Baik Tak Payah Komen Kalau Tak Ikhlas ?

Baik Tak Payah Komen Kalau Tak Ikhlas ?


"Saya singgah sini, jemput singgah blog saya balik."

"Follow sini, follow me back ^_^'"

"Nice entry."

"Terbaik."


Itu adalah sebahagian dari komen-komen pendek yang selalu ditemui pada ruangan komen blog. Mesti kebanyakan kita pernah terima komen yang macam ni dari blogger lain yang singgah ke blog kita kan? So patut ke tidak komen sebegini ditinggalkan masa blogwalking atau baik tak payah komen kalau tak ikhlas? 

Ini adalah pendapat peribadi saya dari point of view both pemilik blog dan juga readers. Sebab sebagai seorang penulis blog,secara tidak langsung saya juga adalah pembaca blog. 

Jadi aku memilih pendapat bahawa lebih baik comment daripada jadi silent readers. Kenapa? Jomlah baca. 


PEMILIK BLOG POINT OF VIEW

01. Even a single 'Hi' would make my day.
Aku tak tahu lah pandangan orang lain, tapi aku sangat menghargai setiap komen dari pembaca dalam entry aku. Komenlah apa-apa 'Hi' , 'Best!'. 'Saya setuju.' atau apa pun yang orang nak komen. Ini menunjukkan masih ada orang yang sudi untuk masuk dalam blog aku. Tanpa visitor baik gulung tikar je blog ni, lainlah kalau buat blog untuk syok sendiri duduk dalam tempurung. 

02. Entry tidak syok sendiri 
'Saya setuju dengan awak.' Okay maksudnya readers sependapat dengan kita, so tiada apa yang nak dibahaskan lagi. Tapi komen seperti, 'Eh mana ada macam tu?' , 'Ye ke?'. 'Tak setuju!' pula akan membuka peluang untuk perbincangan tentang idea kita tadi, tidaklah syok sendiri je bagi tips bagai tapi krik krik krik penyudahnya di bahagian comment, hahah. 

03. Menampakkan blog kita lebih berkaliber
Cewah berkaliber konon. Tapi betul lah kan masa kita baca entry orang kita kadang-kadang terscroll nak tengok bahagian komen tu ada berapa. Kalau banyak komen tu macam best pula rasa nak baca entry tersebut. Mungkin macam itulah readers rasa bila masuk dalam blog kita. Dan juga mungkin dengan komen yang berlambak menunjukkan blog kita masih relevan kat mata masyarakat, dan kita blogger yang aktif, nanti adalah syarikat nak melamar kita untuk buat review. Best ler. Heheh. Kalau hang rasa tak best, ikut hang la, ketegaq. Hahah.

04. Naik semangat nak berblog
Bila entry kita dapat banyak respons, kita mestilah makin semangat nak menulis dan menulis Kadang-kadang daripada komen orang tu la akan tercetusnya idea bernas baru untuk entry seterusnya. 

05. Maafkanlah blogger newbie
Ok berbalik kepada isu komen pendek dan kedengaran tidak ikhlas. Kebanyakannya adalah blogger newbie kan, alaa buat apa nak emosi-emosi, maafkanlah diorang, nanti lama-lama dioarang tahu lah rentak blogger macam mana, dan dia sendiri akan rasa betapa tak bestnya komen macam tu, so dia tukarlah kepada komen yang lebih berkualiti. Masa mengubah segalanya, cewahhh. Elehh macam tak pernah jadi newbie, macam tu jugak kan masa baru nak mendaki dulu. 

READERS POINT OF VIEW

01. Baca sebelum komen 
Sebagai readers yang berhemah, latihlah diri kita rajin-rajinkan baca entry orang sebelum tinggalkan komen. Jangan lah entry nenek dia meninggal kau komen 'Awesome.' Ghoplah jingga betoi! Hehehe, komen pendek tak apa, biarlah berpadanan dengan topik. 
02. Merapatkan silaturrahim sesama blogger
Bila kita masuk blog orang dan comment, peratus untuk dia datang jenguk kita balik memang tinggi, kecuali sejenis blogger sombong, nak wat cemno haa. Kita berkawanlah dengan orang yang nak berkawan dengan kita. Haha, ramai je blogger yang dah jadi kawan dengan aku, tak percaya tengok ruangan komen dibawah. (Cewah confident ada orang nak comment, kekekekeke)

