Hi,
Perempuan mana tak suka make-up kan, antara rajin dengan malas nak make-up aje, hahaha. Kadang-kadang orang kata perempuan makeup ni fake nanti suami terkejut lepas kahwin, helooo, kitorang pun tak mahu lelaki judgemental seperti itu, hahah.
Jangan tertipu kalau tengok perempuan cantik tanpa makeup, 90% dari mereka menggunakan teknik no-makeup-makeup, maksudnya diorang menggunakan teknik makeup untuk nampak natural tapi kekal segar dan menarik.
Tapi susah tau nak buat no-makeup-makeup. Aku tak reti lagi skill macam tu...huhu, teach me mastaaa. Tapi takpa, harini aku mahu share rutin make-up harian aku yang simple tapi mampu menghilangkan pucat aku.
Sebelum tu, kita tengok dulu muka bogel aku. Fresh dari ladang gitueee... Jarang tau aku nak tayang bare face gitu je, hahahahahahahahahaha.
.
.
Nampak pucat kan? Memang pun, orang selalu ingat aku keluar tak mandi ataupun baru bangun tidur kalau aku haritu terkena simtom lazy day dan malas nak tepek even secalit bedak pun. Hahah.
Sebab itulah aku terpaksa amalkan rutin makeup yang cepat dan simple, sesuai untuk orang malas dan juga kalut nak cepat macam aku.
Jadi, untuk rutin makeup harian aku adalah merangkumi seluruh wajah, seperti kulit, mata, dan paling penting....bibir! I can't live without my lipstick...
Wajah & Kulit
.
Aku akan mula makeup dengan memakai serum, foundation, menggunakan jari dan bedak dengan span. Hehe, tak pandai pakai bedak pakai brush.
.
.
- Vita Anti-spot Serum - Sebelum ni aku akan terus pakai foundation kerana tiada krim kecantikan yang sesuai untuk kulit sensitif aku. Tapi haritu aku ada dapat Vita anti-spot serum daripada blogger Busyra dan aku dapati serum tu best dan serasi dengan kulit aku, yippie!
- Za Liquid Foundation - Oleh kerana make up harian adalah makeup santai, aku memilih liquid foundation daripada Za untuk mendapatkan sapuan yang lebih halus dan nipis. Untuk makeup berat aku memilih doll Skin Foundation daripada Sendayu Tinggi.
- Pixy Two Way Cake - 10/3/2017 adalah tarikh pertama kali aku membeli bedak Pixy kerana sebelum ini aku memakai jenama Miami. Harga Pixy lebih menjimatkan tetapi disebabkan aku masih baru berjinak-jinak memakai Pixy ni, aku tak tahu nak membandingkan kualitinya. Apapun, aku lebih prefer memakai bedak dengan span basah.
Mata & Kening
Aku akan menyiapkan bahagian kening dulu sebelum menyolek mata.
- Set Obuse Kening - Aku akan menggunakan Set Obuse untuk melukis bahagian kening aku. Aku tidak mencabut ataupun menyorokkan bahagian kening yang bersepah, cuma touch-up sikit saja. Kemudian guna brush yang berbentuk sikat kecil untuk menggosok kening sehingga kemas.
- Eyeshadow Sendayu Tinggi - Aku tak kisah jenama Eyeshadow sebenarnya, tapi kebetulan hari ini nak pakai ST, hehehe. Selain tu aku juga suka eyeshadow dari In2it.
- Catrice Eyeliner - Antara pelengkap hidupku, cewahh. Aku tak boleh la keluar rumah tanpa eyeliner, rasa tak lengkap pula makeup.
- Sendayu Tinggi Mascara - Serius best! Melentik habis pakai maskara ST.
Bibir
- Liptint - Liptint ni aku akan sapu cuma di tengah bibir untuk effect lebih Korea gittueee, kekeke. Hadiah dari Mekzumbie (klik sini).
- Kiss Of Fire Huda Beauty Lipstick - Mulanya aku ingat lipstick matte ini akan berwarna merah garang apabila dipakai, rupanya hasilnya adalah merah oren. Omaigod, I'm so in love with the color, dah lama aku idamkan nak lipstick warna macam ni. Hadiah dari Busyra (klik sini)
Itulah sahaja yang aku buat, so siaplah Mayy's daily makeup routine. Hasilnya tidaklah lawa pun, cuma aku suka untuk tampil lebih segar dan nampaklah bersemangat hidup sikit, muahaha.
Amacam hasilnya? Gambar indoor tu menggunaan lampu bilik sebagai sumber lighting, dan untuk outdoor tu aku guna cahaya matahari dengan menggunakan teknik curtain selfie gitueeehh. Hahaha.
Baiklah terima kasih untuk penaja entry hari ini iaitu Mekzumbie untuk beauty brushes & liptint (Mekzumbie) dan Busyra untuk Anti-spot Serum & Kiss of Fire Huda beauty matte lipstick Mai.
38 Comments
Tunjuk ajarku sifu. Hehe.
ReplyDeletePandai Mai apply make up. Muka nampak fresh. Ramai juga guna Huda lipstick tu ye. Kak ana baru tau jenama huda tu minggu ni dari entri rakan2 blogger juga =)
Hahaha, kak Ana, mai pun tahu basic je...sebab masuk kelas haritu, haha. Kalau advance kena minta adik Mai la dia terer.
