Good morning! Sobahal khair.
Blogging adalah salah satu hobi yang insyaAllah akan memberi pulangan kepada kita. Kalau tidak dalam bentuk wang tunai dari pengiklanan, kita boleh dapat hadiah hasil join giveaway/contest, atau rezeki dalam paid job (edit blog, review berbayar dsb.). Resepinya, usaha yang berterusan dan never give up!
Sepanjang berblog ini, alhamdulillah banyak kali aku dapat durian runtuh, tak kiralah sebagai urusan kerjasama atau paid blog. Paling terharu apabila ada yang sudi memberi aku paid job edit blog *servis sampai puas hati* yang dibayar lebih sebagai hadiah konvokesyen aku yang lalu (Thanks a lot Kak Jun Zie, love you!).
Rezeki memihak lagi kepada aku apabila Blog Mayy Jie akhirnya lulus Adsense . Memang bagi bulan jatuh ke riba, maklumlah selama ini aku hanya berputih mata apabila melihat blog rakan-trakan blogger lain meriah sakan dengan iklan Adsense didada blog masing-masing.
Hasil berblogging paling bermakna 2017 ini untuk aku adalah apabila berpeluang membelikan hadiah untuk parents aku dengan hasil berblogging ni. Walaupun abah aku tu secara teknikalnya dipaksa secara halus untuk menerima hadiah ni, kehkehkeh.
So here we goes,
HADIAH UNTUK ABAH
Aku tak tahu ler ni kategori hadiah ke kategori jual beli paksaan. Hahaha, tapi anggap jelah aku bagi hadiah kat abah dengan jual voucher Lazada RM300 separuh harga sebab abah memang kaki shopping online terutama kat LAZADA MY tu.
Sayangnyaaaa kasut hitam tu Abah tak muat, sedihnya...Abah suruh tolak kat sapa-sapa. Size 41~42, kalau nak whatsapp [013] 20 80 366 aku bagi special price RM150 include postage (nego sampai jadi).
Eh teriklan pulak. Opps!
HADIAH UNTUK MAMA
Kalau untuk abah aku beli kat LAZADA, so untuk mama aku beli di EZbuy pula. Hihihi. Sempena sambutan hari ibu 14 May 2017 ni, dapatlah aku beli sesuatu untuk mama tahun ni. Sebab sebelum ni dapat bagi ucapan je, no money T_T.
Walaupun beli kat EZbuy ni banyak barangan luar negara, tapi barangan dari local pun ada jugak tau. Of course masa pun singkat sebab tak payah shipping2 bagai kan. Aku rasa next entrylah aku cerita pasal EZbuy ni sebab aku ada beli barang aku juga tapi belum sampai sebab shipping dari China, hahaha.
Yezza, Tefal Iron Easydry FS4020 for my mom. Harap mama happy, Hahaha, aku memang dah lama plan nak beli untuk mama, padahal nanti aku pun guna juga. Sebab iron kat rumah ni dah gelong maybe sebab berat pastu jatuh banyak kali kan. Stress nak iron.
Tapi tak patut juga aku hadiah benda yang orang lain pun pakai kan?
Alaaa baru terfikir dah beli dah pun.
Alaaa baru terfikir dah beli dah pun.
Takpe-takpe, semoga berita baik tentang rezeki untuk aku dapat kerja ni cepat-cepat datang. Nanti boleh beli hadiah lain, banyak-banyak pun takpa.
Bebudak bulus magnet rezeki untuk aku tu pun tengah tunggu turn nak dapat toys & wetfood seguni. Fuhhhh. Kakak must work hard!
#prayforMai #prayforkakak
Apapun, alhamdulillah, terima kasih Allah atas limpahan rezeki untuk diriku ini.
Jadi apa hasil berblogging yang paling bermakna selama korang berblog ni ? Share lah :D
24 Comments
wah seronoknya klau dapat camni..rasa berbaloi kan :)
ReplyDeleteJemput la join contest kt blog saya ye
http://ora-adzlin.blogspot.my/2017/05/blog-contest-giveaway-2017.html
wah seronoknya klau dapat camni..rasa berbaloi kan :)
ReplyDeleteJemput la join contest kt blog saya ye
http://ora-adzlin.blogspot.my/2017/05/blog-contest-giveaway-2017.html
Betul tu sis, memang rasa berbaloi :D
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAlhamdulillah bersyukur daripada berblog sekadar suka-suka, sekarang dah jadi side income pulak kan. Apa yang penting dgn berblog kita boleh beri sesuatu yang manfaat pada org lain menerusi entri kita. Tak banyak dapat beri manfaat sekecil 'semut' pun jadi la kan..cewahh hehe.
Tahniah mayy dah ada edsense. Tu la masuk2 blog tgok dah ada adsense terus klik la. Yang best adsense bayar dgn dollar.
Mayy memang anak yang baik. Jadi anak yg baik pada kedua org tua ni untung. Untung di dunia lagi kat akhirat bertambah2 untung. insya Allah.
Waalaikumussalam.
