Tingkatkan Trafik Blog dengan Group Facebook 'Kami Suka Terjah Blog'

Group Facebook 'Kami Suka Terjah Blog'
Selamat pagi, assalamualaikum semua :D,

Topik aku nak membebel pagi ni adalah 'JOM TINGKATKAN TRAFIK BLOG DENGAN GROUP FACEBOOK'. 

Kalau nak berjaya dalam dunia blogging ni, kunci utamanya adalah mempromosikan blog kita macam yang aku pernah share dalam entry Belajar Buat Blog  dulu... Kalau orang tak kenal blog kita, macam mana orang nak jatuh cinta, ye tak?

Kalau kerja kita just tulis entry dan publish sahaja, lepastu tak buat apa-apa dah, blogwalking tak mahu, at least singgah balas blog orang yang komen blog kita pun tak mahu, gulung tikarlah blog kita. Sebab orang pun tak ingin nak kenal kita. Hahah.

Bagi aku, banyak cara sebenarnya untuk mempromosikan blog kita, contoh paling mudah blogwalking. Ataupun boleh guna pinterest & bloglovin tapi dua cara ni akan lebih berkesan kalau blog kita dalam English. Tapi tak apa, sebab penyumbang kedua terbesar untuk trafik blog aku selepas Google adalah Facebook

Sebenarnya aku tidak berapa selesa untuk pin entry aku dalam personal Facebook kerana bukannya akan dapat sambutan pun. Salah aku juga sebab tak add ramai blogger, hahaha. Eh kalau macam tu trafik yang bertimbun dari Facebook tu datang dari celah mana pulak?

Jeng jeng jeng, mestilah group-group blogger dalam Facebook yang aku join. Tapi menyedihkan juga sebab kebelakang ni banyak group blogger di Facebook yang aku join macam dah hidup segan mati tak mahu je, krik krik krik.

Jangan risau sebab aku dah jumpa satu group yang aktif untuk kita promosikan blog kita disamping dapat trafik dan menyumbang trafik orang lain juga. Alaa win win situation disitu. Hihihi. Group 'Kami Suka Terjah Blog' dibina oleh Blogger Sis Hawa (http://sishawa.blogspot.my/).

Sesiapa pun boleh join group ni asalkan ada blog, kihkihkih. Ada beberapa syarat ringkas yang diberi, ala bukan apa, untuk menjaga keharmonian group juga.

Syarat untuk menjadi ahli group 'Kami Suka Terjah Blog'
.
♥ - Tidak di benarkan menggunakan kata-kata lucah, kesat, maki hamun dan lain2 yg seangkatan dengannya.
.
♥ - Tidak di benarkan promote apa2 produk jualan
.
♥ - Tidak di benarkan promote mana-mana link untuk kepentingan diri sendiri
.
♥ - Boleh promote segmen dan giveaway yang sedang di anjurkan di blog sendiri
.
♥- Boleh perkenalkan entry blog terkini
.
♥ - Soalan dan sebarang masalah yang berkaitan dengan blog juga di benarkan untuk perbincangan sesama ahli group.
.
♥ - Untuk masuk ke senarai terjah, sila singgah di semua blog yang sudah tersenarai di list ini >> https://goo.gl/NFgJVF
.
♥ - Sebaik saja selesai terjah semua blog (tak kisah walau sekadar singgah untuk follow atau klik ads), komen DONE dan berikan link blog sendiri di bahagian komen post ini untuk admin senaraikan link blog anda ke list terjah
.
♥ Blog yang telah tersenarai di atas perlu klik dan terjah semua link blog yang baru di senaraikan di list tersebut

Okaylah aku akan ringkaskan apa motif sebenarnya blog ini dibina. Disebabkan ini adalah group yang baru wujud, tentunya para blogger yang join tu adalah blogger yang masih aktif. Jadi besar kemungkinan untuk mereka menyinggah blog kita jika kita ping entry terkini kita dalam blog tersebut. Ini juga satu kelebihan kalau kita nak promote giveaway or segmen kita. Tapi iklan atau produk jualan....is a big NO  okay!

Dalam group ini juga ada SENARAI TERJAH. Dalam senarai terjah ni tiada paksaan siapa nak join atau taknak join. Tapi kalau join, blog kita akan tersenarai dalam list tu, dan semua orang yang juga ada dalam list tu WAJIB singgah blog kita, tak kisah la masuk nak follow, blogwalking, atau klik iklan pun. Dan balasannya kita pun WAJIB singgah ke blog mereka juga.

Selain itu kita juga dibenarkan untuk mulakan diskusi tentang masalah dalam blogging dalam group ini. Yelah kalau ada masalah apa salahnya kita tanya kan, mana tahu ada yang pakar boleh selamatkan blog kita.

Jadi sesiapa yang nak join group ini jemputlah request di >>SINI<< nanti Mai atau sesiapa yang tengah online masa tu akan approve.

Dan jemputlah add Facebook personal Mai juga >>Noor Maizan<< .


