Valet Buku PTAR


Valet Buku PTAR


Hola everyone, okay dup dap dup dap, haa dengar tak jantung aku berdegup kencang. Nak konvo lah katakan.... Tup sekali aku dapat surat dari UITM cakap tak boleh konvo selagi tak hantar buku library, kekekeke, sorrylah terlupaaa je, maaflah pakcik library.

So aku dah pening, sudahlah lupa hantar buku, kena marah dengan mama lagi sebab cuai sangat. Takkanlah aku nak terbang ke UiTM Shah Alam semata-mata nak hantar satu buku je kan. Aku pun kemurungan seharian (tipu je, murung 5 minit). 

Nak minta tolong kawan? Bukan senang weh, hahahaha. So aku try tanya seseorang kat Shah Alam tu, student UiTM juga, tapi dia selalu buat servis amik hantar students je (ala-ala grab car student). 

Aku try nasib jelah ni, berdebar kot-kot dia nak reject permintaan aku. Yelah, dia selalu hantar amik student je, ni aku nak suruh hantar buku, hahahaha. Loqlaq.

So aku tak tunggu lama, aku ambil no phone dia dari facebook, aku terus whatsapp. Selepas cerita masalah aku, dia bersetuju untuk tolong aku, siap kata yelah rugikan nak ulang alik sebab satu buku! Yeay! Esok aku akan post buku dekat dia, dan bank in upah. Terima kasih Allah sebab memudahkan urusan aku. Terima kasih seseorang tu sebab sudi tolong aku even kita bukan pun kawan rapat, cuma kenal satu universitilah. 

Eh apa nak rahsia-rahsia kat sini kan. Alang-alang tu entry ni aku buat appreciation post sekali la... THANK YOU AMEERA sebab tolong Mai ❤❤❤.

Pengajaran hari ini, tolonglah jangan cuai kalau tak mampoih tak boleh konvo. Kekekeke.




Follow

Post a Comment

41 Comments

  1. Alhamdulillah.

    btw, congrats! Wishing you the best in the future

    Nurul Rasya | Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Terima kasih Rasya, aamiin <3

      Delete
  2. wah...nak konvo lah sudah..tahniah..

    ReplyDelete
  3. hehe nasib baik ada kawan nak tolong. uitm sangat alert dengan pelajar yang tak pulang buku jugak ye? hebat hebat hakhak

    tahniah! nak konvo dah sis mai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alert tau...hehehe, cek yang nyanyuk sikit.

      Thanks sis omey!

      Delete
  4. heheh nasib baik ada valet :P kalau x, tak pasal-pasal kena g shah alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Valet lah sangat, kekeke... Tu la kalau tidak azab juga nak ke sana semata-mata pasal buku.

      Delete
  5. Selamat settle satu part. Kalau tak naya nak kene ke SA semata nk hantar buku ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Ana, naya kalau jadi gitu...

      Delete
  6. Haaaaa nasibb baik ada yg boleh menolong. Kalau tidak murung sampai bila bila la tengok orang nak pentas tapi mai tak dapat haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah sangat tak naik pentas tu, tapi kisah kalau tak boleh bergambar dengan jubah,hahahahaha.

      Delete
  7. awak... kita ni buat part time kat uitm.. hihi.. boleh je kalau nak kirim.. mujur dah selesai.. selamat berkonvo dengan jayanya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa mai tak tahu, hehehe. takpa mujur ada yg sudi tolong :D

      terima kasih sis <3

      Delete
  8. phew nasib baik la kan ada yg boleh tolong. tak pasal-pasal sebab satu buku je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la, mujurrrr ada yang sudi tolong...

      Delete
  9. buku ape laa tu yang dipinjam kat library sampai lupe nak pulang.. hihi..

    btw, congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Statistic E'in, kekekeke.

      Terima kasih ya! <3

      Delete
  10. memang tak berbaloi nak p uitm tu nak hantar sebijik buku tu jer..hee..

    happy convocation mai. rindunyyee nak convo ag.huu

    ReplyDelete
  11. hahaha..perkara biasa tu kalau lupa hantar buku sebab sikap kita sendiri yang lalai..sama la dengan saya

    ReplyDelete
  12. wahhh nak konvo dah? all the best ya. :D
    nasib baik ada yg nak tolong hantar buku tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih BV. Huhu, tu la, nasib baik ada mira tu...

      Delete
  13. Nasib baik ada orang sediakan perkhidmatan camtu Mai. Lega akak dengar. Hii.

    Nak konvo dah Mai!! Yeayyy! Pastikan baju nak pakai masa konvo dibawa bersama nanti ye. Akak pernah tertinggal baju konvo. Bersungguh beli kain tempah baju bagai, last2 tertinggal. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada pun akak, mai yang cuba nasib, baik dia sudi...

      Yeyyyy, tazabarrr kak Siqah,pastu boleh pulun cari kerja pulak... Hahaha naya tu akak, kalau uitm shah alam sebelah jakel je boleh cari situ, tapi sayanglah kan dh tempah awal-awal.

      Delete
  14. bhahahhahaha, seyes tip top la mai boleh terfikir nak buat mcm tu. Kalau saya mmg pos teros je kat library. Tapi mmg jenuh nak call bagai kena bahan lagi lulz. Baek betul ameera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susahlah nak direct dengan library, kang dapat leteran percuma,ahahaha. tu la, memang hutang budi dibawa mati ni...

      Delete
  15. alhamdulillah nasib juga jmpa yg dpt mbantu kan mai, senang hati da lepas ni, tggl tggu hari konvo je lg =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.

      Duk nyanyo lagu Aiman tino la...

      "menanti....menunggu konvo...
      Agarku dapat kerja yang dinanti"

      Wkakakaka

      Delete
  16. Ap slhnya pegi shah alam sambil sighseeing 😂😂 Tp alhmdulillah smuanya dprmudhkn 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. "No money, no jalanjalan." Hahaha,

      Alhamdulillah, lega...

      Delete
  17. Tahniah! Mai
    Mujur ada kawan boleh tolong hantarkan, kalau tak menagnis tepi bucu katil la jawapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mrs.A

      tu la, menangis air mata darah la jawabnya..sobs.

      Delete
  18. hahaha. mai mai. tergelak busyra baca.. nasib baik dorang hntar surat. uitm ni mmg alert pasal benda ni. btw alhamdulillah ada yg tolong mai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, huhu camnalah pulak boleh tertinggal satu. adoi..masa dip dulu takda problem pun,hahaha.

      alhamdulillah, tu la memang budi dikenang sampai mati ni

      Delete
  19. Hamboi.. Hamboi..
    Kakak library nak marah nie.. cubit sikit pipi dia..
    Mujur ada yg sudi nak tolong hantarkan .. 😎😎

    ReplyDelete