Keep Calm and I'm Officially Graduated!

Bachelor Degree Biomolecular Science

Alhamdulillah...Tak terhitung betapa bersyukurnya aku diberi peluang sekali lagi untuk menjemput parents tercinta ke majlis konvokesyenku kali kedua ini. Dan terima kasih juga untuk setiap bait-bait doa mama dan abah yang menolak langkahku di menara gading ini. Tanpa mereka aku tidak mungkin dapat merasai memakai jubah kebanggaan ini. 

DIARY KONVO 17 APRIL 2017


0800 - Ampang, rumah kakak.

Makeup KonvokesyenOleh kerana semua barang penting aku dah siapkan dari semalam, jadi aku pun tak tahu nak buat apa pagi tu. Yelah, majlis bermula pukul 1.30 (tapi 12.30 kena masuk dah), takkan lah aku nak makeup pukul 8 pagi kot kan.Konflik sungguh, tapi last-last aku makeup juga pagi tu.

Nasib baik adik aku +Yana Jie sudi tolong guide aku make-up pagi tu. Guide je okay, aku buat sendiri, hahahaha. Lepas aku dah siap makeup, kami pun duk uli Adryan dulu sebab kakak aku kata jangan keluar awal sangat, nanti tersekat dengan jammed orang nak pergi kerja, maklumlah KL.


Pukul 10 mama dah bunyi siren ajak keluar dah. So aku pun selfie dengan Adryan sedas before kami hantar dia ke rumah pengasuh. (Kakak dah nak hantar masa dia keluar pergi kerja tapi kami tak puas uli dia lagi).


1030  - Gerak Shah Alam

Perjalanan dari Ampang ke Shah Alam lebih kurang 40 minit je abah drive. Aku lah tu si penjaga GPS sebab mama tak mau tengok, takut salah. Hahaha. Nasib baik masa aku jaga adalah reroute (baca :sesat) sekali je dan tak jejas jarak tapi aku buat-buat tenang takut abah sedar. ahahaha.
Adik bongsuku Syahmina + anak buah yang setia mengikut kemana saja Aamily Chacha

Bukan apa nanti kalau sesat, abah stress aku pun takut tak boleh masuk dewan kalau lambat sangat sampai. Jalan KL biasalah, salah simpang ja mampus takboleh u-turn.

1115  - Shah Alam

Kami sampai ke Shah Alam, yeayy! 
Abah lapaq, aku pun tak tau nak recommend kedai mana, last-last aku tunjuk kedai yang aku selalu lepak dengan roomate aku jelah, Deli Thai Seksyen 7. 
Alaa students UiTM Shah Alam mesti tau punya, lauk sedap, dan murah. Abah pun kata murah. Kami makan 6 orang pun RM40 lebih je termasuk air, lauk jangan cakap la adik-adik aku jenis ambil tudiaaaa penuh pinggan semua depa nak rasa.
So students yang jenis berjimat, pergilah ke Deli Thai, lauk aku dulu + air tak pernah lebih RM6.

1200  - Hotel 

Abah tinggalkan aku & mama untuk check-in hotel untuk daily use sementara abah cari parking. So nasib kami baik sebab ada bilik kosong kat Hotel EV World Seksyen 7. Mama pun setuju dengan harga RM120 dari 12 tengah hari sampai 6 petang. Lepastu kami masuk letak barang. Adik-adik aku Yana & Syahmina ditinggalkan di hotel dengan anak-anak buah kami, Dania & Keisha sebab kalau dorang ikut pun bukan boleh masuk dalam dewan. 
Penat dan panas dan serabut pulak tu kat luar. So biarlah dorang enjoy kat hotel tu tengok cartoon. 

