Hi, assalamualaikum~!
Sejak ada planner ni, cewahh terima kasih pada penaja planner aku, Kak LZ (baca sini untuk kisah planner), aku yang tak berapa kreatif ni berazam untuk menjadi lebih kreatif pada tahun 2017 ini, cewahhh. Aku suka tengok planner dari hastag #planneraddict dekat instagram dan juga pinterest, banyak idea menarik yang kita boleh tiru. Kecewa juga sebab tulisan aku tak comel (faktor lama tak pegang pen dan juga tremor hyperthyroidism aku), so planner aku tak kemas macam orang lain, but it's okay, lantaklah bukan siapa pun nak tengok planner aku melainkan diri sendiri je.
Tempat korang ada tak kedai MR.DIY? Ala kedai yang kaler kuning tu. Fuh bersyukur (tapi kena berwaspada takut tak boleh control aliran duit keluar,muahahaha) sebab kedai MR.DIY ni dekat je dengan rumah aku (Tesco Kulim). Kedai ni sesuai sangat kalau korang tengah cari barang comel-comel dengan harga murah. So jom lah tengok apa yang aku beli untuk planner hijau kesayangan aku tu.
Itulah antara barang yang aku grab lelaju dari Mr.DIY tu, Sticker book, cute stationary tape, set pen biasa dan set pen berwarna. Berbaloi tak harga dengan barang? Check it out!
01. Sticker Book - RM 3.30
Oleh sebab printer aku dah rosak, dan rumah ni tak ada printer lain selain printer itu, aku tak boleh la nak print bermacam mendalah yang aku semangat download dari pinterest tu. sedih hati mak nok. Bila jumpa je sticker book ni apa lagi umpama sinar harapan gitueee untuk tampil lebih kreatif didalam planner.
Dalam sticker book ini ada 5 page dengan sticker-sticker yang menarik dan quotes yang sedap. So mudah sangat kerja tak payah susah susah beli kertas sticker tu lepastu print sendiri, ceh ayat sedapkan hati sebab takda printer. Jadi ini antara yang menarik dalam buku sticker ni. Sebenarnya takda antara pun sebab semua menarik, trust me!
Jadi berbaloi ke tidak RM3.30 tu dengan sticker book ni? Mestilah sangat berbaloi untuk aku. So aku bagi 5/5 bintang!
02. Stationary Tapes - RM 2.10
Cute stationary tapes ni satu pack ada 10 ketul dengan design yang super cute dan berbeza. Masa aku unpack tu aku tengok adik bongsu aku tu jeling jeling, suke lettew kan, aku bagi jelah seketul kat dia, punya happy, hahahaha, tapi tak cakap nak, kalau tidak aku beli la untuk dia sekali.
Apedehal, RM2.10 je 10 gulung, murah berbaloi baloi. Hahah. 4/5 bintang!
03. Set Gel Pen Baoke - RM3.50
Dulu aku adalah pengguna pen Fable-Castell yang setia, tapi sejak tengok adik aku asyik beli pen dari DIY ni aku tertanya-tanya jugak, berkualiti ke, jenama pun entah ape ape je. Amboi judge a pen by its jenama betol aku ni.
Lepas try sebatang adik aku bagi untuk aku buat testimoni, kahkahkah, aku pun rasa not bad la pen DIY ni. Murah dan sama je kualiti macam gel pen berjenama, tak tembus belakang.
RM3.50 untuk tiga batang pen hitam, dua batang pen biru, dan satu batang pen merah, siapa cakap mahal aku ketuk pakai senduk. 4/5 bintang!
30 Comments
siapa je tak suka pergi Mr.DIY hahaha baru baru ni pun saya pergi Mr.DIY and beli notebooks :)
ReplyDeleteBanyak kan pilihan notebooks dengan harga murah, semalam tergoda juga dengan notebook quotes tu tapi sebab dah ada planner tahan jela diri dari beli
Deleteyeahhhh.. kita ada minat yang sama.. Nurul pantang betul tengok benda2 macam ni.. ada je yang nak membelinya.. dalam almari penuh dengan benda2 ni je
ReplyDelete:D
Hehehehe suka mengumpul tu, tapi tak tau bila nak guna, and sebenarnya sayang nak guna,kan...hahah
DeleteKak Ana baru je blk dr DIY. Setiap minggu at least sekali mesti pergi sini. Hehe
ReplyDeleteSyok sebab murah-murah dan banyak barang kan kak Ana.
Deletekedai MR.DIY ni bahaya..lain yg dicari, lain pula yg dibeli tp suka usha barang dalam kedai tu..hahaha
ReplyDeleteKan... kadang-kadang tak beli apa-apa pun, tapi asal lalu kat situ mesti nak masuk.
Deletewaaaahhhh, saya selalu lalu kedai ni. Skali je pernah masuk, tu pun teman auntie so x sempat tengok2... Ni nak kena pergi balik nie, borong stationaries untuk uni hehe
ReplyDeleteKalau pen kat diy boleh la beli, murah dan sedap juga, pencil box pun comel-comel. hahaha.
DeleteSticker cantik!
ReplyDeleteNext time klu sy singgah nk beli!
XX Atheera | http://atheeradayana.com XX
Jangan lupa beli, heheh.
Deletebaru minggu lepas men-DIY-kan perabot..huhu.
ReplyDeletebeli dalam kotak rak buku dengan writing table.
nak pasang tu memang susah sikit..tapi dah jadi da :)
Hehehe jimat kos tu kena pasang sendiri, kena rajin la kalau nk buat diy2 ni kan...
Deletehahaha. kita geng mai! mr diy tu dh mcm kawan karib. :p tapi tu dlu la. skrng dh jarang skit nak ke situ. tp tngok mai beli ni. geram pulak. smua comel2.
ReplyDeleteDIY ni cerita dia tak masuk takpa, sekali masuk tak reti nak keluaq dah, hahah.
Deletecomel2 smua & hrga pun ekonomik, ju mmg suka pegi Mr D =D
ReplyDeleteBest kan masuk Mr.D semua ada.
Deletewaaah! leh amik komisyen kat mr.diy nie..hihi
ReplyDeleteHahaha mana tahu MR.D nak taja setahun ke, muahahaha verangan sampai ke bulan.
DeleteSiqah jarang pergi DIY. Nak pergilah sebab plan nak beli Notebook. Hehe.
ReplyDeleteCantik2 notebook situ, harga pun still dalam range affordable, below RM20. Tapi kalau utk orang bekerjaya, yang bawah RM50 pun okay kan, asalkan kita selesa nak menulis.
Deletehaah la kan tak terfikir pulak hahah boleh la nak try buat sendiri
ReplyDeleteJom lah kita berplanner Melyya :D
DeleteSuka suka sukaaaa. Dah masuk situ taknak keluar 😂 kalau boleh semua nak ambik masuk bakul tapi taknak bayar hahahahhaa
ReplyDeleteHahahaha, kalau akuuuu kayaaaa, hari hari hari rayaaaa. semua borong tak hengat dunia ler...
DeleteLelaki simple je, takde planner2 comel ni, hahaha, mesti Azlan jenis catat dalam note phone je kan?
ReplyDeleteSuka sangat gi DIY.. macam2 ada.. tu yg kadang bila masuk nak beli 1 barang je, tapi bila keluar bawa 5 barang.. Hahaha..
ReplyDeletewaalaikummusalam
ReplyDeleteseronoknyaa...k.sha suka tgk alat tulis...meriah..suka buku planner jg..
ReplyDelete