DeleteAlhamdulillah, betul tu Ayie, side income, biarpun sikit tapi sentiasa ada. InsyaAllah,tapi tu la kena publish entry bermanfaat la camtu, hihihi, kena tiru jejak langkah Ayie ni.
Terima kasih, rezeki Adsense tu, kali kedua apply baru dilayan. Terima kasih klik, hihi.
Hanya mereka mampu menilai, insyaAllah sentiasa cuba utk jadi yang terbaik. Thanks ayie, you really made my day :D Aamiin, aamiin.
hi Mayy, salam kenal. hasil blogging saya paling bestt dulu menang free 1yr Zinio Subscription. Seronok abis, majalah online tapi sangat bermakna. :)
ReplyDeleteHi salam kenal Sis :D
DeleteKalau benda yg kita suka memang happy kan <3
mmg entry Lazada utk abah Mai tu mmg halus sungguh paksaan tu...mmg tersengih Umi baca keletah sibapa dan anak yg cheeky tu..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Mai tak putus2 kan. Berbakti pada ibu bapa insyaAllah murah lagi rezeki nanti. Bersyukur selalu pun lunca rezeki.
ReplyDeleteHhmm patut lah lawa template blog Ju skrg. Mai yg buat rupanya 😍😍
Tak da hasil lagi ni...baru nak mencari hasil
ReplyDeleteSeronok kan berblogging ni. Hadiah paling bermakna reen adalah kenal ramai blogger. Walaupun tak pernah jumpa tapi kita rasa dekat sebab selalu baca blog. 😀😊
ReplyDeleteTHNIAH dear !!!!! akak dpt rasa cmna perasaan tu dpt belikan ssuatu utk ibubapa. even kita tau dorg xmharapkn yg lebih dr kita ni, cuma kalo da rezeki lebih mmg nak kongsi dgn org tsayang kan dear =) series cntik kasut utk abah mai tuu. ngam juga bagi jual balik dr syg xbpakai kan
ReplyDeleteseronoknya sis murah rezeki.airah biasa je dapat job pun biasa2 je hahaha.all the best sis dalam dunia blogging ni caiyok
ReplyDeleteSeronok kan dapat hasil dari blog.. tak kira dari sekecil apa pun bentuk rezeki tuu.. Alhamdulillahh 😍
ReplyDeleteHusniey mula banyak dapat rezeki dari blog, mula tahun lepas.. melalui iklan pakejpulau yang husniey usahakan sendiri.. Alhamdulillahh 😍
Selamat Maju Jaya Mai👍
Best dapat rezeki then dapat belanja pulak kat parents ❤
Wahh bagusnya Mai kongsi rezeki dgn family.. Anis belum mampu lagi nak buat mcm Mai but Insya-Allah, harap2 bnyk la rezeki masuk.. hee
ReplyDeleteAlhamdulillah mai. dengan hasil berblogging dpt jgk beli hadiah dkt parents.. mesti rasa puas sangat kan.. seronok dpt beli hadiah hasil duit sndiri.. teruskan berblogging mai! <3
ReplyDeleteAlhamdulillah. baguihnya hasil blogging boleh belikan something utk parents kan. hasil blogging saya tak banyak, tapi so far alhamdulillah :) mmg blogging ni byk manfaatnya kan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Amer masih lagi baru.. insya Allah berkat usaha nanti adalah rezeki lebih kot hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki yng luas untuk mai tahun 2017 ni.. Moga terus diperluaskan lagi rezeki buat mai...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Mai.. Moga makin luas rezeki Mai..
ReplyDeleteTahniah Mai semoga terus sukses hehe Fae dah mcm rasa nak give up blogging dh
ReplyDeletealhamdulillah. rezeki x pernah salah alamat.
ReplyDeletebagi aida, aida x jadik kan blog ke arah pendapatan sebeno nyer.
just share. kalau ada, ada la....
blog aida more to blog mak-mak gitu. blog jalan-jalan dgn famili.
nuff aida sikit sikit buat bajet edit blog & byr domain setahun sekali.
so utk blog tak la kuar duit poket. dari blog kembali ke blog semula.
lagi satu. utk review semua tu aida akui aida x punyai masa.
few times dpt but bukan pada masa nya :( sedih la jugak.
since then, aida x pernah la apply for anything. takot di blacklist! :) hi hi...
TAHNIAH2 MAI....REZEKI HARUSLAH DIKONGSI BERSAMA ..NAK LAGI DENGAN ORG YANG MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN KITA...TAKDA TOLOK BANDINGNYA...AKK BLOGGING ON OFF NAMUN PERNAH JUGAK DAPAT HASIL WWALAU TAK SEBERAPA...AKK NAK REQUEST..APAKATA MAI SHARE USAHA MAI SAMPAI DAPAT PENGIKLANAN DARI ADSENSE TU...HEHEHEHE
ReplyDeletesejak jadi blogger ni..rabia dapat ramai kenalan blogger,dan kongsi pendapat antara satu sama lain.dapat belajar speaking dengan blogger .. dapat join giveaway dalam blog ni..banyak juga giveaway dalam blog rupanya..
ReplyDelete