4 Free Stock Photos Favorite Aku


Entry tanpa gambar adalah sangat membosankan, kecualilah kita ada trick tersendiri yang mampu memukau pembaca dengan sekadar penulisan. Kerana 'desperate' nak tawan hati pembaca, kebanyakan blogger mesti pernah buat satu jenayah ini ; Curi Gambar Orang Tanpa Credit

Termasuklah aku. Google dan ambil tanpa rasa bersalah. Paling sopan kasi kredit pada 'Google', lagi kerap tak bagi credit langsung. Oh tidak! Itu adalah hak milik blog orang lain sebenarnya, bukan google. 

Sejak datang kesedaran dalam diri ini, aku mula mencari stock photos percuma untuk menghiasi entry-entry aku. Stock photos ni pula kebanyakan memang berkualiti HD, dan percuma, tiada sebab untuk kita tidak menggunakannya sebaik mungkin. 


01. StockSnap.io - https://stocksnap.io/

All photos on StockSnap fall under the Creative Commons CC0 license. That means you can copy, modify, distribute any photo on the site, even for commercial purposes, all without asking permission! - https://stocksnap.io/license

Ini adalah laman web paling kerap aku guna.

Caranya aku right click + copy image url, taraaa siap untuk memudahkan aku menggunakan gambar-gambar tersebut untuk menghiasi setiap episod novel aku dalam Wattpad. Hihihi. 

So yeah! Dia kata boleh guna tanpa minta izin pula tu, ambillah yang mana berkenan, hihi.


02. Kaboompics - http://kaboompics.com/

When possible, please include a photo credit with link to www.kaboompics.com - "Photo by Kaboompics.com" (or similar statement). You can place the links anywhere you like so long as they are displayed on the same page that the photograph is used; Under the photo or at the bottom of the footer is fine. I request this as a courtesy. If you can't or don't want to give photo credit, that's okay - photos can be used uncredited. I'm incredibly happy when I see that you use my photos! - http://kaboompics.com/terms

Kaboompics ni lebih kurang sama je dengan StockSnap tu, hihi. Bezanya Kaboompics galakkan kita bagi credit untuk diorang pada setiap gambar yang kita guna, kalau tak bagi pun takpa, tapi dah dia suruh tu bagi jelah kan. 

Cara nak cari gambar sesuai dengan entry kita tu, boleh search dekat ruang atas tu, ataupun melalui hashtag. 


03. Pexels - https://www.pexels.com/


It's hard to understand complex licenses that is why all photos on Pexels are licensed under the Creative Commons Zero (CC0) license. This means the pictures are completely free to be used for any legal purpose.
The pictures are free for personal and even for commercial use.
You can modify, copy and distribute the photos.
All without asking for permission or setting a link to the source. So, attribution is not required.  - https://www.pexels.com/photo-license/

Yang ni pun aku suka. Tak perlu bagi kredit + gambar dia class gittchewww. Savelah mana yang kita suka, nak search pun senang. 

Guna jangan tak guna. Hahaha.


Peringatan mesra:

Semua gambar daripada ketiga-tiga web ini bersaiz sangat besar, so jangan lupa optimize dulu sebelum guna. Kalau malas nak optimize jangan tanya kenapa blog kita berat sangat dan loading terkedek-kedek.

Nak optimize gambar boleh ke laman web favorite aku http://optimizilla.com/ ataupun resize sendiri pakai Photoscape tu, mana-mana pun boleh.


04. Canva - https://www.canva.com/

Guna Canva paling best! Kenapa? Tak perlu optimize lagi, dan tak perlu edit pakai Photoscape dah. Just edit guna applikasi itu sendiri.

Kalau tak suka dengan template free canva tu, click free photos tu so pilih gambar background dari situ. Kebanyakan gambar kat situ pun diorang ambil dari free stock photos so tak ada isu curi gambar pun, no worries.

Fonts dari Canva pun tak kurang menariknya, macam-macam jenis fonts duk ada. Tinggal tahap kreativiti kita je kena asah lagi.

Dah siap edit? Click download > ambil format PNG or JPEG , janganlah save PDF macam mana nak upload kat blog pula. 

Kelebihan Canva bukan boleh buat gambar blog je, siap boleh design cover photos Facebook, Twitter, Google + dan buat cover buku Wattpad, cubalah sendiri!


Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua :)



Follow

Post a Comment

34 Comments

  1. Pakcik lebih suka tangkap gambar sendiri.
    Setiap entri mesti ada gambar.
    Alah guna camera hp cabuk aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe entry pakcik semuanya berilmiah. Mai tengok cantik je semua gambar tu, sebab outdoor kan pakcik, cantik lighting tu.

      Delete
  2. Boleh lah kak ana try lepas ni. Tercari2 juga mana boleh dapat free photo untuk blog. Thanks Mai for sharing this info ❤❤❤

    ReplyDelete
  3. Selalu guna pexels and pixabay. Lain kali Lya usha yang lain Mai recommend ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah tengok Pixabay lagi, nanti Mai usha yg tu pula. Yg ni semua best Lya. :)

      Delete
  4. Tu lah.. kadang2 tak tenang nak edit gambar2 dari google. Silap2 boleh kena saman. Haha.

    Kadang2 terpaksa la juga bagi kredit2 gambar tu dalam blog sy.

    Terima kasih atas perkongsian. Kini boleh la saya edit dengan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiii janganlah saman menyaman, duit nuffnang pun duk RM13 bertahun lama, hahaha.

      Sama-sama, moga bermanfaat :D

      Delete
  5. i love old pictures so much . it creates a nostalgic memories though :)

    ReplyDelete
  6. Terimakasih infonya, boleh gunakan nih buat Next chapternya yang tak sempat ambil photo.

    ReplyDelete
  7. Seriously WOW ! Good sharing Mai. Yeayyy ! Thankyouuuu :3

    ReplyDelete
  8. Thanks mai for the websites! syed pun selalu juga curi dekat google hahahahaha susah la nak credit semua tu. recently baru belajar guna pexel tu sebab terbaca dekat mana tah. Good sharing ni! hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, samalah, malas nak bagi credit kan, kekekeke.

      Thank you, harap bermanfaat.

      Delete
  9. Wahhh, thank you akk for the sharing ^^

    ReplyDelete
  10. Thank you mai share. Leh guna nanti. 😊

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing this. biasanya guna pic kat unsplash je.. nanti nak tengok2 kat list web ni pula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pakai unsplash juga, tapi rumit lah kena download2 dulu, ni save as image je terus, hehe.

      Delete
  12. Terbaik ahh. Memang tercari-cari benda ni. Thanks awak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome Salsabila ;) harap membantu pencarian ituuuuu, haha.

      Delete
  13. Boleh cari kat stock photos, mudah, hihihi, tapi kadang2 mai cari freebiew kat pinterest juga

    ReplyDelete
  14. Oh banyak rupanya website yang provide free photos. Punya lah susah payah saya cari selama ni. Haha thanks sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiihihi banyak Puteri, guna je mana2 nanti.

      Delete
  15. Sy selalu guna yg dari pexel!

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang ohsem.. Ada juga terdengar pasal canva tu cuma tak terjah je lagi.. Nanti nak terjah juga la.. tq mai.. muach..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunalah canva kak Sha, hihihi senang je, youre welcome kak sha <3

      Delete
  17. Thankyou so much sis for this info! <3 Bila baca entry sis ni tetiba rasa insaf + tersedar pulak hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha you're welcome sabrina..mai pun cenggitulah dulu,hahah.

      Delete