03. Dapat backlink 
Kalau perasan, aku suka comment di blog orang guna name/url kecuali masa aku malas, atau tuan tanah tak izinkan, sebab senang nak dapat backlink, orang klik nama je terus ke blog aku, tak payah susah-susah singgah kat Google+, hehehe tapi itu pendapat akulah. Bukan tuan blog je akan klik, mungkin visitor situ yang lain pun akan klik, KALAU KOMEN KITA BERNAS LA. Itulah pentingnya komen bernas. 
04. Bertukar idea
Tak semestinya semua kita nak setuju. Kadang-kadang ada post yang kita rasa geram nak bangkang bangkang sepuas hati. Hahaha, komen lah kat situ, nyatakan pendapat kita. Nanti tuan blog tu mesti reply dengan hujah dia. Janganlah gaduh gusti-gusti pula, jadikan situasi ni sebagai satu cara untuk generate idea baru yang lebih menarik untuk dikupaskan.

05. Alahh tak de idea dah. hahaha.
Cuba korang tambah lagi sebab kenapa kita patut tinggalkan komen kat blog orang lain? Heheh. (Taktik nak pancing comment supaya aku tak malu dengan statement number 02, muahahaha.)
Follow

Post a Comment

74 Comments

  1. Hahahaaha.. baca tajuk tadi, terkejut kejap.. Ingat cik mai marah..
    Setuju dengan point cik mai.. They'll grow up by themselves and honestly, a single comment could already light up my day.. So komen pendek pun takpe, cukup la ada.. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya komen pendek2 sebab setuju dengan blogger tu punya point. Yelah dah setuju, nak bincang apa lagi kan hehe. Kalau kat twitter boleh la like ke retweet ke tanda setuju, no words needed.

      Delete
    2. Razanah : Hahahaha trick je tu, risau juga orang salah faham, hahaha. kan, tak kisah pun orang nak komen apa (kecuali anon yang suka menghentam), memang happy!

      Farhanah : Tu la betul tu, kalau setuju nak tambah apa lagi kan, hahahaha.

      Delete
  2. Entri ni membuka mata Cik Ila lebih besar tentang komen di blog.
    Walaupun komen yg ditinggalkan pendek, tp itu lebih baik dr jadi silent reader.
    Tq Mayy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Ila, setiap komen orang adalah berharga... Glad u like. <3

      Delete
  3. Sangaaaat setuju. Walaupun komen takde kaitan dengan entry, dah rasa teruja bila tengok readers sudi komen. Apatah lagi, yang sanggup komen panjang2. Rasa terharu sangat bila baca. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, pendek pun happy, panjang lagi haaaapppppieehhhhhh. Yela bukan senang nak ajak orang klik comment here and publish, memerlukan masa dia juga.

      Delete
  4. Saya setuju dengan semua yang disenaraikan di atas. Dengan adanya banyak comment di blog kita, penulisan tu jadi macam tak syok sendiri. Walaupun kadang-kadang comment dia pendek macam tak ikhlas je nak comment, tapi kita hargai usaha dia datang blog kita. Benda paling saya teruja bila tulis entry baru ialah dapat comments dari para pembaca dan bila blogger2 lama follow blog saya hehehe okay tu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, seronok rasa bila makin ramai yang komen, barulah tak sia sia menulis, sebab ada yang baca. dan walaupun pendek, bukan senang nak suruh orang klik komen dan publish, perlukan masa juga dia nak type lagi, nak publish lagi,hahahaha, appreciate sgt...

      Heheh tgk ruang komen Syed, fuh ramai gak blogger otai komen, hihi tips please.

      Delete
  5. Mrs. A suka readers.

    Maksudnya readers adalah orang yang singgah dan baca post kita kekadang tu dua tiga dia baca sampai faham barulah dia komen.

    Kalau tinggal komen jer... tapi tak baca haish! frustrated penulis dibuatnya.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, ikutlah jenis blogger kan, jangan frust2 mrs.A , mungkin tajuk tu dia tak tau nk komen panjang2 kot...

      Delete
  6. dari pandangan busyra sma macam mai kot. busyra sbenarnya tak kisah pun readers nak komen apa. even sepatah kata pun. janji dia sudi pergi dkt bahagian komen. haha. rasa macam dihargai sngt bila ada org sudi komen blog kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha yeay sama, hahaha, geng tahun ayam ni, relax je :P

      Delete
  7. hahaha.. senyum sorang2 Nurul baca entri awak. Sangat2 setuju. Tapi nak buat macam mana. Blogger2 sekarang lagi suka jadi silent readers daripada komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, rugila tak komen, macam mana tuan blog nak jejak kembali kan..hehehe, better drop la satu dua tapak kaki kat sana.hahah

      Delete
  8. Fuhh post title mai bikin kontroversi betui. Segar butir mata pagi pagi ni nengok hahaha.

