Apa? Traveloka sedang Lancarkan Traveloka Sale-Abration Sampai 31 March ini?

Traveloka Sale-Abration

Hi readers!
Rasanya aku sudah tidak perlu mengenalkan apa itu Traveloka (https://www.traveloka.com/en-my/) kepada orang ramai lagi…Maklumlah Traveloka sudah sangat dipercayai ramai kerana memudahkan mereka mendapat syurga percutian idaman. Sebut sahaja percutian bajet, percutian mewah, atau trip kerja, semua mudah dengan adanya Traveloka.

Ye ke ni......?

Ya benar, ini kerana urusan merancang percutian melalui Traveloka menjadi mudah kerana proses 2-in1 dimana kita dapat menempah tiket perjalanan dan tempat penginapan dalam satu apps! Malah kita diberi pilihan untuk menempah melalui apps yang didownload dalam phone ataupun terus dari website mereka.

Pssss, sudah tentu lebih mudah jika kita terus mendownload apps Traveloka dalam phone kita. Selain dapat memudahkan kita membandingkan harga, menempah tiket flight atau merancang perjalanan seterusnya, kita dapat menjadi orang pertama yang tahu mengenai berita dan info Traveloka App-only hot deals dengan satu klik.

Download Traveloka
 https://www.traveloka.com/en-my/traveloka-flight-ticket-hotel-booking-app

Sudah tentulah apps seperti ini telah banyak muncul bagai cendawan selepas hujan pada zaman klik klik internet. Namun Traveloka masih bertahan kukuh kerana kepercayaan dari ramai kaki travel yang tetap setia dengan Traveloka untuk merancang setiap perjalanan dan percutian mereka.

Mengapa?

Ada dua sebab kenapa orang suka bercuti dengan Traveloka.

01. Memudahkan
Yes macam semua orang tahu betapa awesomenya Traveloka ini kerana kita dapat membuat pilihan paling berbaloi untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel penginapan kita ke destinasi pilihan. Ya semua dalam satu platform!

02. Menguntungkan!
Hanya dengan Traveloka kita akan dapat harga bersih dan jujur. Segala harga yang kita Nampak masa nak tempah tu, harga itulah yang kita kena bayar. Tiada caj tambahan, tiada caj tersembunyi. Wallaaa~

Baiklah, jom kita tengok apa pula kelebihan berurusan dengan Traveloka untuk urus janji penerbangan dan urusjanji penginapan.

Urusjanji Penerbangan ( Flight deals)

Huiiii duit flight tu kalau boleh pilih murah-murah je asalkan selesa dan sampai dengan selamat, sebab duit tu lebih baik guna untuk beli ole-ole. So bersembang pasal flight, ada yang suka naik MAS, ada yang suka naik Air Asia, dan ada yang tak kisah naik mana-mana asalkan harga berpatutan.

Dengan Traveloka, kita boleh membandingkan harga flight diantara banyak syarikat penerbangan yang ada, so dapatlah kita memilih yang mana berbaloi dengan membandingkan pada setiap aspek sekadar di hujung jari!

Psss ada berita baik pasal harga penerbangan domestic dan antarabangsa yang ya ampuuun mesti korang suka, tapi kejap lagi aku bagitahu okey. Hehehe.

Eh tak sabar ye, ok aku bagi clue : Sale-Abration. Kekeke.

Urusjanji Penginapan (Hotel deals)

Sama juga macam kos perjalanan, bagi aku untuk hotel kalau boleh nak harga semurah yang boleh. Yelah, untuk tidur je kan, sebab motif pergi bercuti tu nak jalan-jalan. Kalau nak tidur baik aku tidur kat rumah je, lagi best ada bantal busuk. Aip..

Tapi…Ada tapi…Murah memang nak murah, tapi mestilah nak yang selesa, dan selamat. Tak kan pergi bercuti nak tidur hotel yang creepy, tengok pun tak sedap hati macam tak berpenghuni kan. Jadinyaaa, Traveloka lah kunci kepada semua yang kita inginkan tu! Yippie.

