Cara Semak dan Sah Maklumat Peribadi Konvokesyen ke 86 UiTM

 Konvokesyen ke 86 UiTM
Kenangan Konvo Diploma


Bagi student UiTM yang telah tamat pengajian pada Jun/July 2016, korang mesti dah dapat juga mesej dari Unit Konvo yang minta kita sahkah maklumat peribadi kita. Tapi bila kita klik aje link tu mesti tak dapat kan?

Ok tak apa, untuk sahkan maklumat anda, pergi ke laman web ini http://isisweb52.uitm.edu.my/SPORTAL_app/CONVOCATION_STUDENT_PROCESS/student_search_form.cfm dan masukkan student ID korang dan no IC.

Lepastu klik pada SEMAKAN PENGESAHAN MAKLUMAT untuk update number phone, email dan alamat latest anda dan klik SAHKAN selepas korang pastikan semua maklumat peribadi adalah tepat dan benar. Kalau ada masalah contohnya salah tarikh lahir atau number IC, baru korang cetak dan ikut arahan seterusnya. 

Baiklah buat masa ini hanya perlu sahkan maklumat peribadi sahaja. Nanti dia akan update untuk kita sahkan kehadiran dan juga jubah convo. 

Tahniah semua graduan. We did it~!

Follow

Post a Comment

32 Comments

  1. Selamat ya sudah berhasil graduated

    ReplyDelete
  2. thniah may jie ! tadi group UiTM dh heboh dh pasal ni .. thnks for the info. aril lg 7 sem kena habiskan . hahahhahah :) UiTM Usaha Takwa Mulia . Jyeahh !

    ReplyDelete
  3. Yeah.tahniah uolz..bestnya graduate dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi terima kasih uols. yippieee, alhamdulillah.

      Delete
  4. Mai konvo ke? Tahniah maii.. hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Amer, baru nak konvo, hahaha, thank you Amer Jaya!

      Delete
  5. Tahniah dah convo dah. Syoknyaaa dah convo ni :')

    ReplyDelete
  6. Hihi betul tu Azlan, terbayar kerja keras selama ini.

    ReplyDelete
  7. Hihi April nanti Syed. Terima kasih, nanti your turn pula cikgu, insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Nanti upload pic convo banyak2. 😘
    Tahniah Mai. Semoga terus berjaya ❤

    ReplyDelete
  9. bestnya konvo. sini takde macam tu. sob sob

    btw, cantik design blog baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Rasya? Tak apalah yang penting ilmu tu,hehe.

      Thank you! Harap tak serabut mata memandang

      Delete
  10. tahniah nak grad dah :) lepas ni boleh prepare utk alam pekerjaan pulak :)

    ReplyDelete
  11. Selamat ya
    Sukses selalu untukmu juga

    ReplyDelete
  12. tahniah untuk yang nak konvo! mayy pun student uitm jugak ke? e'in dulu study politeknik je.. hihi..

    btw, cantik design baru blog.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih E'in. ehehe sama je e'in, poli ke uitm ke.

      Terima kasihhh, harap selesa datang sini :D

      Delete
  13. terkenang zaman konvo tgk gambar ni... tp sweet je korang gambar kat sini... miss u mai, rindu gile nk bw...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi siapa tak rindu masa konvo kan, masa terbalasnya penat study bertahun. Hihihi rindu Unni juga, tak apa take ur time...

      Delete
  14. Congrats! Tak sabar nak tunggu turn saya pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi nanti akan tiba masanya.

      Terima kasih!

      Delete
  15. Assalamualaikum.. Nk tanya, maksudnye, dy akan tanya sama ad kita hadir atau tak pada masa akan dtg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Ya, nak hadir atau tidak, isi je borang tu sebab dia ada tanya dalam tu.

      Delete
  16. Asal "page is closed" eh?

    ReplyDelete
  17. Maaf tanya, awak konvo sidang keberapa ek? Skrg musim konvo ke? Kalau nak konvo boleh isi nanti dia text kita sendiri link ni.

    ReplyDelete
  18. Maaf tanye. Kalau terlambt buat pengesahan kehadiran (link dah ditutup) mcm mne ye??

    ReplyDelete
  19. Maaf nak tanya sikit. Kalau telepas buat pengesahan peribadi macam mana? Coz link dah tutup

    ReplyDelete
  20. Salam sis. Nak tanya. Macam mana nak tahu kita konvo bila eh? Dia bagitahu ke? Or pelajar yg masuk sesi jun(6 sem), memang konvo bulan mei tahun depan nya? (Tamat belajar pada bulan 4 tahun sebelum)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis. Saya pun tak pasti tarikh konvo dapat bila..dullu saya tamat bulan 7 dan konvo pada bulan 4.

      Delete