-Sistem Guru Online-
Sistem ini diwujudkan seiring dengan peredaran zaman dimana semuanya boleh didapati dihujung jari. Seharusnya para guru, ibu bapa dan para pelajar memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang ada seperti ini untuk membina masa depan yang cemerlang.
Antara keistimewaan website Sistem Guru Online ini adalah menyediakan nota percuma untuk para pelajar download sendiri, terdapat juga bank soalan UPSR, PT3 dan SPM. Website ini juga sarat dengan informasi tentang semakan permohonan kerja, tips and trick mencari kerja, dan memudahkan para ibu bapa untuk directly semak keputusan peperiksaan anak mereka melalui SAPS.
https://www.sistemguruonline.my/ |
-Download Nota Percuma di Sistem Guru Online-
-Bank Soalan UPSR, PT3 & SPM-
Bank soalan peperiksaan oleh Sistem Guru Online ini menyediakan termasuklah soalan-soalan peperiksaan awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun. Selain itu, soalan-soalan percubaan bagi peperiksaan awam pun disediakan, seperti soalan Percubaan UPSR, Percubaan PT3, dan Percubaan SPM. Latih tubi yang mencukupi dengan set peperiksaan sebenar memberi peluang pelajar untuk bersedia dengan format dan skema soalan.
-Semakan Permohonan-
Semakan permohonan ini pula memudahkan guru-guru untuk merujuk proses permohonan dan status semakan keputusan pertukaran guru di eg-tukar. Terdapat juga rujukan untuk permohonan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebagainya.
-Semak Keputusan Peperiksaan (SAPS)-
SAPS IBU BAPA adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah , sebuah aplikasi online yang membolehkan keputusan peperiksaan pelajar sekolah diperiksa secara online. SAPS Ibu Bapa ini boleh digunakan oleh waris untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah bermula dari sekolah rendah pada tahun 1 sehinggalah pelajar sekolah menengah dalam tingkatan 5.
Sebenarnya ada banyak lagi informasi dan manfaat yang boleh didapati di Sistem Guru Online ini. Kita beruntung kerana sekarang segalanya mudah untuk kita ambil berat hal pelajaran anak-anak, tidak seperti zaman dahulu. Semoga segala kemudahan ini dapat dimanfaatkan bersama.
16 Comments
wah! terima kasih akak mayy. boleh print nota utk adik
ReplyDeleteYou're welcome syg. Hihihi. Semoga membantu
Deletesenang dah.. seme online kan saje.. hee~ aman sikit kan hidup cikgu2.. tak de le mak abah kejap2 g jumpa dorang..
ReplyDeleteTu la akak.. Senang lepas ni.. Nak tengok result pun cepat tak payah tunggu2 report card dah, hahaha.
DeleteBagusnya.. Nice sharing Mai
ReplyDeleteThank you Kak Sha, moga bermanfaat untuk semua terutamanya ibu bapa.
Deletezaman dah canggih.. makin lame makin mudah.. sume kat hujung jari je kan mai..
ReplyDeleteBetul tu zaman sekarang ni, nak dengan taknak ambil berat je. haha
DeleteOh my gosh , I'm really3x jealous with kids now a day .. they're like "Hey wanna go to school check the result" .... Replied : Naaahhhh I will check it through online while makan nasi lemak 5 bungkus at Makcik Suparman Restaurant . Conclusion is that person prolly had diabetes . Muahaha .. but yeah still easy .. How lucky they are T_T ------ Syamsid Blog ------
ReplyDeleteHahaha but they can't never hide the report card from parents. :P
Deletedah few years sistem yg boleh check keputusan ni sbb tu Umi check dulu online tapi kena jugak mengadap cikgu utk keputusan penggal..
ReplyDeleteOooo ye ke, saya dh lama tinggal sekolah, ahhaha, zaman sy dulu surat hantar ke rumah. berdebar juga nak tunggu abam posmen tu.
DeleteReen pun sllu check kat saps je nk tgok result exam anak buah. Sng dan cepat.
ReplyDeleteNti boleh dload contoh soalan upsr. Tahun ni dia upsr. Thanks share info ni mai ❤
Senang kan zaman skrg ni, macam2 kemudahan ada.
DeleteMoga bermanfaat kak Reen :D
hai akak mai, lama tak jejak blog akk....
ReplyDeleteRindu nak berblogging.. tapi masa sgt mencemburui Nurrul... Wahh, nice sgt2 info ini.. kalau ada info pasal past sem question dan jawapan uk uitm.. lagi best.. hihi
Hi Nurrul.
Deletetu la lama tak saling berblogwalking kan. Thanks Nurrul, semoga bermanfaat ya. hahaha pasal UiTM punya tu nice idea, nanti boleh buat tapi bab skema jawapan mmg takde, kitorang dapat dari lecturer je dulu.