Quiz ni aku tak pasti mana sumbernya, tapi lepas aku jawab, memang 99% jawapan tu tepatlah dengan personaliti aku, Muahaha, jadi cubalah korang pula jawab tengok betul tak?
Jangan ambil serius sangat dengan jawapan tu okay, dan ingat! Jawab dengan jujur.
SOALAN-SOALAN
01. Anda sedang berjalan menuju ke rumah teman lelaki/perempuan anda. Ada dua jalan menuju ke sana. Ada jalan pendek dan amat cepat untuk sampai. Dan satu jalan lagi berliku-liku namun penuh dengan permandangan indah.
Jalan yang mana yang anda pilih?
02. Dalam perjalanan, anda melihat ada dua jambak bunga ros. Satu jambak ros putih dan satu jambak lagi bunga ros merah.
Ros berwarna apa yang akan anda berikan pada pasangan anda?
03. Akhirnya anda sampai ke rumah pasangan anda. Anda menekan loceng dan pembantunya yang keluar. Apa yang anda lakukan?
Bertanya kepada pembantu itu tentang pasangan anda?
Atau anda hanya sekadar bertanya dalam hati.
04. Sekarang anda berada dalam bilik pasangan anda. Tiada sesiapa pun di sana.
Anda memutuskan untuk meletakkan bunga ros itu di atas katil atau sebelah tingkap?
05. Kemudian saatnya anda tertidur. Apabila anda bangun pagi dan melihat pasangan anda, apa yang anda lihat?
Adakah dia sudah bangun atau belum?
06. Waktunya untuk anda pulang. Ada jalan biasa namun cepat sampai ke rumah dan ada satu jalan berbelok belok dan lama untuk sampai ke rumah.
Jalan mana yang akan anda pilih?
dah jawab?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JOM BACA JAWAPANNYA!
01. Kalau anda pilih jalan yang pendek dan cepat sampai. Itu bermaksud anda mudah jatuh cinta dan kalau anda memilih jalan yang berliku dan memerlukan masa yang lama untuk sampai ke rumah pasangan anda, itu bermaksud anda adalah orang yang memerlukan waktu untuk jatuh cinta. Perlu pemikiran, perjuangan, dan pastinya keyakinan.
02. Kalau anda memilih bunga ros putih, itu bererti anda jenis pemberi. Kalau anda memilih ros merah, anda jenis penerima.
03. Kalau anda bertanya pada si pembantu, itu bermaksud anda adalah jenis orang yang akan melibatkan orang lain dalam hubungan anda. tapi kalau anda memilih ros merah, anda adalah jenis orang yang menyelesaikan segala sesuatu dengan sendiri, termasuk ketika ada masalah dengan pasangan anda.
04. Pilihan tempat tidur merupakan petanda bahawa anda ingin melihat pasangan anda setiap hari. Pilihan di tepi tingkap adalah petanda anda tidak keberatan bila sehari tidak melihat pasangan anda.
05. Apabila masuk ke dalam bilik pasangan anda dan dia masih tertidur, anda termasuk orang yang dapat menerima seadaanya. Tapi kalau melihat dia sudah terbangun, itu bermaksud pasangan anda akan berubah kerana/untuk anda.
06. Pilihan jalan pulang lama menandakan anda sejenis orang yang menjaga suatu hubungan, sementara jalan cepat bermaksud anda cepat mengakhiri suatu hubungan.
29 Comments
menarik nie. tapi BV belum ada pasangan lagi. wahahhaha XD
ReplyDeleteHahaha kuiz suka suki ja ni BV :P
DeleteAlamak Mai, complicatednya soalan. Terasa macam dua dua tu jawapan Ira boleh pakai mengikut situasi dan mood. Hahahahahahha
ReplyDeleteSelalunya ikut mood la kan, hahaha, mai pun main jawab je ikut apa yg selalu mai buat.