1215  - Naik Bas

Aku, mama & abah menapak pergi ke belakang hotel tu untuk naik bas UiTM. Perghhh nak pengsan kami tengok barisan panjang. Tengah duk beratur tu, tiba-tiba ada announcement suruh graduan naik dulu, parents kemudian.
Sedihnyaa kena berpisah dengan parents. Sobs sobs. Dan kesian mama abah kena tunggu bas seterusnya. Apalah guna sticker kereta tu padahal tak boleh bawa masuk kereta, ceh.
Sampai ke Fakulti, aku cari kawan aku tapi sorang pun tak jumpa, alahai. Berpusing-pusing aku cari tempat nak beratur (ikut number giliran). 

1330 - Masuk Ke Dewan

Masuk ke dewan dan tunggulah giliran untuk naik ke pentas dengan perasaan cuak dan dupdapdupdap. Padahal dah kali kedua tapi perasaan itu masih real. Cewahh.

Apapun majlis bermula lambat giler...Kena upgrade sikit ni ketepatan masa majlis tu. Opps. 

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

Aku diapit oleh Noor Aisyah dan Noor Yussuf. Rare kan nama kami, N-O-O-R. Terima kasih mama sebab tabah menunggu nama adek yang keratus ratus untuk bagitau abah yang dah tertidur dah tu untuk tolong rakamkan.

Hahahahaha.

Keep Calm and I'm Officially Graduated!
Yeay! I did it!

1810 - Majlis Bersurai

Astaghfirullah hal azim, masa ni aku berapa kali mengucap panjang menahan geram dan tidak keruan sebab ucapan penutup yang telalu panjang. Seriuslaaa panjang sangat...

Lepastu siap ingatkan hantar jubah BEFORE pukul 7 malam. Adoi kami bukan orang KL nak tunggu sampai esok semata-mata nak hantar jubah. Memang aku panas hati la masa ni.

Aku keluar dewan berlari dengan high heels 4 inci lebih aku mencari mama & abah. Time ni la bateri phone nak mampus. Aku buat muka tak malu pinjam phone waris entah sape sape yang kat meja tu untuk call abah, tapi tak dapat, time tu nak menangis ada, nak mengamuk ada. (mengamuk kat sapa pun taktau, hahahaha).

Aku pun berlari pusing tempat tu, ada la 5 round tapi tak ada rezeki nak jumpa mama. Aku ingat mama dah balik sebab nak check out hotel. Aku tengok jam dah 6.40 petang, matilah kalau aku tak sempat hantar jubah. Aku berlari naik tingkat atas dewan untuk pulangkan jubah dengan rasa kecewa yang amat sangat.

Masa pulangkan jubah tu aku dapat transkrip rasmi dan sijil ijazah sarjana muda aku.

1900 - Balik Hotel

Lepas pulangkan jubah aku balik dengan perasaan hampa. Tengok-tengok mama & abah tak balik hotel lagi. Aku apa lagi pinjam phone adik untuk call parents.

"Mama dah dalam bas ni cari hang tak jumpa dari tadi."

Sedihnyaaaa mama & abah mesti kecewa tak dapat gambar dengan aku memakai jubah. Sobs. Beberapa minit lepastu abah and mama pun masuk bilik dengan sejambak ros merah. Alahai sedihnyaaaa tak ada gambar proper.

Lepas sembahyang maghrib, mama check out hotel dengan tambahan RM20 sebab lambat. Kami pun bertolak balik ke kulim dalam pukul 8.30 malam dan sampai jam 12.40 tengah malam. Alhamdulillah semuanya selamat.

Parents love

Apapun aku sempat jugalah ambil sekeping dua gambar dengan parents & bunga walaupun dah tak berjubah lagi...

Alhamdulillah, walaupun huru hara sikit konvokesyen degree aku ni, aku bersyukur sebab masih ada mama dan abah disisiku.

Inilah cerita Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 dari persepsi seorang aku. Hihihihi. Sekarang dengan rasminya aku memegang ijazah sarjana muda (baca: kerja keras + doa parents yang hebat) Sains Biomolikul - Bsc. (Hons) Biomolecular Science.

