Ya Allah, aku tak tahu nak tulis macam mana entry kali ni sebab rasa sebu sebak sedih semua ada. Hati aku betul-betul hancur semalam bila aku kehilangan Adek sekelip mata. Parvovirus killed my baby dalam 24 jam sahaja!
-1 Jun 2017-
Petang tu sebelum berbuka aku tengok Adek lain macam. Dia tak pernah masuk toilet saja-saja kecuali untuk buang air, tapi petang tu dia masuk dan tidur dalam toilet. Aku pun ambil dia dan lap, aku suruh dia tidur atas sofa, dia pergi tidur dekat toilet balik, walaupun aku dah tutup pintu, dia melepek depan pintu toilet tu.
So mama suruh aku bawa dia naik dan bagi dia tidur dalam aircond. Walaupun ada aircond, dia tak mau tidur atas selimut macam selalu, instead, dia pergi tidur depan toilet dalam bilik tu, dan betul-betul dibawah aircond. Aku rasa tak sedap hati betul.
Aku pun nak suap dia makan macam selalu malam tu, sebab dia tak pernah makan tanpa suap selama ni (sebab manja sangat). Bila aku suap dia tak terlompat-lompat excited macam selalu. Aku betul-betul rasa takut malam tu tapi aku buat rileks je sambil pujuk hati aku biar semuanya baik-baik sahaja.
So mama suruh aku bawa dia naik dan bagi dia tidur dalam aircond. Walaupun ada aircond, dia tak mau tidur atas selimut macam selalu, instead, dia pergi tidur depan toilet dalam bilik tu, dan betul-betul dibawah aircond. Aku rasa tak sedap hati betul.
Aku pun nak suap dia makan macam selalu malam tu, sebab dia tak pernah makan tanpa suap selama ni (sebab manja sangat). Bila aku suap dia tak terlompat-lompat excited macam selalu. Aku betul-betul rasa takut malam tu tapi aku buat rileks je sambil pujuk hati aku biar semuanya baik-baik sahaja.
Masa sahur tu aku cari dia dah hilang dari tepi aku, rupanya dia terkelepek depan pintu toilet lagi. Bila aku buka lampu, kena mini heart-attack aku tengok ada cecair oren pekat tepi Adek. Aku ingatkan air kencing dia.
Aku hantar gambar kat Dunia Kucing Group , alhamdulillah walaupun pagi buta orang sibuk sahur, ramai yang bagi respons untuk aku. Ada yang assume Adek terkena batu karang, tapi ada yang cakap tu bukan kencing, tapi muntah. So bila aku calit sikit untuk bau, memang takda hancing tapi bau hanyir.
>>Baca Respons Mereka<<https://www.facebook.com/photo.phpfbid=1782208898462996&set=gm.1936257689945641&type=3&theater
Aku tak sabar tunggu pukul 9.00 sebab nak bawa Adek pergi vet. Sambil tu aku suap Adek air guna botol. Dia semakin tenat, dah tak bangun lagi dah. Nafas dia laju-laju.
-2 Jun 2017-
Jam 0900 pagi aku bersiap untuk keluar. Aku masukkan Adek dalam besen pink yang dia selalu main nyorok-nyorok dalam tu. Sebelum keluar, mama & abah bagi duit tampung untuk aku rawat Adek, aku mula-mula confident duit buat blog aku cukup untuk settle Adek,tapi aku tengok Adek, aku padamkan ego tu dan ambil je duit dari parents aku tu. InsyaAllah nanti aku akan bayar balik.
Mula-mula aku drive ke Bukit Mertajam (Penang), sebab vet dekat Kulim ni tutup hari Jumaat. Ada je vet swasta tapi buka pukul 10. Aku tak punya banyak masa untuk tunggu sahaja.
Sampai di sana, aku dukung Adek dan masuk kedalam vet.
'Sorry Dek, harini takda rawatan'
Aku jadi blur seketika.
'Eh takde rawatan? Hmm takpelah.'
Aku kecewa gila, aku drive jauh-jauh dengan Adek yang dah hampir nazak macam tu, orang tu just cakap takda rawatan? Even kucing aku sakit apa pun dia tak tanya? Aku peluk Adek dan masuk dalam kereta balik.
Aku pecut balik Kulim, dengan harapan Dr kat klinik Qaseh Pet Shop tu dah sampai. Dalam 9.40 aku sampai kat situ, aku tunggu dr sampai sambil peluk Adek kat ruang menunggu.
Mujur tak lama.
Bila vet tu panggil, terus aku cepat-cepat bawa dia ke bilik rawatan. Aku tak tahu nama dr yang handle Adek, even muka dr pun aku tak nampak (dr pakai purdah), but she's very kind. Aku berterima kasih dengan Dr. yang tak putus harapan walaupun Adek masa tu dah lembik. (Dr yang sama rawat Adek masa Adek Hilang Selera Makan).
Dr. bertukus lumus masa tu. Aku pula. Macam lost dalam dunia sendiri. Dalam hati tak berhenti berdoa biar Adek selamat.
Dr bekalkan Sodium Chloride dengan jarum untuk aku drip air masuk dalam badan Adek sendiri petang tu. Sebab Adek tak mampu minum sendiri dan minuman yang dia minum pun dah tak mampu tolong dia sebab dia masa tu dah dehydrated teruk sangat.