    SETUJU.

    NICE ENTRY.

    Your point is AWESOME 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha saja buat ala2 melodi, ngehehehehe. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi,gitueee...

      Men kasaq nampak, HAHAHAHAHAH XD

      Delete
  9. Setuju sangat dengan semua points Mai :) Komen yang pendek pun siqah dah suka, apatah lagi yang panjang berjelar. Tak berapa gemar juga dengan komen pendek macam Mai bagi kat dalam post ni, nampak sangat yang blogger itu hanya review post, not read it. Tapi bak kata Mai, belajar lagi kan. Hehe.

    Siqah suka orang komen entri. Lagi panjang lagi suka <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, betul tu.. Pendek suka, panjang lagi suka, terima je mana-mana pun. Hahah.

      Tapi ada topik yang kadang2 Mai tak tau nak komen apa, hahaha, acemna tuu...drop la apa2 pun, harap tuan blog tak marah :P

      Delete
  10. Hye Mai. terjah dr bloglist blog amer. time skodeng blog sendiri tertengok pulak tajuk post mai yang catchy terus klik. adakah itu komen aku yang pendek? hehe

    Btw mai. setuju dengan statement mai. Even hi mun dah bermakna. Bagi amer, ok je orang comment pendek-2. Tak semua orang ada masa nak membaca . Mereka mungkin hanya blogwalking sahaja.

    Banyak comment di satu post itu penting. Sebab apa? Post saya yang banyak comment, dulu tak naik first page google search, sekarang dah banyak comment tiba-2 pulak masuk dalam first page google search. Hebat kan aktiviti comment ini.

    Jadi, jangan lokek untuk comment blogger lain. Dan kita, jangan rasa malas nak membalas comment mereka, walaupun mereka comment Hi. kita balas lah balik dengan comment yang panjang2 sikit. :D

    terbebel panjang pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hola Amer, hahahahaha. Risau gak tadi kot kot orang salah tafsir terus kena banned blog ni,hahahaha.

      Bergantung juga kalau blogger tu tak suka jenis komen pendek, tapi utk yang jenis mcm kita okay je, hahahaha sama la ngan busyra juga, maybe tahun ayam kita relax2 je,hahaha.

      Ye ke, baru tahu pasal ni, best kan duduk first page google search, memang idaman kalbu ler tu, syok masuk contest SEO kalau macam tu, hahah.

      Betul tu, mai jenis akan usahakan juga reply satu-satu, tanda appreciate, tapi kadang2 terlepas pandang juga, sebab tu mai buat comment verification, senang nak tengok sebelum publish.

      Hahaha takpe lagi panjang lagi sukaa.haha

      Delete
  11. yeahh. stuju ! :D kalau sy, x kisah readers komen pendek atau panjang, yg penting sesuai dgn topik entri tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa, ini paling tepat, pendek atau panjang bukan masalah selagi sesuai dengan topik entry.

      Delete
  12. hahahha . okay aril terase . hahhahaa. salam uitm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha janganlah terasa Aril...tak cakap sape pun :P

      Delete
  13. Betul tu Mai. Even a simple Hi would make the day. Kak Ana happy sangat bila ada yang sudi singgah baca dan komen dekat entri2 kak Ana. Tak kisah lah kalau dia komen "follow sini, pls follow back". Kak ana sangat hargai setiap komen. Mungkin itu hanya permulaan. Lama2 nanti mana tau jadi "BFF" dekat dunia blogger kan. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe,samalah kita kak Ana...Ada orang sudi komen pun happy habes dah. Hehehe...

      Delete
  14. Saya setuju. Kadang org tu komen pendek sbb tak ada apa utk dibahaskan. hehe. saya tak kisah apa jenis komen yang ditinggalkan tapi make sure haruslah kena dengan topiknya kan. hehe. Memang sokong part baca dulu sebelum komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat, biar pendek tapi bermakna. Wajib baca sampai habis at least sekali baru ada point nak komen.

      Delete
  15. Hi,

    Saya setuju dengan entri ni. Dah lama teringin nak tulis perkara ni.
    Saya perasan ramai yang visit entri dan comment seperti yang dinyatakan di atas.

