Sesetengah orang alergik kepada kucing, tapi aku alergik kepada pembenci kucing. Bagi aku manusia selfish macam ni tak layak pun hidup. Dah la menumpang kat bumi Allah, ada hati nak conquer dunia ni macam milik dia seorang.
OWEN |
Takut kucing, fobia kucing, yang tu aku boleh faham lagi. Sebab aku pun macam tu dulu. Dan aku percaya bukan kita yang minta jadi macam ni. Cuma kalau ada perasaan sayang kepada kucing cepat-cepatlah atasi fobia tu. Kalau sudi, boleh baca pengalaman dan cara aku hilangkan perasaan takut kucing.
Tapi manusia yang MEMBENCI kucing ni serius aku tak boleh nak faham dan bertolak ansur dengan orang macam ni. Tambah-tambah yang mencari keseronokan dengan cara menzalimi kucing (dan haiwan-haiwan lain), aku rasa tak ada balasan yang patut diorang dapat selain azab siksa. Iyelah kalau hebat sangat lawan lah dengan manusia yang sama saiz, kenapa nak test power dengan makhluk yang tidak berdaya macam tu.
OWEN & IBANG |
Tiada paksaan pun kalau tidak sudi mencintai makhluk bernama kucing ini, tetapi cukuplah menjadi manusia yang tidak bersikap kejam dan sanggup menanam perasaan bencikan kucing dalam hati anak-anak kecil.
Ada satu kisah yang membuat aku gelihati. Pada sambutan hari lahir Chacha yang lalu, kami dengan excitednya nak buat makan-makan. Biasalahkan sambutan birthday budak-budak, mestilah panggil budak-budak.
Kakak Nia ajak seorang kawan dia dekat sekolah untuk datang. Kawan tu duduk setaman tapi tak pernah datang rumah kami pun. Just aku ada la friend dengan emak budak tu dalam facebook dan instagram (yang most of the time aku letak gambar budak-budak bulus tu).
Tapi diorang tak datang haritu. Kami pun tak kisahlah, maybe ada hal kot kan. Bukannya rapat pun nak kisah-kisah sangat, ramai lagi sepupu sepapat sedarah sedaging kat majlis tu. Ingatkan cerita habis sampai kat sini je.
Tak sedapnya balik dari sekolah, anak buah aku yang innocent ni pun buka cerita.
"(Nama kawan) saya tak datang haritu sebab dia geli ada banyak kucing kat rumah, takut ada taik dengan kencing."
Whatttt!?
AKU PUN ADA OTAK, TAKKAN KO TAKDE - ADEK |
Sumpah aunty menyesal sebab send invitation card bagai kot. Tak sangka itu yang dapat. Apa ke bodohnya taik dengan kencing tiba-tiba nak setompok kat meja makan pulak kan? Tak tau nak cakap apa dah punya hairan lah aku. Aku pun kadang-kadang tak nampak kucing aku punya taik, depa pun pandai berak kambus. Yang anak-anak je pakai pasir beli. Cehhh.
Tak nak datang pun, bagilah alasan elok sikit. Tak payah bagi alasan pun tak kisah haih. Tapi mulut tu elok-elok la sikit. Tak logik la budak tu nak tahu kucing ada kat rumah aku padahal datang pun tak pernah, sah just tengok kat laman sosial dan terus buat assumption.
KAPAS TAK KESAH |
Haish rasanya memang perlu make it clear yang kucing-kucing kat rumah ni semua sebahagian dari family, bukannya pets. So kalau tak suka family seseorang, tak payah datang rumah ok.
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum.
Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?”
Ia menjawab, “Ya.”
Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa anaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayat dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
33 Comments
Waah wahhh betul2 marah nie. hahahaha aku yang baca bertambah benci pada musuh musus kucing mahupun haiwan. nyampah betoii ><><><
ReplyDeleteGila tak marah...Kucing aku kot. hahaha
Deleteelsa memang takut dengan kucing. tapi takut elsa tu takde sampai tahap taknak pegang dia langsung. boleh saja nak buat gomol2 sikit. tapi kalau dia jenis menerkam sikit tu elsa memang takut huhuhu. memang kejam lah siapa yang benci sangat dengan kucing tuh. ada sampai disepak sepaknya. sedar sedarlah diorang tu seketul yang comel huhu
ReplyDeleteHebat la tu Elsa kalau takut still boleh gomol. Mai dulu tahap takut, makan kat restoran pun angkat kaki.
DeleteKalau jumpa orang buat kucing depan mata, serius boleh gaduh kat situ. Hahaha
Yeah seriously tak boleh jugak dgn orang cemni, kucing datang je rumah terus ambik dan pi buang kat pasar sebab tak suka dgn najis kucing.Tahu2 je lah kat pasar tu cmna rupe kucing. Hmm kesiann, byk2 haiwan kucingla paling org suke buat mcm2 (sepak pukul) sbb jenis haiwan yg suka minta mknn kat manusia.
ReplyDeleteKucing Mai pernah kena buang, kucing tu dah la ada asthma. Mak pi market pastu jumpa balik, bawak balik dah tenat, esok tu mati. Tanggung ler dosa sapa buat tu.
DeleteAlahai! boleh dia cakap macam tu. Kalau dah tak suka kucing janganlah reka-reka cerita pulak kan.
ReplyDeleteEntahnyaaa...dah la tak pernah datang rumah, main cakap je...
