Nafsu Seksual Yang Pelik & Kita Tak Pernah Dengar Tapi Wujud



Assalamualaikum, hi. 

Haritu pernah sekali kecoh pasal kes pedophilia yang melibatkan nafsu songsang kepada budak kecil. Perkara macam ni membuka mata netizen untuk mengambil langkah lebih berhati-hati dan mengajar pendidikkan seks kepada kanak-kanak, err bukan pendidikan buat seks okay, contohnya seperti mengajar tentang anggota tubuh milik mereka yang tidak boleh disentuh orang lain walaupun ahli keluarga terdekat. 

Nafsu Seksual Yang PelikIngatkan itu je. Bamm! Kelmarin viral lagi kes Measiophilia yang teransang kepada wanita hamil. OMG, siap ada group Pemuja Ibu Hamil lagi tau aku tengok kat FB tu, tapi tak kuase lah aku nak join kan, hahaha. Bahaya betul zaman sekarang ni, upload photo nak kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan, tapi disalah guna untuk memuaskan nafsu segelintir manusia bernafsu aneh pula.


Nak tahu tak kajian psikologi menunjukkan banyak lagi jenis nafsu seksual yang pelik-pelik wujud, yang kita tak pernah sangka pun ada. Jom kita tengok ada apa lagi.

01. Acrotomophilia
Teransang kepada orang kelainan upaya (OKU)

02. Actirasty
Teransang kepada sinaran matahari

03. Agalmatophilia
Teransang kepada patung atau tugu

04. Anasteemaphilia
Teransang kepada kepada orang bersaiz berbeza sedikit, seperti terlalu tinggi atau kerdil.

05. Apotemnophilia
Teransang kepada diri sendiri yang kelainan upaya (OKU).

06. Autogynephilia
Teransang kepada diri sendiri (lelaki) yang berpakaian dan bertubuh seperti wanita.

07. Autoplushophilia
Teransang kepada patung atau teddy bear yang berbentuk patung atau kartun.

08. Chasmophilia
Teransang kepada melihat gua, celah, dan lembah.

09. Climacophilia
Teransang untuk jatuh tangga.

10. Coprophilia
Teransang dengan najis.

11. Ephebophilia
Teransang kepada remaja berumur 15-19 tahun.

12. Exhibitionism
Teransang dengan menunjukkan kemaluannya kepada seseorang di khalayak ramai. 
-Yang ni aku pernah tengok sendiri >Baca SINI<