    Kadang kadang dapat "Menarik", "Awesome". Sependek tu je. Hmmmm

    Hope dapatlah hargai apa yang orang dah tulis dalam entri tu kan? Nak tulis pun bukan senang. Ambil masa, idea dan banyak lagi.

    Best regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Pojie, salam perkenalan.

      terima kasih kerana bersetuju dengan pendapat saya. Heheh. Memang ramai yang suka comment pendek.

      Mungkin mereka tak tahu nak komen apa kot, hahahah. Tapi itulah,kalau orang baca entry kita, memang seronok dan puas hati kan...

      Delete
  16. Setuju sangat dengan Mai punya point of view as a blogger tu. Memang a simple 'hai, salam kenal' dekat ruang komen tu would make my day since kita tahu yang blog kita ada orang singgah. But a more thorough comment berdasarkan topik post tu laagi best, berbunga-bunga je rasa hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza... Benar, komen pendek kita hargai, komen panjang lagi lah kita happy kan...

      Delete
  17. Wahhh sebuah entry yang baik ni... Akak pown tak kesah org nk komen pendek ke panjang ke.. Sekurg2nya dorg sudi jugak singgah ke blog kite kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu kak Lea. :D hargai sangat semua yang datang ke blog picisan ni.

      Delete
  18. fae suka baca entri2 yang best tapi jarang taip komen yang panjang 2 3 4 ayat hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, mai pun kadang2 tak tahu nak komen panjang2 kecuali betul2 ada idea dengan topik tu.

      Salam perkenalan, terima kasih follow. :D

      Delete
  19. lupa nak gtau. fae follow sini #1442 hehehehehe salam kenal dari brunei

    ReplyDelete
  20. kalau saya pergi BW dekat mana-mana blog , ada yang saya komen panjang ada komen pendek tengok atas entry lah hakhakhak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tu, bergantung dengan topik tu juga sebenarnya kan. Takkan entry giveaway nak komen panjang lebar kot,hahaha.

      Delete
  21. Akak dulu waktu mula2 dalam dunia blogging pun macam tu.. Suh singgah semula. Tapi bila ada yang buat mcm tu kt blog akak, terasa macam.. There's something missing.

    Lps tu baru la akak komen bersungguh hehee kalau rajin akak tinggalkan link untuk terus ke blog akak.. Kalau x.. Kne le klik nama Reen Johari..

    Kadang bila teringat waktu newbie dulu, terasa malu pun ade.. Mcm nk nyorok bawah meja hahahaa

    Entry merapu.. Suka tglkan jejak kat ruang chat.. Pastu komen pun malas.. Kalau ade pun suh singgah blog. Ish ish ish..

    ReplyDelete
  22. Komen tu tnda concern :) haaa, mek stuju dengan mai. Yelakan, kita menulis ni memang la ikut suka hati / ikut pendapat kita sendiri tapi nk jugak point of view readers. Bukan tagih komen sebab nk glam (duhhh)

    Btol tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha glamour ke :P, kalau glemer pun tak sampai la kat tv sbb kite pemalu orangnya,ekekekke, cukuplah ramai kawan dalam dunia blog ni, baru tak sunyi. hihihi, sebab tu suka bila orang komen, kan, macam cakap kak mek ni, so nanti adalah pertambahan pendapat dari orang lain pula,heheh.

      Delete
  23. betul tu cik mai.. dorang nak komen ape pun komen laa.. janji dorang sudi singgah blog.. kalau tak sendu je.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul tu... Janji komen, nampak la entry tu laku,hahaha.

      Delete
  24. SANGAT SETUJU !!!! bg ju pun yg newbie ni even dpt komen pendek pun da rasa teruja nak menaip entry baru. kira sbg semngt la nak update blog sb kita tau, kita blogging bkn seorangan, ada tetamu yg melihat & menilai hasil tulisan kita. even pendek komen dia, ju xkesah yg penting ju tahu kewujudan readers ju =D terima kasih yg dtg bkunjung ke blog ju & terima kasih Mai share entry ni, isi smemang ny smpai kpd kami =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dari komen komen yang datang ni la kita dapat menilai entry kita. Kalau tak dapat sambutan mungkin entry kita yang berat sangat, sebab tu orang sampai tak tahu nak komen apa. hahaha.