DeleteTu la mai pun baru tahu, sebab Busyra bagi, hahahaha. Best juga kak Ana, cantik warna dia.
Mai kira terer laa jugak nak makeup tang mata dan kening. Ira zero teruihh hahahhaha
ReplyDeleteHahaha kening tu kadang-kadang tak jadi sebelah Ira, hahaha. Nanti adik mai tolong touch up balik. Tak pandai tutup kening serabut pakai concealer bagai,haha, simple2 je.
DeleteTakpa Ira, slow2 nanti terer la,hehe.
besarnya mata :O
ReplyDeleteHaha kenapa? Pelik ke?
DeleteLiptint tu unni pun guna jgk.. tp kalau pegang air lines ke mascara ke beggar tangan ni, serius tak reti.. suke tgk org make nmpak fresh je, berserdhana tu pnting.
ReplyDeleteMai first time ada ni sebab mek zumbie bagi, hihihi. Mai pun bergegar, tangan mai sentiasa tremor (terketar2) kalau unni nak tahu, so setakat comot tu lantakkan aje,hahaha.
Deletetakpandai nak mekap2 macam nie. :D
ReplyDeletedah la sekarang kulit muka breakout teruk T^T
Mai baru recover dari jerawat breakout sebab stop pakai produk collagen2 bagai,kekekeke. Alhamdulillah semakin ok, ambil ubat & pencuci muka dari klinik dan juga apa yg pharmacist suggest je, takmau dah beli bukan2.
DeleteBV sekarang pun ok je walaupun still ada jerawat. hahahaha memang sekarang guna product dari pharmacy/watsons. harap berkesan la kan :)
Deletewah nice one ! keep it up , mellya pun dok belajar buat kening bagi lawa hahahah
ReplyDeleteThanks Mellya, hahaha... mai kening tu pun tak terer lagi, selalu jadi sebelah ja.haha
DeleteOhsem perkongsian Mai..
ReplyDeleteTetibe rasa cam nak make up lak.. hehehe
Hahaha try la make up kak Sha, mai reti basic-basic je, hehehe...
DeleteHuiyoooo... Nesz tak reti buat kening dengan mata.. Nie baru nak try pakai eyeshadow tapi not on daily make up la... :/
ReplyDeleteMata pun failed gak tu, adik kata tak nampak eyeshadow, hahahahaha...
Deletefae tak reti nak make-up hahaha betul!
ReplyDeleteHahaha ye ke.. :P takpe2 tak reti boleh belajar nanti...
DeleteCCL suka yang make up simple...pergi kerja pun make up simple ... just letak foundation ..tepek bedak ..letak eyeshadow ..eyeliner..lipstik sikit ..
ReplyDeleteHehehehe sama lah tu kita CCL :P paling penting untuk mai eyeliner & lipstick, ada dua ni boleh keluar rumah dgn penuh kompiden dah,haha
Deletecantiknyaaaaa lipmatte tu dngn muka mai!! nmpak naikkkk seri muka..<3 sama2 mai syg.. :)
ReplyDeleteYeayyyy, suka sangat!!!! terima kasihhhh banyak2, semoga makin murah rezeki Busyra lepas ni.
DeleteAlamak tak tahu nak komen apa pasal make up hahaha. Akak saya tak suka makeup. Dia taknak. Paling up pun dia just apply foundation je. Degree dia taknak hahahaha k.
ReplyDeleteHahaha, :P. Hehehe akak Syed mesti jenis simple2 kan.. so Syed suka perempuan makeup ke tidak?
DeleteHAHAHAHAH Tetiba soalan cepumas. kekekeke
untungnya pandai makeup.. btw jemput singgah tempat saya =)
ReplyDeleteHehe basic je Zeera :D Nanti mai singgah ya...
Deleteperempuan dan makeup berpisah tiada
ReplyDeleteHehehehe, asal nampak segar je Pakcik, saya tak pandai buat yg tebal2 punya...
Deletesaya pun guna pixy tapi lately my skin become dry so ada dry patches here and there kalau guna powder. now tengah eyeing those cushion foundation pulak. hehe
ReplyDeleteOhhh, semoga kulit Nisa cepat pulih... cushion foundation sendayu tinggi best!
DeleteAkak tak pandai buat kening. Rasa pelik je bila buat. Hihi. Pandai Mai mekap :) Terus lain haa muka tau. Kuasa mekap kan. Hihi. Akak sekarang pun barulah berjinak dengan mekap. To be exact, blusher je selalu pakai pun. Hihi
ReplyDeleteHehehe kening memang tricky sikit kak Siqah, hehehe,terima kasih, basic je ni.
DeleteTu la the power of makeup. :P Mai takde blusher, sapu lipstick situ pastu gosok2,haha
ju xpandai mekap tapi suka tgk org pakai mekap !!! slalu baca sendayu tggi & pixy ni bgs terutama mmg ssuai untuk kulit asia =D
ReplyDeleteST memang best Ju, ni baru je try pixy. Not bad jugalah so far...
Deletepandai la mai ber make-up..
ReplyDeletesaya setakat pakai compact foundation yg giffarine saja.. tu pun dah rasa lawo sgt. hahaha..(ok gurau je)
Heheh basic je Hazrina... yg advance tak reti jugak, hehehe.
DeleteMekap ni macam mana pun takpa, asalkan tuan badan kompiden. kannn
kakak cantik
ReplyDelete