Review Akulah Aryana - M. Mariann

Review Akulah Aryana - M. Mariann
☆☆☆☆☆/☆☆☆☆☆

Tajuk : Akulah Aryana (dulu dikenali dengan Air Mata Aryana)
Penulis : M.Mariann
Penerbit : Trop Publication
Tarikh Penerbitan : April 2017
Genre : Romance, Childabuse, Violance



-Sinopsis Akulah Aryana-

sinopsis Akulah AryanaPERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara... 

"Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim

AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa.

"Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan

SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun...

"Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim.

"Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani

"Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana.

Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan!

"Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - Aydan

MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?


Bacaan di wattpad

-Review Akulah Aryana-

Aku dah pernah baca novel Akulah Aryana ini didalam wattpad, masa tu tajuknya adalah Air Mata Aryana (AMA), memang dah femes habis buku ni masa tu. 

Penulis (M) janjikan sebuah jalan cerita yang lari dari cliche naskhah bergenre romance, dan yes, M kotakan janjinya. Sesiapa yang duk tercari-cari cerita yang mampu bawa emosi macam naik roller coaster? Akulah Aryana adalah novel yang tepat sekali untuk dibaca.

Naskah pertama M ini mengetengahkan isu sumbang mahram atau lebih jijik lagi kerana melibatkan kes pedofilia. Bayangkan penderitaan fizikal dan emosi mangsa pun aku tak sanggup apatah mangsa yang menanggungnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Lebih menyedihkan apabila ada mangsa yang memilih untuk berdiam diri, kerana takut atau malu dengan perbuatan jijik yang diterima mereka. 

"Jangan pernah mengalah pasrah." Sempat lagi M berpesan kepada aku dalam novelnya, hihihi. Serap sikit ketabahan dari watak Aryana yang tak pernah berputus asa dengan takdir walaupun betapa dasyatnya ujian hidup yang dihadapinya. 

Review Akulah Aryana - M. Mariann

Watak yang paling meninggalkan kesan dalam novel ni tak lain tak bukan adalah Hakim. Yeah, jangan underestimate sejauh mana manusia mampu bersikap kejam kalau tiada pedoman dalam hidup. Psycho tahap gaban mamat tu but I'm sure kita pun akan maafkan juga, maklumlah human make mistakes #jangankecamsis #hakimmestiadaalasandiasendiri.

Aku tak ada hak nak komen gaya bahasa ke apa sebab aku bukanlah pakar bahasa, hahaha. Tapi so far bagi aku novel karya M memang senang nak hadam. Tak adalah bahasa pujangga ke sastera bagai, janji jalan cerita sampai, cukuplah bagi aku.

Plot cerita serius ada part yang buat aku seram bulu roma tau, bukan takut hantu, tapi, aku tak boleh imagine bab tu. Contohnya part Yani (bestfriend) Aryana sendiri yang ajar Aryana beraksi untuk customer dan.......oh baca sendiri lah ye. Stricly untuk pembaca matang sahaja. (Tak ada lucah tapi mungkin jalan cerita yang heavy tak sesuai untuk budak kecik).

Eh ada ke novel cinta yang sesuai budak kecik baca? Takde diknon oi. Bebudak baca buku Himpunan Fabel dunia sudahlah, ihiks. 

Novel hard copy ini tentulah ada sedikit kelainan dari versi wattpad (sekarang hanya bab 1-10 sahaja available dalam wattpad) terutama bahagian ending. Kalau nak teaser manja-manja dalam wattpad pergilah baca kat :


Kalau dah baca jangan lupa support M dengan vote Akulah Aryana kat Goodreads (KLIK SINI). Semoga M terus bersemangat dalam berkarya dan menulis lebih banyak karya-karya yang berkualiti dan menarik macam ni.
Bagi yang nak mengikuti perkembangan M dan karya-karya baru boleh add terus di Facebook (KLIK SINI). M adalah sifu aku dalam dunia penulisan ni. 
Kita bebas buat apa yang kita nak, tapi bila buat tu, buatlah bersungguh-sungguh sampai nampak hasilnya.
Dapatkan novel Akulah Aryana segera kalau belum ada lagi kat rak buku masing-masing, rugi tak baca tau. 
beli novel Akulah Aryana Online
Cara Pembelian Novel Akulah Aryana secara Online
Follow

Post a Comment

13 Comments

  1. Menarik jugak novel ni.. masuk dlm list dulu.. tp skrg ni agak bosan baca novel cinta.. Disebabkan mai review novel ni menyatakan lain dari biasa, kita masuk dlm list dulu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi so far jalan cerita mcm ni mai tak jumpa lagi, hahaha, so tak cliche la kan, kehkehkeh. Murah je akak RM24. :)

      Delete
  2. salam mayy.. ika singgah and follow sni. macam best novel aryana ni. harus dibaca! =)

    ReplyDelete
  3. Kak ana suka cerita yg ada unsur semasa. Bagus cerita mcm ni Mai. Membuka mata masyarakat tentang kes pedofilia terutamanya.

    ReplyDelete
  4. Rajinnya Mai, ira dah lama sangat tinggalkan dunia novel tak reti dah nak start macam mana. Please teach me again 😟

    ReplyDelete
  5. Dh pernah baca tak silap.ingat sikit2 je jalan cerita dia.memang minat baca novel tapi skrg dh kurang

    ReplyDelete
  6. Macam menarik novel ni. Isu yang dibawa juga macam takde lagi dalam novel lain kan. Siqah bookmark dulu eh. Masuk list :)

    ReplyDelete
  7. Mesti menarik jalan cerita sebab Mai kata ada selit pasal pedofilia and sumbang mahram. Hebat sebenarnya jadi penulis novel ni, bukan senang nak menjiwai cerita 👍👍

    Thanks for sharing this Mai. Harap2 nanti cerita tak cliche macam ni akan ditayangkan dalam tv pula. Heee

    ReplyDelete
  8. cover buku ja busyra nampak! hehe. sbb bukan peminat novel tp suka tngok org buat review pasal novel.

    ReplyDelete
  9. Akak yang baca review Mai pun dah tegak bulu roma.. Ini kalau baca mahu stress nie..

    ReplyDelete
  10. mcm penuh liku je novel ni..hehe

    ReplyDelete