Hi, semasa mengedit blog Unni Anje tadi, aku mahu menggunakan font dari web google font, tetapi semua tutorial untuk menggunakan font dari Google font tu adalah edisi lama dan sudah tidak compatible lagi. Lagipun tutorial ini adalah request dari sahabat blogger aku dari negara seberang iaitu Jasmi (http://www.theamazingjasmi.com/).
01. Pergi ke laman web Google Fonts (https://fonts.google.com/) dan cari tulisan kegemaran kita.
02. Setelah jumpa tulisan kegemaran kita, click pada button merah untuk 'select' phone tersebut.
Klik Button Merah Tersebut |
03. Selepas kita klik, akan muncul kotak ini. Klik pada bahagian 'Customize'. tick pada beberapa jenis yang penting seperti regular dan bold & pastikan font yang kita pilih tidak terlalu berat.
Kalau font tu jenis memberatkan blog kita, kotak berwarna hijau itu akan bertukar menjadi kuning atau merah.
Tick pada ciri tulisan basic seperti regular, bold, italic (jika ada) |
04. Kemudian pilih 'Embed' dan kita akan dapat dua code, iaitu CODE HTML dan CODE CSS.
Code HTML dan Code CSS |
Kita perlu lakukan sedikit pengubahsuaian pada CODE HTML dan CODE CSS tersebut sebelum digunakan.
CODE HTML
Tambah type='text/css'/ pada akhir code.
Contoh:
<link href="https://fonts.googleapis.com/css?family=Mirza:400,700" rel="stylesheet" type='text/css'/>
Gantikan code berwarna merah dengan code HTML Font anda.
CODE CSS
Tambah code ini:
body {
Code css anda
}
Contoh:
body { font-family: 'Mirza', cursive;}
Gantikan code berwarna merah dengan code HTML Font anda.
05. Now pergi ke dashboard blog korang. Pilih Template > Edit HTML . CTRL+F untuk cari code <b:skin> .
06. Copy Code HTML font itu dan pastekan diatas code <b:skin> yang kita sudah cari.
(Rujuk gambar dibawah. Perhatikan code yang kita perlu tambah itu aku dah highlight)
07. Preview, jika tiada masalah boleh SAVE,
08. Sekarang masuk ke dashboard blog korang balik, pilih Template > CUSTOMIZATION
09. Paste CODE CSS dalam kotak custom CSS ini. Save!
Baiklah dah siap pun proses menukar font kita. Harap semua faham penerangan haru biru aku ni, kehkehkeh.
___________________❤❤❤___________________
Apapun, jom tengok hasil aku mengedit blog Unni tanpa izin ni, kehkehkeh, Unni suruh tukar template je, sekali header aku tukar, ampunnn Unni, harap Unni suka eh.
Sebelum VS Selepas |
Header Asal Unni, kot-kot Unni marah pepandai tukar, kekeke :P |
Header sepenuh kasih sayang untuk Sis Unni,hehehe, kalau suka gunalah |
21 Comments
Ohhh macam tu rupanya ye. Hahaa tips berguna ni. Dah lama terfikir cara nak tukar font google guna css hahahaha 😑
ReplyDeleteHehe, senangkan bila dah tahu cara, tu la mai pun godek2 juga tadi untuk cari penyelesaian... Lepas ni kerap lerrr bertukar font.haha
DeleteCCL memang lemah kalau nk edit font ni ...kena main coding ..mak aii memang tak mahir la ..ada tutorial ni CCL boleh belajar step by step
ReplyDeleteHahaha cubalah follow step by step Mai ni :D
DeleteWah.. Spesial request nie.. Siapalah agak nya kawan Mai dari negeri seberang tu.. Hahaha..
ReplyDeleteNak try follow step by step sampai berjaya.. Anyway, font yang Mai pakai apa nama dia??
Thanks again ya Mai
Huhu Jasmi la tu, tapi macam tak boleh guna je Jasmi, sorry tau, kalau ada problem mai pun tak pasti nak solve mcm mana.
DeleteFont blog ni Josefin Sans.
Kak ana ada nk tanya mai lah pasal font ni, nanti kak ana DM ye 😘
ReplyDeleteBoleh kak Ana, hihi :D
DeleteThanks for tutorial.. nanti nak try :)
ReplyDeleteTry la nanti sis :D
DeleteHahaha Mai edit pakai Canva ja ni Noor Azlan, auto generate. hehehe.
ReplyDeleteWah.. terima kasih tutorial ni kak. Senang jadi rujukan GV nanti kalu nak edit font. terbaik kak. :D
ReplyDeleteSama-sama GV :D
Deletecantikk blog unni.. pandai mayy edit.. hehe :)
ReplyDeleteHehe terima kasih kak Fyna, mai just tambah header & font je, template tu yang cantik,hehe.
DeleteOoo, cenggini la nak tukar2 font, main coding..
ReplyDeleteTapi ni yg mrs pip lemah ni...
Nampak mcm senang, tapi yg buta coding mcm mrs pip ni,
Haha, ke laut nnt tulisannya..
Anyway, thanks sharing..
Cheers
Haha mai pakai basic blogger fonts je, buat tuto kot2 nanti jemu teringin nak pakai fonts dari google fonts senang, hihi...
Deletetakpa kalau tak tahu apa2 boleh je tanya mai :)
Alahhhhh, semangat nak belaja tapi saya pakai pre made template yg free punya pastu dia disable customization part nya. wuhuuu
ReplyDelete//awesomeness//
Alaa sayangnya..template awak dari mana? So far dari themexpose & beauty template masih boleh edit customization.
Deletewah suka tgk header bru tu. untung unni =D
ReplyDeleteCantikk. Pandai btul mai edit. 😊
ReplyDelete