13. Fetishism
Teransang dengan seseorang yang diingini.

14. Formicophilia
Teransang dengan serangga.

15. Frotteurism
Teransang untuk menyentuh orang yang tidak dikenali di tempat yang sesak.

16. Gerontophilia
Teransang dengan warga emas.

17. Hebephilia
Teransang dengan kanak-kanak baru baligh.

18. Katoptronophilia
Teransang untuk hubungan seks depan cermin.

19. Knismolagnia
Teransang untuk digeletek.

20. Lithophilia
Teransang dengan batu.

21. Masochism
Teransang dengan didera mental dan fizikal & kesakitan.

22. Melissaphilia
Teransang dengan lebah dan tebuan.

23. Nasolingus
Teransang untuk menghisap hidung seseorang, lol. HAHAHA. 

24. Nebulophilia
Teransang dengan kabus.

25. Necrophilia
Teransang dengan mayat.

26. Objectophilia
Teransang dengan objek tertentu. 

27. Partialism
Teransang dengan bukan anggota organ pembiakan, misalnya betis atau lengan.

28. Pedophilia
Teransang dengan kanak-kanak.

29. Podophilia
Teransang dengan kaki.

30. Psellismophilia
Teransang dengan kegagapan.

31. Psychrophilia
Teransang untuk sejuk atau melihat orang lain kesejukan.

32. Pteronphilia
Teransang untuk digeletek dengan bulu.

33. Pubephilia
Teransang dengan bulu pubik.

34. Pygophilia
Teransang dengan punggung.

35. Sadism
Teransang dengan kesakitan fizikal atau mental.

36. Savantophilia
Teransang dengan orang lembam.

37. Stygiophilia
Teransang apabila memikirkan api neraka dan kutukan. (Astaghfirullah hal azim, macam ni pun ada?)

38. Teleiophilia
Teransang kepada orang dewasa.

39. Teratophilia
Teransang kepada orang cacat sejak lahir.

40. Titillagnia
Teransang untuk menggeletek orang lain.

41. Transvestic Fetishism
Teransang untuk memakai pakaian wanita dan menyentuk kulit lelaki.

42. Urophilia
Teransang dengan air kencing, atau kencing atas orang lain. Amboi, jangan kencing member bro!

43. Vorarephilia
Teransang untuk makan badan orang lain. Gulp, zombie?

44. Voyeurism
Teransang untuk mengendap (skodeng) orang lain untuk kepuasan seksual.

45. Xylophilia
Teransang kepada kayu.

46. Zoophilia
Teransang kepada haiwan.

Semua yang tersenarai itu adalah penyakit psikologi, cepat-cepatlah atasi sebelum parah. Bukan apa, membahayakan orang lain. Cara paling terbaik untuk mengawal nafsu adalah berbalik kepada agama kita, berpuasalah dan jaga solat, insyaAllah yang lain juga akan slow-slow terkawal. 

Post a Comment

20 Comments

  1. Huhuuhuuu... serius pelik sangat tu.
    Tapikan no 12 dengan 15 tu Mrs. A pun pernah kena
    Zaman muda dulu-dulu time naik bas mini no 20

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang Mai highlight kan tu sebab tu memang ramai pemangsa bernafsu untuk buat benda tu kat Malaysia..ngeriii.

      Delete
  2. Ya hamponnn ngeri betol nafsu2 mcm tu. Tapi iolls cuma ada 1 nafsu je. Nafsu makan. Taklah sexual pon but still nafsu . Kahhh 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram kann... hahaha iols pula nafsu membutaaa. hahaha

      Delete
  3. menyeramkan bila bagi pelbagai penyakit psikologi ni..semoga dan keturuan kita dijauhkan dari penyakit2 ni...

    ReplyDelete
  4. MOHON SHARE.
    THANK ATAS PERKONGSIAN

    ReplyDelete
  5. adeh..macam2 la sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Banyak lagi yang pelik-pelik ye.. hope kita sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan berhati-hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak sha, semoga selalu dilindungi.

      Delete
  7. alamak kenapa pelik-pelik ni terangsang.

    ReplyDelete
  8. hi dear..bit seram semua tu..btw irda rasa sblum ni follow blog u..napa tetiba xnampak status..nasib irda inagt nak google..i rindu entry u actuaklly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Irda, seram kan... Sebab sy yang menyepi lama kut, thank you tau sbb rindu, terharuuuu sgt (T_T)Y

      Delete
  9. dah akhir zaman memang banyak orang ikut nafsu.
    dan melalui apa yg saya pernah baca (*tak ingat dari mana) orang yang bernafsu pelik ini rentetan daripada dia melayan nafsu / tengok video lucah,dia akan cuba buat semua yang dia tonton. dari yang biasa sampai dengan haiwan pun dia boleh buat. Bila dah biasa dengan yang biasa,dia nak buat yang lagi mencabar. Apapun banyak juga punca sebab diaorang terjebak dengan nafsu pelik ni ...

    Ya la,pernah kan dengar pepatah atau lebih kurang ,

    "kalau layankan nafsu memang sampai bila tak puas."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bila terlalu luas imaginasi daripada menonton video lucah, diri sendiri yang tak dapat kawal... yang menyakitkan hati, bila tak dapat kawal tu org sekeliling yg terdedah dgn risiko dan terancam...

      Delete
  10. seramnya baca.. macam2, unni baru tahupasal semua ni.. Allahmdulilah ilmu baru.. moga kita dijauhkan dri payakit2 sbgini...

    ReplyDelete
  11. mashaAllah takutnyaaaa dengan dunia sekarang. macam macam perangai ada, dah tak aman nak keluar rumah sesorang macam ni :(

    ReplyDelete