Tips dan Soalan Temuduga Sebelum Kahwin



Assalamualaikum, hai.

Asyik cerita bab interview kerja je kan selalu, so kali ni nak share pula lah soalan yang sering ditanya semasa interview nak kahwin. Tak susah pun soalannya, rutin harian dan amalan dalam hidup juga, tapi dengar katanya cik abang tentera tough sikit ler soalannya, nasib engko lerr, hahaha. 

WAJIB TAHU
1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah.
3. Baca doa qunut & hukum jika tertinggal ketika solat subuh (Mazhab syafie).

Ini kalau tak tahu juga......belajarlah. Nanti nak didik anak macam mana? Jadi ambil tahulah okay, kitakan Islam. 

SOALAN LAIN-LAIN
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul

5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis
Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.
Sebelum lakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk
Bahagian najis,
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah
6. Tanggungjawab suami/Isteri.

7. Rukun Iman

- Beriman kepada Allah S.W.T
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada kitab-kitab suci
- Beriman kepada para Rasul
- Beriman kepada hari akhirat
- Beriman kepada Qada' dan Qadar

8. Rukun Islam

- Mengucapkan dua kalimah syahadah
- Mendirikan solat 5 waktu
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan zakat
- Menunaikan haji bagi yang mampu

9. Rukun Nikah

- Pengantin Lelaki
- Pengantin Perempuan
- Akad (Ijab & Qabul)
- Wali
- Saksi

10. Lafaz mandi hadas.


Post a Comment

10 Comments

  1. cik mai dah nak kawin ke hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe belum lagi Mellya... share untuk rujukan nanti.hehehe

      Delete
  2. alaaa lambat lagi pulak nak kawin :3 takpeee la simpan siap siap dulu soalan cepumaut ni hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha cepumaut :P ... samalah, nanti dah sampai masa ulangkaji balik, bukan apa takut gemuruh lepastu lupa semua. haha

      Delete
  3. Yep btl, plbgai lg yg oerludi pelajari sblm nak kawin. Mcm student jg, nak sukses kena study dlu =)

    ReplyDelete
  4. Pengetahuan tambahan.. bolehlah bersedia kepada mereka yang nak jadi raja sehari..

    ReplyDelete
  5. wajib tahu kan sblm melangkah ke alam perkahwinan... macam unni ada baca satu artikel.. Suami bagai syurga n neraka, isteri bagai madrasah.. hebat madrasah mu maka hebat la anak2 mu.. wajib belajar sebab ia ilmu.. wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Yg nie mmg akan ditanya kan sebelum kahwin, ary tue dgar kazen kena soal hahaha. Berpeluh habis juga dia..

    ReplyDelete