Sorry Mr.Majestic Wolfie, pinjam gambar awak yang hensem menghiasi entry kali ini sekadar hiasan. Sebab orang suka playing victim ni sungguh hina tak boleh nak disamakan dengan haiwan. Umpama baling batu sembunyi tangan, dan menuding jari pada orang lain.
Lebih mudah menghadapi orang yang suka mengkelai tapi akhirnya solve masalah yang timbul dengan kita sendiri, daripada orang yang suka playing victim dan berpura-pura menjadi mangsa keadaan dan dianiayai oleh kita padahal dia sendiri yang bermasalah.
Mengenali orang suka playing victim ni mudah sahaja.
01. Mereka suka berpura-pura lemah. Tapi lemah ke? Padahal semua orang tahu dia bukan jenis duduk bersabar, tapi kaki bergaduh.
02. Menceritakan kisah mereka dianiayai pada semua orang, kononnya menjadi mangsa yang dianiayai, yang tersepit. Orang lain jahat kerana menyakiti hatinya, tapi bab dia menyakiti hati orang lain tidak apa, tiba-tiba jadi buta.
03. Memburukkan orang bukan dengan fakta tapi umpatan kosong.
04. Pura-pura poetic dengan poem sarkastik taik kucing di media sosial mengatakan semua orang menganiaya dia dan orang cuma mahu mengambil kesempatan atas dia.
05. Cerita sebelah pihak je pompang pompang, orang lain diam sahaja. Sentiasa menganggap diri sendiri dipihak yang benar.
DIAM BUKAN BERERTI SALAH. Apabila orang bercakap dengan fakta dia menangkis dengan emosi. Tidak guna berbahas dengan orang seperti ini, kerana mereka kadang-kadang sanggup mereka cerita palsu asalkan akhirnya kita tetap penjenayahnya.
Mereka tidak pernah ingat apa yang mereka buat pada orang lain. Perlian dianggap gurauan, cakap lepas dianggap tidak sengaja, ignore bila tidak perlu dianggap perkara biasa. It's a big NO my dear. Kita berinteraksi dengan manusia yang ada perasaan, bukan dengan tiang elektrik.
Bila orang sudah bosan & jelak dengan perangai mereka, dan orang mula bersikap seperti mana yang dia sendiri treat orang... Mulalah keluar sinetron percuma dengan mengaku menjadi mangsa keadaan.
Semuanya salah orang lain.
Jangan ingat diam orang kerana salah. Duduk dan nilai sikap diri sendiri yang banyak melukakan hati orang.
Terima kasih.
33 Comments
hahahaha~ kakak ade beberapa orang kawan yang selalu play victim.. padahal kita dah tau kot cemana gya perangai dia.. adoi.. semoga beliau berubah la nanti.. dah 31 tahun kot masing2.. nice entri jie.. lagi2 nombor 2 tu..
ReplyDeleteHihihi...tu la memang wujud orang macam ni. Makin dibiar makin menjadi2 dramanya.ahahaha.
DeleteSgt2 tak gemar jenis orang yg mcm ni..
ReplyDeleteHehehe betul..samalah..
DeleteMengkelai tu apa Mai? 😅
ReplyDeleteBiasalah manusia banyak yang berpura dan bermuka2. Jauhkan diri dari mereka adalah yg terbaik. Semoga orang2 mcm ni terbuka hati dan sedar dengan sikap mereka yang byk buat orang tak senang hati.
hahahahaha terlepaih kedah pulak :P
DeleteMengkelai - bertekak
rasanya jauhkan diri je solusi terbaik...betul cakap kak Ana...
Sejak akhir2 ni banyak pulak terserempak ngan manusia jenis ni. Penyelesaianye, akk wat tak tahu n diam je. Malas nk panjangkan citer. Nanti kalau dilayan.lagi hangin rasenya.huhu
ReplyDeleteTu la kak reen..jauhkan diri jelah yang mampu kan...
Deletemenyampah dengan orang macam ni..errr
ReplyDeleteSangat!!!huhu
Deletemenyampah betul dengan orang macam ni. lagi-lagi bila part menulis ayat-ayat dekat fb or twitter
ReplyDeleteTu la, nak tergelak baca tau...
DeleteFeel you Mai, Ira pun ada berdepan dengan manusia macam ni. Ya Allah perasaan tu rasa nak lempang je. Tapi stail Ira diam je selagi tak sentuh hal Ira okey tapi kalau dah muka muka pi buat cerita bebukan memang dia tak sayang nyawa kot dah lama hidup sangat hahahaha
ReplyDeleteHAHAHAHA ganassss Ira ni..
DeleteRasa mcm nakkk k**l je org camtu
ReplyDeleteMenyampah kan...berbulu je hati...
DeleteBaru nak tanya tadi mengkelai tu apa, tapi AS dah tanya dulu hehehe...
ReplyDeleteMujurlah Mrs.A takde kawan-kawan species tu.
Hehehehe tu la, lebih baik tak ada, minta dijauhkan... stress..dan nama kita pun busuk nanti.
Deletee'in tengah hadapi situasi nie sekarang.. Ya Allah memang sakit hati.. kite diam pun kena canang cite, kite bukak mulut ape tah lagi makin teruk kena.. sabar jelaa.. doa mohon Tuhan bagi die hidayah..
ReplyDeleteInsyaAllah moga orang macam tu diberi hidayah. Kalau tak berubah juga elok bagi pelempang,haha.
Deleteharap2 dijauhkan dar orag seperti ini
ReplyDeleteAamiin...
Deletenauzubillah minzalik... jgn lah sy tergolong dlm golongan play victim ni 😱 tp mr. majestic wolfie tu comellah 😄
ReplyDeleteAmiin, mudah-mudahan kita bukan macam tu... Wolfie comel kan..
Deletewaa, entry kali nie, lelaki mungkin jarang kot mengalami krisis camni, bagi matjo jela, lelaki lain tak tau la, :)
ReplyDeleteHahahahaha.... lelaki direct je kan kalau tak puas hati.
Deletedan ju terus bfikir ada tak ju d kelilingi org mcm ni huhuhu
ReplyDeleteHeheheh...
DeleteBiasalah tu manusia jenis yang suka melempar batu sembunyi tangan ni. Memang teruk sungguh bila mengaibkan di media social ni. Sabar jelah Mai. Usah dibiarkan perasaan dipengaruhi mereka. Macam saya ada juga terkena dengan orang2 gini, tapi lebih suka untuk tidak mengambil port langsung dgn social media mereka. biarlah apa mereka nak kata. mereka mengumpat, kita yang dapat pahala. hehe :)
ReplyDeleteHahahah semoga kita dikelilingi orang baik-baik & ikhlas.
DeleteOrang macam nie lah buat kita keliru. Nak diam, makin menjadi. Nak balas pun macam buang masa dan tenaga je. Siap post kat sosial media lagi kan.
ReplyDeleteTahu tak apa Jasmi...kebingungan ni...hahaha
DeleteTak suka manusia macam nie..
ReplyDeleteAcah2 mangsa tapi sebenarnya dialah pemangsa yang sangat kejam..