DeleteKak Sue pun tak suka orang dok dera kucing.. kesian kan, kucing pun makhluk Allah juga kan..
ReplyDeleteBetul tu Kak Su, sakit hati tengok kadang2 viral orang duk share video/gambar penyeksaan binatang T_T
DeleteKawan2 kite yg takut kucing pun depa still sayang kat kucing. Siap nak cuba gosok walaupun depa geli and siap cakap yang dorang jeles dekat kita yang boleh peluk cium kucing nih. Huhu
ReplyDeleteKan...takut tak semestinya tak ada perasaan...
Deletemcm2 manusia tp jgn la bagi alasan pasai kucing..tak baekkk...utk Mai chill ok..
ReplyDeleteBetui...bagi la alasan busy ka, ada hal ke, huhuhu. InsyaAllah chill dah, habis bebel dah :)
Deleteteruknyaa. mesti emaknya kabor dekat anaknya gitu. lebih baik diorang tak datang, daripada datang lepastu tinjau tinjau buat muka lagi.
ReplyDeletemesti emaknya kabor dekat anaknya. tu yang cakap lepas terus. lebih baik tak datang dari datang. takut takut nanti datang tinjau tinjau siap buat muka
ReplyDeleteBetul, lepas ni kena buat rules, cat haters tak dibenarkan masuk rumah :P
DeleteGeram jer orang macam nii, husni penakut pun tetap ada rasa sayang dan kesian pada haiwan kesayangan Rasulullah ni, dia jinak kot. Cuma sebab takut kalau kucing yang kita tak biasa, tu biasalah heee
ReplyDeletebtw Mai bagilah tips macam mana nak hilangkan takut pada kucing nii. Suka tengok orang boleh main main dengan kucing rilek je ^^,
Mai pun tak fully berani lagi Husni, kalau jenis ganas or liar tu surrender juga, hehehehe.
DeleteMai ada bagi kat dalam entry link tu Husni :)
https://missobsesi.blogspot.my/2016/09/tips-hilangkan-fobia-terhadap-kucing.html
Geram je kan. Huhu. Cakap macam kita tak pandai pulak jaga kucing. Betullah kata MAi, tak kan atas meja makan ada tahi kucing kotttt..
ReplyDeleteSiqah suka kucing tapi masih tak membela lagi. Banyak kos nak bela kucing ni kan.. Hihi.
Tu la kak Siqah, macam tak logik sangat takut nk dtg makan sebab takut taik dengan kencing kucing. Kucing pun tahu makna toilet, hahaha.
DeleteBukan kos je akak, paling penting masa dan komitmen kena lebih..
Betul tu.
ReplyDeleteSedangkan nabi pun sayangkan kucing.
Tu la terang-terang cakap kucing tu tak najis...
Deletejiran sebelah rumah saya ialah KUCING. hehehe. rumah tu dibuat sebagai rumah kucing oleh ownernya. Dalam tu ada dalam 7-8 ekor kucing, hanya kucing je menetap disitu, but hari2 helper datang la bagi kucing tu makan & bersihkan rumah
ReplyDeletePerhhhhhhh baiknyaa owner tu...syurga betul kucing-kucing tu...
DeleteTiba-tiba teringat kucing kat rumah T__T
ReplyDeleteDah beranak pinak walaupun asalnya takde la niat nak membela pun. Tapi diorang macam tahu je kalau datang rumah, mesti dapat makanan. End up, ayah memang siap beli whiskas untuk diorang. Terus jadi ahli rumah. Haha. Kitten semua dapat wet food lagi :)
Rasanya, antara cara nak atasi phobia / geli kucing ni hmmm kena try main dengan diorang rasanya kan? Mak saya pun geli-geli sikit dgn kucing tapi sebab ahli keluarga lain suka... mak pun sekarang dah start sayang. :D
hanisamanina.com
Hahaha tu la, kucing macam dapat hidu je orang yang hati lembut macam kita ni...rumah kitorang pun ramai kucing bukan sebab bela, yang liar pun datang tumpang rezeki.
Deletebetul..mai pernah share cara mai..dulu mai penakut kucing tahap gaban punya, sekarang dah berjaya atasi. lepastu terus jadi cat lover.Hahaha
Betol Mai kata, kalau tak datang baik tak payah bagi alasan, daripada asal cakap yang ada menyakitkan hati orang lain je.. Sesama jiran kenalah jaga perasaan kan..
ReplyDeletetakutnya maii marahh..>.< kite bkn benci..kita x suke je..eh..kite suke...eh..
ReplyDeleteKasi lada mulut tu 😠 Apa punya alasan 😒
ReplyDeleteeyy mulutttt..terguris hati tuan rumah. kot ya pun tak nak datang jangan lah sampai hati cakap mcm tu.
ReplyDeletermh unc fae tempat fae tgl sekarang banyak kucing. walaupun fae a bit takut kucing (like 60% takut) tapi bila tgk kerenah dorang bermain terhibur hati ne tgk hehe
Pergh!! Mulut macam........ Ish..
ReplyDeleteSedih manusia macam nie.. Takde life..
Rabia pencinta kucing.kalau tgk diorang lapar,mesti kesian kan..bila bagi makan dekat kucing.rasa happy je tgk dia makan.anggap kucing tu mcm adik beradik rabia dah.dari kecik lagi mmg suka kucing
ReplyDelete