Misi Bulan Mac!


Hola!

Tuptup sudah melangkah ke bulan ketiga dalam 2017 ni, rasa macam nak buat misi Mac pula, maklumlah setelah lama menganggur, marilah kita berubah jadi penganggur yang produktif, acewahhh, muahahaha. Wish me luck!

2017 MARCH GOALS

01. Kembali Aktif Membaca

Rasanya dah lama aku tak membaca buku, sedih tau sebab membaca adalah salah satu hobi aku sebelum hidup aku dijajah gadget smart phone. So dengan bilangan buku yang belum disentuh berlambak dalam rak buku, ayuhlah aku nak mula untuk rajin membaca balik. 

Antara idola dalam geng kaki buku ni adalah Kak Siqah, Kak Sha, Fatina, dan Claudya. Beza aku dan mereka sekarang adalah mereka baca buku, aku baca sinopsis buku yang mereka review,hahahaha, teruk betul.

02. Tidur Awal Bangun Awal

Aku rasa perkara ni paling susah nak buat sebab aku tak suka campurkan waktu persendirian aku dengan waktu bersama family. Waktu siang seboleh-bolehnya aku akan tumpukan sepenuh perhatian dengan family aku sebab tu aku memilih waktu tengah malam untuk aku buat aktiviti aku yang lain.

Repair resume, prepare cover letter, blogwalking, check email, dan menulis novel wattpad semua tu akan aku selesaikan waktu semua family aku dah tidur, kalau tidak aku nak bersembang dengan mak, aku nak main dengan anak buah, aku nak gossip dengan adik, payah, hahaha.

So aku pun tak tau macam mana aku nak tidur awal, nantilah aku fikir, aku buat je goals bagai ni dulu,hahaha.

03. Bersenam & hilangkan lemak pada lengan 

Aku pelik betul lah, kalau perempuan lain ada masalah dengan lemak pada pinggul dan peha, aku punya lemak semua nak bertepek kat lengan je, sakit betul hati aku ni. Mana tidaknya, kalau peha or pinggul macam Kim K ke JLo ke seksilah juga, dan kalau lepak kat pipi kan gebu macam kuih pau pujaan ramai, ini lengan je yang berlemak! Argghhgghfhfhghgfhgh.

Macam mana nak buang lemak tu aku pun tak tahulah. Nak pergi gym tak ada teman, so aku rasa aku bersenam ajelah depan laptop sambil tengok demo dalam youtube. Hahaha. Planking okay kot? Entahlah, sis cuba kayh.

04. Konsisten Menulis Blog & Wattpad

Aku harap March ini aku akan konsisten menulis blog dan tak tinggal lama-lama sampai berhabuk (cewah ayat cliche bloggers bila tinggal blog lama-lama). Menulis memang boleh konsisten, tapi nak bagi hasil penulisan yang WOW tu susah sikitlah, tak apalah tak WOW pun, asalkan positif dan bermanfaat*sis cuba.

Untuk Wattpad aku target untuk habiskan buku 'Izinkan Aku Bahagia' secepat mungkin. Dan dalam perancangan juga untuk tulis buku baru kategori Matured Content (sis gatal) pulak,kekekeke. Gurau je. 

Tahniah kepada kawan blogger aku yang dah beralih arah ke Wattpad sis Mell Marian atas penerbitan buku Wattpad beliau ke hard copy. Tepuk sikit!!! M bukan sahaja penulis yang baik, dia pencerita yang hebat dalam penulisannya. 

05. Buang Tabiat Buruk Suka Melengah-lengahkan Kerja

Ok aku harap March ini, aku dapat eliminate sikap buruk aku yang suka buat relaks tak kena gaya. Zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat ok, tolonglahhh sedar diri tuh.

Apa sahaja dalam perancangan, bangun dan terus buat. Buang 'nanti-nantilah', 'lepas ni', or 'kejap lagilah' semua tu. 

Fuh. 

Sis kena kuat!


Hehehe, yang penting March ni aku kena happy dan positive sokmo :) 

So apa March Goals Korang?


Follow

Post a Comment

48 Comments

  1. Wah dah set awal2 untuk bulan ni.. Saya pula masih nak siap kerja yang masih belum disiapkan.hehehe. dulu2, pernah juga try buat wattpad story tapi.. terstop da sebab stay fokus dengan projek yang saya tengah buat skg, anyway gud luck for ur target goal this month~ ayuk bersenam selalu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la awak, mai saja try publish cerita hambar tgk2 sambutan ramai pula, kalau tiba2 stopkan ni boleh kena parang ni. eheheh.

      Thanks dear! Marilah amalkan gaya hidup sehat.

      Delete
  2. Ngeee lebih kurang je goal kite. Tapi ntahle macam tak jalan je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah jangan cakap gitu kak kinah, tergugat jugak ni. haha

      Delete
  3. Moga apa yang di rencana dipermudahkan urusannnya :)

    ReplyDelete
  4. misi kite nak jadi pekerja cemerlang..hahahha..gud luck dear.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah, bagus goal tu kak Zati, moga sukses! hihi

      Delete
  5. Samalaa, kalau boleh wktu brsama keluarga memang taknak kacau. Taknak duk terperap kat bilik online je sedangkan family kat luar.