      Delete
  25. sy x suka jd silent reader. biar komen walaupun pendek, manatau si blogger bersemangat utk terus berblog kan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, betul. Setiap komen tu macam percikan semangat la, cewahhh.hahaha.

      Delete
  26. Hahaha sy pun suka tinggalkan komen "Nice Entry" tp x bermaksud x baca.. mungkin ada sesetengah orang dah boring kali dgn komen yg mcm tue hahaha..

    Pasal yg komen "blogwalking/follow" tue ada sesetengah blog sy x jumpa tempat CBOX dia.. mao tak mao terpaksa komen di entry dorg hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kadang2 tulis nice entry tu bila tak tahu nak tambah apa walaupun dah habis baca. mungkin topik tu diluar bidang kita kan.

      Hahaha samalah, kalau first time singgah mesti la kena cakap nanti dia tak perasan,kekeke.

      Delete
  27. Betul tu Noor Azlan, husnuzon je ngan semua. Hahaha. Samaaa, kadang-kadang topik dia berat sangat atau tak sesuai dengan kita, macam mana nak komen, drop jelah thanks info,hahaha

    ReplyDelete
  28. for me, takde masalah nak komen apa pada entri yang ditulis..asalkan komen tu jangan di spam sudah la..hehe.spam je konpem delete.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa ni betul. Kang spam ubat kuat la apa la. memang delete la. hahahaha.

      Delete
  29. walaupun pendek kadang boleh jadi penyeri di waktu bosan :)

    ReplyDelete
  30. Setuju sangat.

    Maaf , saya blogger newbie tak pandai komen. xD

    except from spam comments I accept all comments with a happy smile. Even an emoticon is good lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh newbie sangat rasya, ahahah.

      Hihihi serupalah kita...

      Delete
  31. Okey, akak nak bagi pendek jea komen kat sini.. apa2 keputusan mesyuarat saya setuju jea... ahakkkksss... =) bleh tak...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, boleh kak shikin. untuk akak semua boleh :P

      Delete
  32. harap2 mana2 silent readers tu boleh la ambil panduan dari post Mai ni...tak kenal maka tak cinta kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs. Fuzy, kadang2 dari komenlah kita dapat kenal blogger lain.

      Delete
  33. Selalunya akak akan komen pendek bila entry tu akak tak tau nak ulas apa..
    Dan akak juga seperti mai.. suka je bila orang tinggalkan koem.. walaupun hanya sepatah perkataan.. bila tak dapat komen rasa cam sedih je..
    Bila ada orang komen macam suntikan semangat untuk terus menulis entry di blog.. terpanajng pula.. Apapun entry mai nie akak setuju beratusratus.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak sha, bukan semua topik kita ada idea nak tambah isinya. dan kalau blog kita pula, makin ramai yang komen makin meriah rasa nak tambah2 entry seterusnya kan.. hihihi. terima kasih kak sha.

      Delete
  34. haha. baca entry ni dgn senyuman kot part yang nenek meninggal jangan lah komen awesome.kahkah. kadang2 readers akan tertarik dgn isi penulis yang sama jiwa dgn dia. kalau post lain, komen lain kira macam dia serkap jarang je tu sebenarnya. tapi sebolehnya kita kena rajinkan la diri baca post smbil blogwalking tu. baru best. dapat idea lain2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, saya selalu akan cuba juga baca, kecuali betul2 tak faham dia nak sampaikan apa, atau font terlalu kecil sampai pening, saya akan komen berkenaan gambar jelah, eh.eehehehehehe.

      Delete
  35. Komen walau pun pendek, menunjukkan mereka singgah blog kita.
    Kadang2 ada entri yang tak perlu komen panjang2.
    Cukup sekadar tulis 'tahniah' atau 'terima kasih'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu WP. Komen pun biarlah bersesuaian dengan topik, tidak kurang dan tidak berlebihan.

      Delete
  36. Saya pun nak komen jugak...

    'Hi' , 'Best!'. 'Saya setuju.'

    ReplyDelete
  37. Heplo just wanted to give you a quick heads up. Thhe text in your article seem to
    be running off tthe screen in Firefox. I'm not
    sure if this is a formattiing issue or something to do with
    browser compatibility but I thougt I'd post to let you know.
    The design lolok great though! Hope you get the issue solved soon. Many
    thanks

    ReplyDelete
  38. Hi there everyone, it's myy first go to see at this website, and post is genuinely
    fruitful designed for me, keep up posting such content.

    ReplyDelete