Hanya Allah tahu aku memang seorang penakut jarum. Aku pernah lari dari cucuk masa sekolah menengah. Kemudian aku diuji dengan hyperthyroid dimana menyebabkan aku kena cucuk setiap bulan, dan sekarang, aku diuji dengan terpaksa cucuk Adek yang sangat aku sayang.
Tangan aku shaking dan aku tak percaya dengan diri. Then abah & mama bagi support untuk aku dripkan sendiri air tu masuk dalam badan Adek. Adek behave sangat, dia senyap je masa aku cucuk. Terima kasih Adek sebab percayakan Kakak :')
Setiap setengah jam aku suap Adek air, takut dia dahaga.
Aku tak sanggup kehilangan Adek, selepas aku kehilangan Kapas yang kemalangan. Allahuakbar, dua-dua unexpected, sangat laju.
Akhirnya aku beralah dengan takdir. Adek hanya dipinjamkan Allah untuk aku 3 bulan sahaja, tapi cukuplah dengan jutaan kenangan manis yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
Please, vaccine your cat. Sebab kita tak pernah nampak ancaman halus virus tu, tapi sekali terkena memang tak sempat nak buat apa-apa.
Beberapa minit sebelum buka puasa, Adek pergi juga. Sempat dia meow untuk aku kali terakhir, aku usap-usap lembut badan dia.
Tunggu kakak kat sana sayang ;'). Kakak rindu awak.
Simba yang mama jumpa masa beli kuih nak berbuka puasa. Macam Adek kan? Allah hantar untuk kakak Adek, bukan untuk gantikan tempat Adek kat hati kakak, tapi untuk buat Kakak tak lupa Adek selamanya, sebab Simba ni betul-betul macam Adek. Perangai kelakar loqlaq tu pun sama Dek.
I love you forever.
Kakak janji tak pandang ringan lagi dengan vaksin lepas ni.
27 Comments
Allahuakbar.. sedihnye baca cerita mai ni... Sebak pulak akak..
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lagi menanggung kak T_T
Deletecomelnya Adek.. sedih dia dah pergi..
ReplyDeleteComel, nakal, manja...terindu2 dia.
Deleterasa nak nangis baca entry ini, saya pun ada bela kucing, jadi saya faham perasaannyer mcm mana bila kita kehilangan kucing kesayangan tu, moga tabah ye :(
ReplyDeleteBetul tu Miss Banu...Hanya kita2 mampu memahami..
DeleteEh hadiah giveaway dah sampai ke?
Meleleh air mata pakcik baca.
ReplyDeleteT_T tak sangka secepat ni dia pergi.
Deletesedihnya...i baca dr atas sampaonbawah dengan muka yg xtau kata apa2..kesian dia..dan dia tahu pula duduk tepi toilet je..xnak susahkan sesiapa agaknya...perginya dalam.bulan ramadhan.pula tu
ReplyDelete...hemmm 3 bulan pun cukup utk brkasihsyg...yup simba mcm adek
Sedih sgt, tak expect dia pergi secepat ni, tak sempat tengok dia membesar.
DeleteHarap Simba panjang umur.
sedihla ...
ReplyDeleteSaya lagi sedih Mrs.Pip T_T
DeleteAla sedihnyaaaaa T_T
ReplyDeleteKucing peliharaan kakak Siqah pun dah banyak mati sebab virus ni. Huhu.
Jahat giler virus tu T_T. Tak kasi chance langsung, laju sangat. Semoga yang masih ada kat rumah ni dilindungi Allah.
Deleteaah, sedih kan bila kucing kita syg ni mati sobsob pernah jugak hilang kucing sebab temakan racun dekat belakang rumah huhu
ReplyDeleteSedih tu jadi sangat sedih sebab tak bersedia langsung nak kehilangan dia...
Deleteyou must be sad :(
ReplyDeleteIndeed. I'm extremely sad. T_T
DeleteNampak remeh, tapi vaksin ni memang penting.. Hmm.. Twice in a year, sedihnya.. :'(
ReplyDeletesedih amat T_T... both my fav bros.
DeletePagi-pagi dah buat akak sedih.. Takziah Mai.. semoga kuat and tabah..
ReplyDeleteThank you Kak Sha :')
Deletememang nak sama dgn bekas kucing saya..bulu mengerbang macam ni la..hilang entah ke mana aduyai sedih tu disini
ReplyDeleteYa Allah, hilang lagi sedih, tak tahu nasib dia hidup ke mati ke, bahagia ke derita ke, semoga sentiasa dalam lindunganNYA. :(
DeleteAlahai! touching sangat.
ReplyDeleteRest in peace Adek.
Parvo tu macam mana boleh kena!?
parvo tu virus kak, dapat dari persekitaran. Sekarang musim panas, dr vet kata mmg musim dia.. so anak kucing paling lemah, mmg kena jaga2.
DeleteHuhu my cats died because of the same virus jugakkkk T_T Dah la tak sempat jumpa, I was away from home that time. Balik2, panggil2 diorang tapi diorang tak nyahut. Macam pelik sgt sebab diorng suka tunggu kita keluar kereta. T_T Pastu ayah cakap diorang takde dan tak sampai hati nak bgtaw sbb nanti I'll be sad alone. T___T
ReplyDeletehanisamanina.com