Follow

Post a Comment

63 Comments

  1. 1st...awai dah Mai buat entry...mmg laju dari Ummi ni..
    Jom ramai2 meramaikan page kami suka terjah blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awai Ummi blogwalking, hihihi. Tu la nak ajak ramai-ramai join baru meriah..

      Delete
    2. mmg awai Jumaat tu...tpi dh 2 hari tak posting sebab kesibukan..Mai pulak pun dh 3 hari x berposting..semoga Mai sihat

      Delete
    3. Alhamdulillah dah surut demam ni..thank you Ummi :)

      Delete
  2. Kak ana join juga. Kak ana setuju dgn statement Mai. At least singgah balas kunjungan org yg singgah ke blog kita sebagai tanda penghargaan. Cewah. Yang tak sudi nk singgah semula tu, takpelah. Blog mereka dah eatablish gitu 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mai kalau nak blogwalking tu mulakan dengan blog yang singgah sini dulu. pastu baru merayau cari blog baru.hihihi/

      Delete
  3. tengah gigih terjah ni.. hihihihi

    datang terjah dan klik iklan. (Kami Suka Terjah Blog)

    ReplyDelete
  4. Owh.
    Pakcik takde fblah Mai.
    Nanti tak terkejar pulak kerja2 rutin seharian asyik nak mengadap lp aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh... fb mai pun jarang guna pakcik. banyak2 pun buat apa la sangat kan...tapi advance juga pakcik ada blog..

      Delete
  5. wah..nanti aku terjah berabis yerr kat dalam group tu..hhikhik..

    ReplyDelete
  6. Mek pernah jugak join group blogger tapi tk aktif --'

    Mai, tk leh add la fb mai --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek...mai dah tukar setting dah, hehehehe..

      Delete
  7. Wah siap ada entry.. goodjob my dear. Jom jom kita kumpul semua blogger habis-habisan. :D

    ReplyDelete
  8. Good job Mayy... Jom meramaikan FB kAMI SUKA TERJAH BLOG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi tu la kena ajak ramai-ramai baru meriah :D

      Delete
  9. dulu selalu jugak post entri kat personal fb.
    tapi macam syok sendiri je..hehehe..pastu stop.
    sekarang ni ada jugak la kadang-kadang tu post kat group fb.
    nak bagi org kenal blog kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe tu la, post utk bagi orang kenal je. nak spam selalu segan pula entry mai dah la entah pape.lol

      Delete
  10. kebanyakan blogger FB groups yg fae join mcm kurang aktif daa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la banyak blogger yang dah stop jadi blogger kan...

      Delete
  11. Yay jom ramai ramai masuk group nie! Hakhak

    ReplyDelete
  12. thank you for sharing this. I've been looking for bloggers group to join at fb but majority of them are us/uk based

    ReplyDelete
  13. tak bole masuk link nie lahr mayy >> https://goo.gl/NFgJVF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah join group baru boleh view link tu atika :D

      Delete
  14. Mantap yah mba ,makasih udh posting.

    ReplyDelete
  15. Mai u kena tag >> http://sishawa.blogspot.my/2017/03/blog-sis-hawa-mula-di-hargai.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak Awa..baru kudrat datang nak bw hari ni, hehe..

      Delete
  16. Done Mai..
    Akak dah add Fb Mai dan Join Group, tunggu approval Mai, hihihi

    ReplyDelete
  17. Kak Sue singgah sini.. geng terjah, selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
  18. Kalau yang dah tak aktif dengan FB macam Ira ni macam mana ? Hhuhuhu. Nangis tepi katil lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira jenis tak aktif ye? Mai pun jarang tulis status or gambar, cuma share2 je.hehe.

      Delete
  19. Ccl ada join jugak group fb tue ..sama2 blokwalking

    ReplyDelete
  20. thanks invite saya join group ni

    ReplyDelete
  21. saya suka blogwalking namun tidak mampu segagah dan setegar dulu..

    mungkin faktor usia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cukuplah sekadar menyinggah balas blog yang datang ke blog kita. saya rasa itu sudah memadai :D

      Delete
  22. Bagus ni.. dapat la berkenalan dengan blogger lain dan secara tidak langsung dapat tambah traffik blog kan..

    Tapi terpaksa la buat akaun facebook dulu >.<

    ReplyDelete
  23. Menarik-menarik. Nak try pegi usya2 jugaklah lepasni. Hehe

    ReplyDelete
  24. tak dapat la nak join, akaun fb xde, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga rupanya blogger tak ada fb,hehehe.

      Delete
  25. sy selalu juga post d group blog kat fb tu. kalau d personal fb memang jarang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kat personal fb macam krik krik pula..

      Delete
  26. menarik juga ada platform untuk blogger mcm nie.. orang indonesia boleh join tak? haha

    ReplyDelete
  27. Hi sis,,nanti saya terjah ya :D

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah, ju bookmark entry mai ni, nnti free ju BW blog dalam list =D

    ReplyDelete
  29. Maksud Ibrahimov Arvind Mohais Sven Schellenberg Zbigniew Michalewicz

    ReplyDelete
  30. Menarik blog cik.. pengisiannya banyak membantu blogger yang suam-suam kuku seperti saya..

    ReplyDelete