TUMPANG LALU, NAK CURI BOLEH?




Aduhai, susahlah kalau orang buat dia nak buat, tapi malas nak fikir, tahu nak mencuri je. Dalam bidang penulisan, khasnya blogger ni, bukan tak boleh nak curi, tapi curi idea dahlah. Ambil idea, dan ulasan tu cubalah rajin sikit ulas sendiri, buat ayat sendiri, fikir contoh sendiri. 

Cubalah fikir orang lain nak buat satu entry guna berapa reference, lepastu senang-senang je cilok. Ok takpelah nak cilok tu bukan tak boleh. Tapi at least tukarlah turutan cerita tu. Ubahlah sikit gaya penulisan, gaya numbering, gambar, contoh, semua tu UBAHLAH! 

Blogger bikin panas adalah blogger yang jenis letak tag je tapi takde isi, aku punyalah sakit kepala cari maklumat, tetiba nampak sinar harapan, bila aku bukak, takde maklumat sepatah pun, semua tag keyword je yang ada, fuh berasap & lagi sejenis blogger aku paling benci blogger jenis kopipes ni. Geram tau.

Belajarlah paraphrase! Kalau ambil fyp ni, dapat pula sv macam sv aku dulu, dah kena baling proposal tu masuk ke tong sampah. 

Sorrylah entry beremosi. Aku lagi boleh terima dan hormati blogger yang menulis hal peribadi macam Abang Ben tu daripada blogger copy paste yang tak reti respek kerja orang lain. Sorry, memang tak layak dapat penghormatan. 



Post a Comment

11 Comments

  1. Garangnya Cik Mai kita ini.. marah kat sape nie?? Meh akak tolong katuk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, emosi cikit kak sha, geram dengan blogger copypaste.

      Delete
  2. Hihihi ok dik. Sabar.. Sabar. Hahahaaa thyroid mai sedang membara...? Hehee akak faham.

    Akak pun akak rasa macam adik bila jumpa macam tu. Tapi nak buat cmne dik.. Itulah risikonya yang kita kena tanggung.

    Blog macam tu, selalunya akak akan datang sekali je. Pastu byee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la akak reen, membara bara pula..hehehehe...

      Itulah risiko yang memang kita tak dapat lari, hmm nak buat apa pun tak boleh. Mampu geram je dengan orang macam ni.

      Memang takkan singgah dan support dah. tak suka.

      Delete
  3. mai syg jgn marah2. tp bab yang mai ckp nak buat satu entri tu pun kena refer byk sumber. mmg betul. kdg tu penuh new tab bukak. pastu sesenang ja nak kopi pes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe okaylah sebab busyra pujuk tk jadi marah marah dah,hahaha... betul tu busyra, penuh tab buka, siap salin point penting kat tempat lain supaya tak tertiru ayat org direct, lepastu penat fikir contoh lain. cara penulisan sendiri. tup tup siap orang amik gitu je, hahaha.

      Delete
  4. Garangnya mai hari ini.. Sabar ya. Maybe idea x smpai kot. Tp btl tu kalau nk buat entry memang otak ni bgiat berfikir idea. lagi pasal info semasa, semua laman kena buka cr info.. Penuh tab, ambil point penting then buat ayat.. Tp kalau org copy paste ayat kita bulat2 .tsentap jgk hati.. Kalau kat kolej da lama kena.. Unni jenis suka cr idea kat blog kawan2 tu kat blog unni mcm tu je la mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak mrah pun Unni, sekejap aje marahnye, hehehe. Sebenarnya mai tak marah pun org nak copy entry info, just minta kredit je kat bawah tu. hehehe. tp kalau entry contest pun org tiru mmg sakit hati tau.

      Apapun unni okay je, mai suka blog unni, berinformasi. Maklumat memang bnyk, tak salah pun cedok dari sumber yg sah dan boleh dipercayai, kemudian ulas sendiri ikut cara kita. Okay je.

      Delete
  5. tak nafi memang stengah blogger cam ni. entah la. sebab mek lagi suka cite hal sendiri kot so tkde la nk copy paste ni.

    ReplyDelete
  6. Pssstttt... siapa tu Mai.
    Hahaha... nampak tak bz body pulok Mrs. A ha!!!
    Memang geramlah kalau entry contest orang copy kita punya kan!!!...
    Eh! nak bz body lagi ni contest traveloka tu ke?
    Mrs. A sebab takde masa nak cari info dan idea kureng tu yang tak sempat join.
    Ok lagi kot dari copy paste orang punya muauhhaaaaaa....

    ReplyDelete
  7. pedas ni..haha
    yaya pon bnyk copy..tapi pasal INFO la..utk sharing dengan semua dan ade wat ulasan sikit2..dan of course akn kreditkan pd sumber yang asal.. =)

    ReplyDelete