    Stop bertangguh. Ni masalah semua orang kot. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul tu, tak suka bazirkan masa berkualiti dengan keluarga, nanti dah keje belum tentu dapat duduk dekat dengan semua lagi.


      HAHAH tu problem tu, stress!

      Delete
  6. Nampaknya azam bulan baru ni sama macam saya, gambatte!

    ReplyDelete
  7. salah satu ciri nak berjaya kena listkan senarai goal. kalau tak dapat buat semua, yang penting jangan tinggal semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu penting tu, tak dapat buat semua jangan tinggal semua.

      Delete
  8. salah satu ciri nak berjaya kena listkan senarai goal. kalau tak dapat buat semua, yang penting jangan tinggal semua :D

    ReplyDelete
  9. Alamak.. Terharu akak, mai mention nama akak..
    You can do it girl..
    Chayook.. Chayook..
    Akak lak dalam misi membuang lemak di perut.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi idola ni, akak rajin baca n review buku.

      Aamiin, thank you kak Sha. hihihi.

      Jom kita exercise!

      Delete
  10. Bagus la misi yg Mayy nk buat. Fiza patut contohi jugak nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah Fiza ,sama2 kita realisasikan misi ni, cewahhh.

      Delete
  11. heheh lebih bersemangat edit blog, focus online business kalau boleh bagi sale lagi naik hahaha good luck to both of us !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go go chayok, thank you Mellya, all the best on your business.

      Delete
  12. Semoga semuanya berjaya sis! Satu benda saya paling susah nak buat ialah konsisten. Ya Allah. Novel saya try karang since spm dulu tak siap siap lg. Hehe. Membaca tu skrg banyak online je dah lama tak beli novel yg ada dkt pasaran :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi betul, consistency memang penting sangat!

      Lama tu Ziera, hihihi, share la nanti bila dah siap.

      Betul, novel kat Wattpad memang terbaik sangat kalau pandai cari, lari dari cliche!

      Delete
  13. Kak ana doakan semoga tercapai semua target Mai utk bulan ni 😘

    ReplyDelete
  14. I'm trying had to overcome my procrastination problem and so far nothing works lol.

    btw, what is your wattpad id?

    `Nurul Rasya | Blog`

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha all the best Rasya, try harder XD

      ID ; Noor Maizan.

      Delete
  15. hahaha. nice. macam lebih kurang sama je misi kita. actually azam tahun baru tu. lagi2 part nak workout n banyakkan membaca tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIhihi gaya hidup produktif gitueee. ahahaha, good luck Nadhie.

      Delete
  16. misi bulan mac sy? ermmm, tak terfikir. tapi azam 2017 ni nak dapat kerja dan nak kurangkan berat & hidup secara sihat �� moga dipermudahkan, ameeen ��

    ReplyDelete
  17. Wahhhhh, semoga tercapai semua goals tu ya!
    betul tu, nak menulis tu senang tapi nak bagi penulisan yang woww tu haaa yang susah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa Syed, mula-mula start mengarang punyalah nak bagi tak tersasar,last last kelaut gak meraban, haahaha.

      Delete
  18. Hihihi selesaikan yang pnting, tu paling utama :D

    ReplyDelete
  19. hahahah. maiii, sama la kita. susah la nak tido awal. kadang tu pejam mata still tak lena. sibuk nak buka laptop la phone la. haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, pastu buka wattpad baca creepypasta, hahaha.

      Delete
  20. tu dia azam baru!! semangat2 :D

    ReplyDelete
  21. bnyak misi bulan march dia. sy x dan nak fikir lagi nak bermisikan ap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, plan dulu, jadi ke tidak nanti-nanti tgk,haha.

      Delete
  22. semoga tertunai segala misi sis mai :* elsa macam biasalah misi bulan mac dan bulan2 lain adalah kumpul duit untuk makan! hakhakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha makan untuk hidup! hidup untuk makan!!

      Delete
  23. Haha. I saw my name :) Kelakar lah Mai ni pasal perbezaan tu. HIhi. Takpelah, bulan ni start membaca okay. Nanti akak datang baca review buku Mai pulak. Akak tunggu nie tau. Hehehe.

    Akak takde Wattpad. Akak download nanti ye nak jugak support Mai kat sana :)

    Selamat berjaya Mai untuk success dalam semua misi bulan ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Mai cuba kak Siqah, tengah start satu novel sekarang ni, akan review nanti, hihihi. Wah ada org tunggu, pembakar semangat ni.

      Cubalah kak Siqah, cerita mai hambar je,tapi banyak penulis hebat dalam tu, nanti mai akan perkenalkan.

      Terima kasih kak Siqah. Aameen.

      Delete
  24. all the best.. macam azam tahun baru, tapi monthly? wow.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha biasalah otak seminit,sesuai dengan goal jangka pendek je pha is. Kalau goal panjang2 tu nipunye, tengah tahun dah lupa.haha

      Delete
  25. semoga di pmudahkn mai ! =D

    ReplyDelete