Ulasan Filem Passengers (2016)



Assalamualaikum, hi. 

Ingat tak, aku dah pernah share sinopsis ringkas & trailer filem Passengers (2016) dah haritu. Takpe kalau tak ingat boleh KLIK SINI untuk baca dulu. Sebab entri ni aku cuma nak cerita ulasan filem ni dari sisi pandangan aku sendiri je. Maaflah kalau ada isu personal kat sini, kekeke, amaran awal ye. Filem ini bergenre Romance, Adventure, Drama. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.  

Cerita ni start apabila Jim (Chris Pratt) ni terbangun dari dia punya hibernation pod awal daripada orang lain. Perjalanan tu ambil masa 120 tahun, tapi baru 30 tahun dia dah terbangun (ni bukan spoiler sebab dah cakap dalam sinopsis, hahaha). Kononnya kalau duduk dalam hibernation pod tu dia takkan tua, takkan lapar bagai lah, nama pun hibernate kan. So masalahnya sekarang sebab dia dah terbangun 90 tahun awal sebelum kapal angkasa tu sampai ke destinasi depa nak pi (planet baru), nampaknya kalau dah sampai nanti, belum tentu dia masih hidup, kalau hidup pun dia mestilah kerepot kan. Hahaha.

Passengers 2016
Bersungguh dia cari jalan untuk tidur (hibernate) balik
So gelabah lah dia cari jalan untuk tidur balik kan. Tapi dia tak tahu caranya. Masalah betul. Nak tanya orang pun tak boleh, dia alone, ada mesin & robot je. Huhuhu.

Passenger 2016

Tadaa, lepas setahun lebih dia tersadai alone, kini tibalah hibernation pod si heroin terbuka pulak. Apakah masalah yang membuatkan hibernation pod diorang terbuka? Haa yang tu korang kenalah tengok sendiri. 


Keadaan bertukar semakin buruk apabila kapal angkasa tu start ada problem sana sini. Sistem pun semakin banyak error pula. Cemas juga masa ni.

Passenger 2016

Omaigod, part ni paling sedih. Hampir je merembeskan air mata jantan aku kepipi,cewah, tapi kenalah cover macho sebab tengok kat ruang tamu kan, kang kena bahan pulak aku. 

Ending Passengers 2016 ni aku mulanya ingat macam ala-ala filem Avatar tu, tapi tiba-tiba rasa macam nak jadi ending Titanic pula, lastly ending dia.......macam cerita Passengers la! Hahahaha, unpredictable. 

Aku tengok ni pun lepas ada seseorang ni tulis kat status dia cakap filem Passengers ni menghampakan sebab banyak aksi cium je jalan cerita tak menarik. Adeh, bestlah! Mana ada tak best! Memanglah ada aksi cium biasalah cerita omputih kan, tapi takdelah banyak pun. Ada part yang aku fikir diorang nak cium (EH!) contohnya macam babak sedih kat atas tu, laki tu nak buat something yang berisiko jugaklah, tapi tak cium pun. AHAHAHA  ape bende la cerita pasal cium pula.

Ehem. Hero tu pandai repair-repair something yang rosak dan creative, perangai dia sebijik macam Papito. Hehehehehehehe. Aweks tu pula penulis, dan dia tulis buku, setiap bab dia bagi hero tu baca, dan hero tu pun suka baca. Macam aku juga. Eh banyak pula persamaan. Persamaan ke perasantan ke lantakkan ajelah. Bukan selalu, muahahaha.

Movie ni nak kata mendebarkan sangat tu taklah, tapi best tu memang best sampai aku nak bagi 5 out of 5 bintang. Pengajaran yang aku dapat dari filem ni adalah, walaupun kadang-kadang jalan hidup kita tak seperti yang kita rancang, dan kita tak dapat apa yang kita nak, itu bukan bermaksud sebagai pengakhiran hidup kita. Redah je weh takdir yang kita tak dapat nak tukar tu. 

Quotes pilihan dari filem ni.

The drowning man will always pulling other people. It's aint right, but he's drowning.

Ladies loves a dressed man. 

Kalau korang nak tengok juga tapi pokai awal bulan ni, boleh tengok full movie english subtitle kat:http://www.subsmovies.com/watch?movie=1355644



Follow

Post a Comment

8 Comments

  1. Macam best je.. aritu da baca sinopsis..
    Nantilah akak cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai dah bagi link kt atas, subsmovie best tak bnyk iklan.hehe

      Delete
  2. Air mata jantan tue yg mahal. Hehe. Cover baik punya ye Mai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kena cover, dlm rumah ni kuat membahan.hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Nanti tengok la Mellya, hehehe,tp sebab masih baru2 ni kualiti cerita tu tak cantik lagi.

      Delete
  4. macam best ja mai. busyra tak tngok lg.. huhu

    ReplyDelete