Banyak hotel yang menjadi partner kepada Traveloka ni, lebih dari 100 hotel tau kat Asia ni. Jadi bolehlah kita memilih hotel yang sesuai dengan tujuan kita. Yelah takkan backpacker nak pilih suite mewah pula kan, dan begitulah ada juga pilihan untuk percutian family ataupun untuk mereka yang nak honeymoon manja manja.

Dan kita juga boleh memilih hotel dengan selera kita, sama ada nak aman damai tepi pantai, atau tengok keindahan kota raya tempat orang, nak tempat senang shopping, atau cari lokasi bersejarah dan penuh adat. Tepuk dada, tanya selera.

Pendek kata semuanya ada di Traveloka, petik jari jeee.

Berita baik! Berita baik!  Dari 10 hingga 31 March ini, Traveloka akan melancarkan sebuah kempen yang dinamakan Traveloka Sale-Abration yang mana mampu membuatkan kaki travel, geng backpacker, atau lovebirds yang mencari lokasi romantis untuk berbulan madu bakal senyum sampai ke telinga.

Traveloka Sale-Abration

Dengan Traveloka Sale-Abration ni, semua orang dapat terbang ke awan dengan harga murah terketaq-ketaq bak kata orang Kedah. Harga bermula dengan RM40 untuk penerbangan domestik dan bawah RM100 untuk penerbangan antarabangsa.

Takdak idea nak pi mana? Jangan risau, bukak saja laman web Traveloka, maka confirm terbeliaklah mata tengok hotel-hotel indah dengan harga yang mampu milik. Nak lebih terbeliak, dapat pula potongan diskaun sehingga 79% untuk penginapan sempena Traveloka Sale-Abration ini, fuhh memang cool gaiss! 

Psttt, meh nak bisik untuk readers blog aku je, haha. Booking sebelum 19 Mac, dan guna kod DEALSTAY masa nak bayar tu, dan tadaaa, dapat potongan harga 15% sehingga RM50 penjimatan.



Berminat untuk menghubungi Traveloka? Hubungi +60-15-4840-9469 (Traveloka Malaysia) atau klik pada mana-mana laman sosial mereka 



Apa lagi, jom bercuti ramai-ramai!


Follow

Post a Comment

17 Comments

  1. suka traveloka nie sebab banyak promotions flights dan hotel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, boleh kata non stop promotion tau...hahaha. kalau follow newsletter dorang boleh tahu lah kan...

      Delete
  2. wow....saya pun baru tahu tentang perkara ni..

    ReplyDelete
  3. Knp ramai org post pasal traveloka ni Mai? So far tak pernah guna traveloka ni. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Promotion baru dari Traveloka ni kak Ana, hihi..try la nanti, best tau...banyak sangat diskaun dorang.

      Delete
  4. Yeahhhhhh jom pergi travel! mai dah tempah tiket belum? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jom... tapi tulah kena beli pakai Brim ni syed,lol :P

      Delete
  5. Seronok kalau traveling ni, semua pun terancang..
    Lagi2 dpt harga yg mmg affordable...
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, seronokkan. Nasib baik ada Traveloka. :D

      Delete
  6. Tak pernah deal ngan traveloka. Tp member selalu guna utk booked hotel. Mmg sng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la memang senang dengan Traveloka ni...

      Delete
  7. Siqah tak pernah guna app Traveloka. Tapi lama dah download. Hihi. Menarik deal nya. Murah tu siap ada diskaun untuk reader blog Mai 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe ok la tu dh download sis. mai follow newsletter dorang, hehehe. haha diskaun tu dorang memang bagi, mai saje je.hahaha.

      Delete
  8. harap2 hjg tahun ni ada promo 😁

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi guna khidmat traveloka, insyallah kalo ada rezeki travel nnti, ju cuba =)

    ReplyDelete
  10. Nak g Sabah.. nak g Sabah.. hehehe..
    Tak pernah guna lagi Traveloka nie..

    ReplyDelete