Asal sebut 'Budak Wechat' je mesti perkara-perkara negatif menyelubungi fikiran kita. Maklumlah page-page di facebook banyak dibanjiri dengan ke'bodohan' segelintir bebudak yang tak tahu malu membangga dengan keaiban diri sendiri, lalu ada yang mengklasifikasikan semua yang ada wechat tu tak matang, hahah. Kelakar la pulak.
Itu tak masuk lagi bab curang dengan pasangan. Maklumlah dengan aplikasi Wechat ni, senang sangat nak kenal dengan orang baru. Just 'look around' je nanti dapatlah kenal orang-orang berdekatan dengan kita. Sebab tu lah Wechat ni agak 'blacklist' terutama bagi pasangan dalam long distance relationship.
Agak menyedihkan juga sebab ada beberapa kes rogol (zina dengan budak bawah umur) berpunca dari aplikasi Wechat ini. Semuanya kerana beberapa syaitan bertopeng manusia berbekal ayat manis memancing perasaan budak-budak baru nak kenal dunia. Ya Allah, budak-budak memang senang nak dapat kan? Dia lupa dia bakal 'MENDAPAT' di akhirat kelak. Nauzubillahiminzalik, moga ahli keluarga kita dijauhkan dari menjadi mangsa atau menjadi pemangsa.
Tapi semua benda dalam dunia ni mesti ada pros & cons kan. Actually Wechat ni takdelah 100% buruk macam yang disangkakan. Dan bukan semua yang ada WeChat tu 'bodoh' macam yang selalu diviralkan tu. Personally, ada beberapa hal yang aku suka dengan Wechat ni.
-Apa yang Aku Suka dengan Aplikasi WeChat ni?-
01. Mudah untuk Berjual Beli Secara Cash-On-Delivery (COD)
Oleh kerana WeChat ada 'People Nearby' (dulu dikenali sebagai Look Around) yang membolehkan kita jumpa ramai orang dalam range lebih kurang 100M dari kita, bolehlah kita add ramai peniaga untuk shopping online dengan sistem COD, kalau lagi best, ramai peniaga dalam WeChat yang menawarkan khidmat delivery untuk barang-barang mereka. Best!
02. Lebih Private!
Bestnya WeChat ni sebab boleh update moment yang lebih private dari status facebook atau twit di twiter. Selain boleh control siapa yang boleh baca & tengok gambar dalam moment kita, komen-komen dan jumlah likes dalam moment tersebut pun orang lain tak boleh tengok melainkan kita sendiri & rakan yang friend dengan pengomen tersebut sahaja.
03. Respons Segera Menggunakan 'Drift Bottle'
'Drift Bottle' ni membolehkan kita bertanya soalan/luah perasaan/mencari kawan antarabangsa dengan menulis dalam bottle olok olok pastu campak ke lautan WeChat secara anonymous. Nama dan gambar kita boleh privatekan masa nak campak drift bottle ni. Sesaat je campak, mesti dapat respons. Selalunya kalau aku buntu ke, aku dah tak pakai eeny, meeny, miny, moe dah, aku tanya je dalam drift bottle tu, nanti banyaklah pendapat aku dapat, hahaha.
Thank you adikku YANA JIE pengguna WeChat tegar yang tolong bagi idea untuk entry kali ni, haha. Apapun kemudahan yang ada, kalau disalahguna, memang mudarat yang menanti. Elakkan lah post sesuatu yang boleh memalukan kita & family, bukan di WeChat sahaja, di semua media sosial yang lain juga.

22 Comments
bru taw ada drift bottle
ReplyDeleteKite selalu godek2 dalam wechat tu :P
DeleteIra pun tak faham dengan gelaran "dak wicet" yang menimbul tu dahal tak semua pengguna teruk pun. Dalam mana-mana sosial media pun mesti ada sorang dua yang fius putus punya lepas tu terus nak label itu ini. Adehh meleis sangat !
ReplyDeleteTau takpe...Bab kecam2 orang mmg ramai suka buat ni, uhuhu.
Deletebudak-budak bawah umur yang salah gunekan wechar selalunye.. haha..
ReplyDeletee'in gune wechat untuk bisnes je..
Kebaikkan keburukkan wechat ni terpulang pada pengguna kan ..
ReplyDeletedulu suka je main drift bottle tu.
ReplyDeleteskrg xmain dah. dah insafff katenyaa. kikiki
Sy pun ada acc wechat juga �� tapi bukan golongan 'dak-dak wechat' la ��
ReplyDeleteBanyak kebaikannya sekiranya digunakan dengan betul.
ReplyDeleteDulu guna jugak aplikasi wechat ni tapi lepas asyik ade org duk hantar mesej lucah-lucah terus uninstall
ReplyDelete😅😑
Tula disebabkan budak-budak salah guna wechat orang blacklist we chat. Dulu akak ada pakai we chat tu. Tapi dah tak pakai dah sekarang
ReplyDeletebetul setuju wechat lebih private kalau nak update everyday momentss :D
ReplyDeletehusnniey pun dulu pengguna tegar, dalam tu semua kawan perempuan je pun. Friend pun tak ramai mana, ni dah kurang sikit aktif. tak terkejar bebanyak akaun media sosial. hahaa
Huhuhu ada jugak wechat tp tak guna pun.. hehe..
ReplyDeleteUmi pun guna wechat sekejapan jer jd tak discover byk benda...terlalu byk apps dh kat hp tapi yg drift bottle tu mmg menarik...
ReplyDeleteBila baca tajuk tu teruk dalam kepala jawab "YES!" but now I want to try that drift bottle!
ReplyDelete// afifahaddnan
Dulu sy pun pengguna wechat juga.. Tp skrg dah x guna hahaha.. Cukuplah fb, insta dan blog.. Jenuh juga melayan smua media sosial ni 😂😂.. Twitter pun x penah post dah sejak delete all post ary tue..
ReplyDeleteDulu ada Wechat tapi lepas dan uninstall terus tak ingat dah id. Mana-mana media soaial okay je nanye cuma jangan disalahguna. Kalau salahguna yang jadi gitu. Popular nanye dak dak wechat ni. Hehe
ReplyDeletedah brapa tahun xpakai wechat ni btw mmg ada kebaikan bila kita guna sesuatu apps tu dgn baik dan bgitu juga sbaliknya bila kita salah guna =)
ReplyDeleteCam menarik je ni.
ReplyDeleteKaklong ada wechat tapi tak pandai guna. Nak try juga la shopping nearby n Drift Bottle tu.
TQ Mai :)
farah pun ada acc wechat . utk business hehehe . meh meh add kita : farahadila2 :)
ReplyDeleteSeriusly saya tak pandai guna wechat....hihi...byk kali install nanti saya uninstall balikk..hahaha
ReplyDeleterabia tak ada we chat..heheh..so tak tahu sgt pasal we chat ni
ReplyDelete