Tentu ramai dah mula bercuti raya hari ini kan? Pada yang belum dapat cuti tu, jangan sedih-sedih tau. Pada yang tengah drive balik ke kampung harini, semoga selamat sampai ke destinasi tau, take care! So harini nak sembang pasal baju raya je sebab family aku baru siap beli baju raya je ni,hahaha. Tema family kami tahun ni adalah Emerald Green! Yippie!
Asalnya ada dua cadangan warna untuk tema raya 2017 kami, iaitu Royal Blue vs Emerald Green, tapi akhirnya kata sepakat diambil untuk pilih Emerald Green menghiasi raya pertama kami. Mujurlah ada kedai baju siap yang ada size untuk satu family aku, hahahaha. Semua saiz kami sapu, 36, 38, 40, 42, 46, 50, maklumlah ramai perempuan. Baju lelaki takpa beli asing ja senang cari sebab abah & adik lelaki tu jenis ikut mama saja. Manakala baju mama dijahit sendiri oleh adik ketiga aku.
Bila dah ada warna tema baju ni, mulalah bab pening nak cari tudung matching pulak kan. Nak buat color-blocking pun tak boleh bedal ikut dan je. Dan bab cari tudung ni pun kerja aku & adik ketiga aku jugalah nak merentas downtown demi mencari berhelai-helai tudung (maklumlah semua nak sedondon). Susah juga takut jumpa yang cantik, tapi tak cukup sehelai, pusing lagi cari, haha.
Warna tudung yang masuk dengan Emerald Green ni banyak juga sebenarnya bila aku tengok dalam color-palletes. Tapi kena pastikan tak suram dan masuk dengan warna kulit juga la sebelum betul-betul pilih kan. So jom kita tengok dulu warna tudung apa yang sesuai dipakai dengan baju emerald green?
-Kombinasi Warna Emerald Green-
Jadi warna yang disenaraipendekkan adalah purple, peach dan light blue untuk warna tudung raya nanti. Tapi tu pun aku belum usha lagi dekat downtown, maybe kalau ada warna lain yang boleh masuk why not give it a try kan?
So operasi last minute untuk mencari tudung dan kasut raya lah harini dan esok. Selain persiapan raya, persiapan nak tunang pun macam huru hara lagi ni, haha, mujur ada mama yang banyakkkkkkkk terlaluuu amat banyakkkk sangat tolong aku T_T. Fuh semoga semua berjalan lancar.
So operasi last minute untuk mencari tudung dan kasut raya lah harini dan esok. Selain persiapan raya, persiapan nak tunang pun macam huru hara lagi ni, haha, mujur ada mama yang banyakkkkkkkk terlaluuu amat banyakkkk sangat tolong aku T_T. Fuh semoga semua berjalan lancar.
Apa tema Aidilfitri 2017 korang? Persiapan raya dah berapa percent dah tu, ihiks.
22 Comments
utk emerald green, warna brown & beige pun masuk juga 😉 tema kami hijau bebas. x kisah sea green atau lumut atau emerald green 😄
ReplyDeletecantik mai warna emerald green ni.....kak lina tahun ni purple hihi
ReplyDeletetema raya tahun ni warna kuning ke mustard sikit gitu..
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri mai.. mintak maaf kalau ade salah silap..
ReplyDeletetema e'in satu family pun hijau jugak.. hihi
Kak Sha tema biru.. Hehehe..
ReplyDeleteTudung tak cari lagi.. sedih..
Emerald greeb dgn mustard sesuai jgk. Haritu reen pakai dengan warna pink belacan.😊
ReplyDeleteTahun ni kami stu fmly tema warna hitam. 😚😚
Cantik Emerald Green! 😍
ReplyDeleteTema family Siqah tahun ni pink dan grey. Tak kisahlah tone warna asalkan dalam kumpulan warna itu. Hee.
Selamat hari raya Mai. Maaf zahir batin. Take care! =)
tema family sis light pink.. :)
ReplyDeletewehhhh tema sama lah kita tahun niiiii!!!! hahahahaha... ♥
ReplyDeletekite ingat macam nak pakai tudung cream takpun nude je nak gu. pakai shawl sedia ada je, takdan nak pi beli dah aih, esok kerja lagi. kah! selamat hari raya maaf zahir batin, mai... semoga dipermudahkan segalanya nanti. muahciked!
Selamat hari raya untuk Mai sekeluarga.
ReplyDeleteSelamat hari raya Mai...
ReplyDeletesama la kita tema emerald green
ReplyDeletesalam singgah disini... lama tak terjah blog may. first amer nak ucap congrats on your engagement... tahniahh.. dah step on next level dah... :D..
ReplyDeletebtw amer nak wish selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin... dah ada dah adsense dia.. :D
royal blue dan emerald green.. dua dua mama suka
ReplyDeleteSelamat Hari Raya cik Mai and oh, selamat bertunang.. XD
ReplyDeleteTahniah mai.
ReplyDeleteJangan lupa jemput saya.
wow tema emerald green..cantik sgt
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.. Dan Tahniah kerana bergelar tunang org hehe ^^ Doakanlah sy smoga jodoh cepat sampai hahaha xD.. Raya kami xda tema.. so tema warna warni hahaha
ReplyDeleteBg say utk hijau mmg paling cantik emerald green ni. Tapi kami mmg tak pernah kisah sbb xpernah bertema. Hee
ReplyDeleteselamat hari raya!
ReplyDeleteTema kami pun Colorful Raya tahun nie. Macam2 warna ada. hihi.. Selamat Raya Mai. maaf lahir dan batin..
ReplyDeleteCT nak purple tahun ni tapi size xdak.. uhuk..
ReplyDeleteterima sajalah kaler apa yang ada tibailaaah hehe..