Semoga aku akan dapat kerja yang diredhoi Allah dalam masa terdekat ini. Aamiin.

Terima kasih kerana membaca.




Follow

Post a Comment

59 Comments

  1. Macam-macam dugaan. Btw tahniah mai dah grad. Moga lepas ni dapat keje pulak ye

    ReplyDelete
  2. Wahhh tahniahhh buat awk.. Allahamdullilah dah dapat Convo. Semoga lepas ni, awk terus success :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sis <3, alhamdulillah..Aamiin, aamiin.

      Delete
  3. Tahniah Mai...boleh faham mcm mana perasaan Mai tu walau tak la sekalut Mai..kesian parents Mai tu tapi xper..tu la pengalaman jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ummi. tu la tak sangka jadi haru biru macam tu (T_T),,,kesian parents berkorban macam macam tapi tak dapat bergambar dengan jubah.. InsyaAllah ada cara lain nak balas jasa, aamiin.

      Delete
  4. Congratulations Mai dah convo 🎉🌷🌷🌷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Dieb. hihihi...macehhh bagi bungee.

      Delete
    2. 😄😄😄

      Delete
  5. congrats dear ...antara kenangan terindah kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mrs Pip. Betul..Rasa berbaloi segala penat lelah sebelum ini.

      Delete
  6. Tahniah Mai, daj jadi graduan.
    Cabaran lepas ini ialah untuk mencari pekerjaan (agak terbatas sekarang) yang sesuai.

    Pakcik pun dah biasa kat UITM Shah Alam ni.
    Anak dara pakcik belajar sampai master kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pakcik.. InsyaAllah moga ada rezeki...

      Hebatnyaaa sampai master. :D

      Delete
  7. Wah bestnya dah graduated! Tahniah Mai *hug*
    Bulan 7 ni Rii pulak hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Svior *hug*.

      Wahhh mesti eksaited kannn..

      Delete
  8. tahniah mayy! tak sabar rasanya nak graduate bila tengok orang lain graduate ^^


    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lenne... Hihiihi nanti tibalah masanya tu ok, all the best!!!

      Delete
  9. Tahniah mai!! Good luck in your future undertaking!
    Syed bulan 8 ni rasa tak sabar pula nak konvo hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Cikgu Syed. Aamiin.

      Bestnyaaa dapat kerja before grad... Tahniah balik. hahaha

      Delete
  10. Tahniah Mai. Dah bergelar graduan. Boleh lah jual resume lepas ni. Hehe.

    Kak ana boleh byk crowdednya masa nak naik bas tu. Especially masa blk. Mana nk peganh bunga mana nak pegang beg mana nk pegang pemegang dlm bas. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ana, hihihi dah start dahh...

      Serius kak Ana,, nak tergolek2 dalam bas masa balik, hahaha, tangan penuh. adeiii.

      Delete
  11. Tahniah Mayy~ excited tgok orgg graduate hahaha tp sy nie rasa mcm x nakhabis belajar lgi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha habiskan cepat2 awak, nanti boleh naik pentas.

      Delete
  12. Tahniah Mayy. Kita geng lah nama NOOR.
    Semoga cepat dapat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih geng NOOR, hehhehehe.
      Aamiin..

      Delete
  13. wahh tahniah mai. Alhamdulillah seronok kan bila dah grad :)

    ReplyDelete
  14. tahniah.. syioknye bile mak dan abah dapat ikut sekali masa konvo tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, hehehe. Tu part paling best dalam memory konvo tu, alhamdulillah...