Deletehahaha boleh percaya ke ni? part yang last sekali tu. Nak balik rumah kan mestilah nak cepat sampai. Takkan nak balik rumah lalu jalan jauh. Kalau time nak pergi tu okaylah kalau nak cepat sebab tak sabar nak jumpa buah hati. Okay depends la kan nak caya ke tak hehe.
ReplyDeleteHahahaha main boleh percaya jangan. Hahaha, tapi ada pula yg sama, kebetulan ler tu kan.
DeleteUntuk jalan pulang tu, kalau pemandangannya cantik macam best jugak ambik jalan yang jauh. :D
DeleteUntuk ros putih / merah. Huuuu, camne kalau suka both of them. T_T
hanisamanina.com
Hahahaha... aduh~! walaupun sekarang ni saya memang tak ada pasangan tapi tetap nak try juga main soal kuiz ni. Paling betul soalan first tu, pilih jalan2 yang berliku, tapi ada banyak pemandangan yang cantik. Memang betul. sekarang saya lebih mahu fikirkan tentang journey life. Tapi tak sangka betul maksud di sebalik jawapan tu..hehhee
ReplyDeleteHahaha, main suka suka apa salahnya kan. Eh terbalik lah kita, mai suka jalan pintas je, tapi kalau nak balik rumah sendiri nak jalan jauh, sebab boleh relaks2 dah.
Deletewahhhhh, gittew. macam kena pun ada jugek, hihi
ReplyDeleteHahaha ada yang kena kan :3
DeleteHihihi suka suki je kuiz ni, sama tak jawapan :P
ReplyDeleteHahaha.. Kena tggu ada pasangan baru boleh tahu.. Main suka2 boleh peecaya tu jgn.. 😁😁
ReplyDeleteHahaha tahu takpe hasif. Main suka-suka jerrr..
DeletePerghh terbaikkk.. Banyak yg mengena ni... Cam semua mengena...
ReplyDeleteHahahaha samalah kak, positif ke negatif ke jawapan tu mesti boleh relate, kekeke :P
DeleteSaya single tapi still nak cuba quiz ni hahaha tapi macam tak kena je muahahahaha
ReplyDeleteHehehe kuiz suka2 je ni :P
DeleteHaha. Betul2. Ada yang kena dan ada yang terkena. Hehe.
ReplyDeleteYang terkena tu yg kelakar tu, ahahaha.
Deletearil dh buat kuiz personaliti dkat internet . dpt 76% je . hahahha ..
ReplyDeletearil dtg klik iklan nuffnang ye . huhuhuhu
Kuiz yang sangat menarik.. Dan ada beberapa jawapan yang kena dengan personaliti akak.. Bila jawab kuiz macam nie, sebenarnya membantu mengenal diri kita.. Kadang-kadang kita tak sedar kita nie macam mana orangnya.. Nice kuiz mai..
ReplyDeleteBetul tu kak, tiba2 baca jawapan, ehh, mcm betul ni. Hehehe.
Deletethanks kak Sha :D
busyra susah gila nak jatuh cinta. haha cewah.. :P
ReplyDeleteMahal tu, bagus2.
DeleteCinta ni kalau senang sangat, easy comes easy go cita dia.hahaha
sy lom ada pasangan lagi tapi nak try kuiz ni 😄 sy suka perjalanan yg berliku tapi hasilnya dpt tngk pemandangan indah. kalau nak pi tempat yg jauh pd sebelah siang, sy memang tak tido dlm keta. mata fokus dgn pemandangan sekeliling & nak ingat jalan 😄 sy lebih suka ros putih berbanding merah 😉 best la kuiz ni
ReplyDeleteHihihi jawapan tu mesti terkena kan dengan personaliti kita. Hihihi kebetulan yang suka2 ni. HAHA.
Deletethank you, harap enjoy, kikiki, kalau suka nanti bolehla letak kuiz lain pula.
Mayy nak tanya.. mcm mana nak edit nama blog kat pic tue?
ReplyDeletePic dalam entry ni ke Nurulatika? Pakai Canva, hehehe. Mostly gambar dalam blog mai edit pakai Canva.
Delete