.. Muacchh cikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi Udin Muahhh balik (gaya dato vida) :P

      Delete
  7. Semoga udin cepat sembuh. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. alahai udin.. cepat-cepat sembuh.. jangan bagi kakak risau lagi okay..

    ReplyDelete
  9. bila anak bulus tak sihat atau hilang selera makan, mesti kita pun susah hati :( Hana pun pernah bela 2 ekor kucing, even masa dia lapar kibbles dah habis pun dah susah hati apatah lagi kalau diorang sakit

    ReplyDelete
  10. time ada bela kucing dulu...takut betul kalau kucing monyok jea.. macam-macam cuba buat supaya kucing cepat sihat..huhu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah lega dengar dia nak makan dah :D
    Semoga Udin cepat sembuh :)

    Fatina| www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Semoga udin cepat cepat sembuh tau...nanti boleh main dgn kakak...yaya pun suka sangat dgn kucing =)

    ReplyDelete
  13. Gigih mama baca sampai habis. Alhamdulillah Ada perkembangan positif. Udin strong sebab ada kakak yg sayang dia

    ReplyDelete
  14. Gigih mama baca sampai habis. Alhamdulillah Ada perkembangan positif. Udin strong sebab ada kakak yg sayang dia

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah mai, udin dah beransur sihat, moga cepat sihat ya udin :)

    ReplyDelete
  16. Dah makin okay kan Udin. Smga udin kembali shat dan aktif

    ReplyDelete
  17. Ala Udin cepat baik yea.. mkn ubat tu yea Bonde dari www.bondezaidalifah.com datang melawat Udin.

    ReplyDelete
  18. Huhuhu tu la kucing jalanan sihat2..Udin ni 24 jam dlm rumah.

    ReplyDelete
  19. GV doakan semoga Udin cepat sembuh ya. Sabar ya kak. :)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah.. kos pun kira bbaloi tu Mai. =)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah Udin dah sembuh kan..

    Semoga diperluaskan rezeki Mai

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas doa dan kasih sayang untuk UDIN dari kalian ;')

    ReplyDelete