      Delete
  15. Tahniah Cik Mai kerana dah graduate.. Harap-harap dengan ilmu yang Cik Mai dapat akan mendapat keberkatan dari Allah.. =) Cantik mekap awak, ditambah dengan jambangan bunga, lagi menambahkan seri di wajah... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Shikin, aamiin...

      hihihihi, tu la mekap sendiri, nasib baik menjadi hihihihi..thank you agaik akak. <3

      Delete
  16. Tahniahhh! Yeayy, dah grad. Alhamdulillah.. ;)

    Memang waktu lepas habis majlis tu biasanya waktu yg sgt stressfull. Dgn ramai orangnya, dgn nak cari family kita. Pastu, kita pulak rasa bersalah tgk family kena brsesak2 dan brpanas2. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fatihah, yeayyyy. alhamdulillah..

      Betulll, lautan manusia nak kna redah tu T_TT

      Delete
  17. Jeles pulak tengok orang dah graduate.. huuu.. 😭 Anyways, Congrats Mai..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sampai masa awak pula nesz, hihihi. thank youuuuu!!!

      Delete
  18. Sebak baca. Faham perasaan tu, dapat bayang kekalutan tu. Papepun, alhamdulillah dah selamat konvo. My turn will be next month, harap-haraplah semuanya ok aje. Congrats again, Mai! You did it!!! :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kesian parents, teruk betul pengurusan masa majlis tu. Thank yaaa... wahh dah dekat tu... Semoga berjalan lancar..


      Yeayyy, i did it!

      Delete
  19. Tahniah!!!!!!!. Sebagai seorang student bio jugak, Amer sangat berbangga dan kagum dengan kejayaan Mayyjie. Boleh dikatakan idola lah. All the best in the future!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tak layak nak jadi Idola tu, hihihi tapi terima kasih!!! Aamiin,aamiin...

      Delete
  20. cantik!! tahniah syg.. mcm mcm masalah yg kena hadap dgn masuk naik bas la. apa la. haha.. stress betul hritu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi terima kasih Busyra. Tahniahhhh jugak, we did it!!!

      Tapi bab stress tu memang tak dapat dinafikan, hahaha. Baik tak payah bagi sticker tu, hahah.

      Delete
  21. Alhamdulillah.. Tahniah Mai..
    Dugaan sungguh ye..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah tahniah mai. Lepas ni pulun cari kerja lak.

    kalau boleh naik kete x kelam kabut sgt kan. Ni naik bas bagai. Sbornje la..


    #Rindu nk konvo lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thank you kak reen... Doakan Mai!

      Betul tu, kalau sesi pagi okay la sikit, ni sesi petang, dengan geng sesi pagi tak reti2 nak balik (hahaha tetiba hangin).. Sabor jelah.

      Delete
  23. Tiba2 teringat feeling naek pentas tu like kenapa gabra sangat ni, bkn buat apa pon. Anyway, congatulation!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tau takpa,,, gabra & perasaan mcm diawang awangan, entah pape, hahaha.

      thank you!

      Delete
  24. Alhamdulillah... Tahniah Kak Mai dah convo :)
    semoga terus maju pada masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you my dear :D

      Aamiin, terima kasih..Semoga Atiqah pun selalu berjaya dalam apa jua perkara.

      Delete
  25. Tahniah tahniah.

    Kasut 4 inci tumitnya.
    Lari 5 raun keliling dewan.
    Emak abah dalm bas, mai dah sampai hotel.
    Hp habis bateri.
    Upacara lewat. Abah tertido menunggu. Nasib baik tak tidor hingga esok.

    Memang happening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bila kenang balik,dalam kekalutan tu ada juga memori yang kelakar.

      Delete
  26. Alhamdulillah.. Tahniah MAi. Kenangan yang sentiasa dalam ingatan pastinya :)

    Semoga Mai dapat kerja dalam masa terdekat. Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Siqah. InsyaAllah :D

      Aamiin,aamiin...Terima kasih ya akak.

      Delete
  27. Congratulation dik.
    Ala..Sian xdapat bergambar dgn jubah tapi takpe mak ayah dtg tgk,dah syukur Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  28. wah tahniah like finally grad jugak kan! Alhamdulillah :)

    ReplyDelete