Berjaya Tamatkan Buku Pertama Yang Penuh Hambar



Pada 20 Mac 2017 lalu, aku telah berjaya menghabiskan online novel pertamaku. Walaupun segan kerana aku sendiri merasakan karya tersebut hambar, tetapi terselit juga bangga kerana berjaya ditamatkan dengan happy ending. 

Lebih mengharukan, aku mendapat ramai rakan baru di dunia Wattpad tersebut. Sambutan untuk mini novel pertamaku itu cukup menggalakkan. Ramai yang vote & komen, sempat jugalah merasa berada di top100 ranking. 

Namun, tidak layak menyebut mereka sebagai fans kerana aku ini bukan sesiapa pun, ramai lagi penulis yang cukup berbakat disitu, malah ada yang telah diterbitkan novel mereka. Hats of to Cik Bawang & Mell Mariann

SINOPSIS IZINKAN AKU BAHAGIA 
Kerana peristiwa kelam, Aisya telah dihalau oleh keluarganya kerana mengandungkan pada bayi yang dia sendiri tidak tahu siapakah bapanya. Bagaimanapun Aisya nekad untuk membesarkan anak yang diberi nama Aqif itu walaupun dia tidak mampu untuk menyayangi dan membelai selayaknya seperti seorang anak.
Mampukah Aisya menemui bahagianya dan Aqif mempunyai keluarga yang sempurna di akhir cerita?
♡♡♡
Jujurnya banyak kali juga aku rasa nak give up nak menghabiskan cerita ini, hahaha. Tapi setiap komen-komen pada bab yang aku publish macam memberi satu suntikan semangat untuk aku tetap mencari ilham untuk sambung menulis. 
Terima kasih semua yang menyokong.
Follow

Post a Comment

43 Comments

  1. Wah wahhhh.. congrats mai.. nesz gak tak nampak bayang bila nak sambung.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat sambung Nesz. Mai dah kluar baby kedua ni, kekekeke. Mature content gitu,kahkahkah, thriller romance pula next novel.

      Delete
  2. Wahh rajinnya akak menulis hehe

    ReplyDelete
  3. Wowww!! Hebatnya mai. Sangat respek dekat orang yang boleh tulis novel ni. Kalau syed ni layak tulis blog ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha orang tamak selalu rugi Syed, macam mai la kadang2 tak tau nak buka wattpad ke blog pastu g tidur,hahaha.

      Tapi blog syed best!

      Delete
  4. baca sinopsis dia pun dah best.. cerita penuh mesti lagi best. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritanya hambar sikit kak Fyna, hehehe.

      Delete
  5. da ada mini novel, langkah pertama untuk menjadi penulis novel, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah jika ada rezeki suatu hari nanti.. :)

      Delete
  6. I love your spirit. Can I borrow them? I gave up on my first and second try. May take time to come out with the third try perhaps. Hahahaha, what ever it is, I will put this in my reading list on next sem break. All the best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can do it Amer. Publish di Wattpad chapters by chapters , nanti sokongan dan kritikal pembaca akan buat kita bersemangat nak menulis sambungannya. Trust me. Hihihi.

      Delete
  7. Wahh.. tahniah! Berjaya jugak habiskan. Tulis novel mmg byk cabaran boleh give up kalau tak perform. huhue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nadhie...banyak kali nak give up tapi adik marah,hahaha.

      Delete
  8. Tahniah Mai..nnt Ummi jengah utk baca pulak..InsyaaAllah soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ummi.. tapi malu la cerita tak best,hahaha.

      Delete
  9. macam best je mai.. mai ajar unni main benda ni..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sign up la Wattpad Unni. Banyak novel best tau, yang penting......FREE!

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Tahniah Mai. Semoga lebih banyak e-novel di terbitkan. Nanti kak ana baca kak ana komen ye 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ana. InsyaAllah baby kedua in process. Tapi malu lerrrr >.<,hahaha.

      Delete
  12. Perghh terbaik mai ada novel sendiri.. Jangan putus asa tau.. teruskan menulis.. mane tau akan dtg menjadi seorang penulis yg terkenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Baik Kak Lea... InsyaAllah kalau ada rezeki..Aamiin.

      Delete
  13. Tahniah, doakan saya rajin menulis jugak. Nak merasa dapat finish a book and publish it kat wattpad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Hihihi, cepatlah join nanti saya follow Afifah.

      Delete
  14. Kalau tak ade akaun wattpad macam mana nak baca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ini public, boleh dibaca sesiapa sahaja, ehehehe, jemputlah, klik baca di wattpad tu.

      Delete
  15. Wowwoowowowowow mai, so proud la of you! Banyak bakat Mai, moga boleh terbit nanti novel ni di pasaran buku. Walaupun shaf bukanlah peminat novel tapi shaf suka tengok hasil buku orang sbb ada angan nak terbit buku one day nanti. hehe, fighting mai!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuuu Shaf. Tak banyak bakat, tapi minat,hihihi. Yang ni tak layak terbit lagi,heheheh tak best.

      Semoga impian Shaf termakbul.

      Delete
  16. teruskan usaha. nanti nak masukkan dalam reading list jugak :D

    ReplyDelete
  17. Semoga suatu hari nanti Mai akan menjadi seorang penulis yang berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, aamiin ya rabbal alaminn. Terima kasih pakcik.

      Delete
  18. Tahniah mai dah da e-novel sendiri. Semoga mai akan terus berkarya. Sinopsis best. Nanti akak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Kinah... InsyaAllah. Hihihi, tapi hambar sikit la...Ada orang kata macam mendatar je.

      Delete
  19. Wah hebatnya mai berjaya habiskan tulis satu novel. Akak nak wat cerpen pun tak lepas2. Hikhik.

    Keep it up mai. 😊

    ReplyDelete
  20. Wah hebatnya mai berjaya habiskan tulis satu novel. Akak nak wat cerpen pun tak lepas2. Hikhik.

    Keep it up mai. 😊

    ReplyDelete
  21. gigih mai buat novel, bagus2 �� nanti kalau ada mood sy singgah wattpad baca novel ��

    ReplyDelete
  22. Terbaiklah Mai. Tabikk springgg gitu.

    ReplyDelete
  23. Tahniah.pandailah kak menulis novel

    ReplyDelete
  24. Tahniah Mai..
    Keep on writing (or typing) yeah..
    You can do it..

    ReplyDelete