Hi, good morning! Hihihi, entahlah kejap lagi publish masih morning ke tidak, sebab baru nak menaip jam 10:50 am ni, banyak juga soalan semalam korang tanya, hehehe. Thank you tauuuu sebab ingatkan takde orang nak drop comment, maklumlah blogger dah la sendu, kena sandbox dari google plak tu, fuh soba jelah. Okaylah terbebel pula, nak start jawab soalan dah ni. Jom!
Soalan 5 : Pernah tak putus cinta , dan kenapa.
Fuhh jap lap peluh jap 😅. Ermmm, Pernah! Tapi aku tak tahu pun apa salah aku, ayat last dia aku ingat lagi, "Kalau takde saya awak boleh teruskan hidup kan, awak tetap boleh berjaya." Huh?
HAHAHAHA. Cliche tak? Tak nak cakap jelah taknak duk bagi ayat motivasi apa.😆. Erm aku okay je, sebulan je melalak sorang-sorang dalam toilet sambil nyanyi lagu Samsons - Kisah Tak Sempurna. Kalau orang tahu ni hilang macho aku.
Soalan 1 : Pernah tak ponteng kelas?
Pernah, masa kecik dulu, aku ponteng kelas kafa tapi sekali tu je la. Haritu aku rasa malas nak pergi kafa petang tu, so aku plan nak menyorok dalam bilik persalinan sekolah. Tahu siapa yang aku jumpa? ADIK AKU yang darjah 3 kemain relax duk ponteng kafa jugak. HAHAHAHAHA. Masa tu aku darjah 6. Adess. Kalau bapak tahu nak habislah kami.
Masa universiti pulak aku akan ponteng dekat-dekat dengan nak study week tu, hewhewhew. Tu pun kalau subjek tu aku confident hebat la, masalah aku ni selalu over confident je, Hahaha.
Soalan 9 : Favorite Memori
Tentulah memori masa zaman kecil dulu. Aku selalu habiskan masa dengan tokwan dan nenek aku sebelah abah, yang tinggal kat sebelah rumah je. Petang-petang je aku akan tolong tokwan aku potong rumput kat halaman rumah tu, guna gunting besarrrr.. Aku tolong teman je, tokwan tak bagi aku main gunting. Aku akan bertinggung la ikut tokwan yang tengah duk gunting ke sana, ke sini, hahaha. Penyibuk.
Lepastu kalau nenek aku nak pergi kedai beli barang pula, aku sibuk lagi nak ikut. Sebab nanti boleh pau nenek TORA, DINGDANG, aku selalu mengada minta JOJO kotak ungu yang mahal sekali tu, tapi nenek tak bagi, hahaha. Nenek mesti gantikan dengan biskut Apollo favorite aku yang dulu dalamnya ada 4 batang sekarang 3. Hahaha.
Malam baru aku balik tidur rumah sendiri, maklumlah rumah sebelah-sebelah je, lepastu abah buka pagar tengah tu sebab senang aku nak kehulu kehilir. Aku tidur dengan nenek sebelah mama yang aku panggil 'Tok'. Tok selalu gosok belakang aku sambil cerita kisah anak ayam tok yang mati. Aku dengar sejuta kali kisah anak ayam tu, tapi aku tetap terhibur kemudian sedih, sampai tertidur.
Tok : Dulu masa tok kecil-kecil, tok bela anak ayam kaler kuning. Tok selalu main dengan dia, pagi kami main, tengah hari kami makan sama-sama. Lepastu kami main lagi. Tok sayang dengan anak ayam tok.
Aku : Bestnya tok. Lagi-lagi?
Tok : Satu malam tok tidur, lepastu tok rasa sejuk, tok kesian dengan anak ayam tok, tok tidur la dengan dia peluk.
Aku : Ooooo, lepastu tok?
Tok : Esok pagi tok bangun, tok tengok anak ayam tok dah mati kepek kena tindih dengan tok. Tok pun nangis.
Aku : T_T sobs. sobs.
EVERYDAY DIALOG YANG SAMA! Ya Allah mulianya hati Tok yang tak pernah bosan melayan aku. Al-fatihah untuk Tokwan dan Tok.
Soalan 11 : Diet atau Senaman
Of course DIET. Hahaha aku malas la senaman-senaman ni. Tolonglah jangan tiru perangai buruk aku ni. Hahahaha. Diet paling berkesan aku pernah buat adalah Diet Atkins, masa tu aku turun 10 kg dalam masa sebulan. Dari 70kg jadi 60kg. Sambil-sambil tu aku minum teh orang kampung. Try lah.
Sekarang aku dah tak diet, in fact aku makan macam saka pula, tapi badan tak naik, sebab aku ada hyperthyroid. Siap turun lagi berat aku mencecah 50kg haritu, skrg dah naik balik dalam 57kg.
Soalan 28 : Adakah kamu ada kekasih
(Kak Lea)
♫♫
I'm young and I love to be young
I'm free and I love to be free
To live my life the way I want
To say and do whatever I please
♫♫♫♫
Saya masih single tapi tak available, cewah ayat budak wechat pula. Takdelah, ada sorang best friend forever for life yang paling sempoi dan caring, kalau ada rezeki next year dia upgrade jadi bestfriend till jannah. Hihihi.
Soalan 3 : Pernah tak ambil dadah?
(Tiara)
Drugs? Hmm. Hahaha, setiap hari kena amik sampai 6 bijik pulak tu, dah naik bosan tapi terpaksa bajet-bajet bahagia menelannya. #carbimazole
Stok Sebulan bro! |
Soalan 22 : Pendapat tentang Peluang Kedua
Pada pendapat aku, semua orang layak mendapat peluang kedua dalam hidupnya. Dalam segala aspek, kerana, kita cuma manusia yang tak dapat lari dari kesilapan dan dosa, kadang-kadang tersasar. Peluang kedua wujud sebagai bukti betapa pemurahnya Allah dengan hamba-hambaNya.
Aku sentiasa memberi orang lain peluang kedua, sebab aku percaya semua orang boleh berubah. Tapi peluang kedua jelah, kalau buat hal juga, peluang ketiga dan seterusnya dah takdak okay! Hahaha. Sorry hati tak seteguh karang bagai watak novel, cewahhh.
Soalan 29: Adakah kamu sukakan diri sendiri?
(Hazrina)
Of course! Siapa tak suka orang yang comel, kelakar, baik hati, macam aku, eh, hahaha. Gurau je. Aku suka diri aku sendiri, sebab kalau aku tak suka, siapa lagi nak suka. Terima kasih diri sendiri yang selalu berani, dan kuat hadapi apapun cabaran mendatang dalam hidup ni.
Yang aku tak suka pasal diri sendiri pun ada juga. Aku tak suka sebab aku tak reti control nada suara aku. T_T, orang selalu ingat aku marah, padahal aku tengah cakap je.
Soalan 20: Kamu punya longest relationship.
(Unni)
Dari tahun 2011 sampai sekarang, hehehe. Tapi tak ingat pun tarikh mula kenal dan berkawan. Tak penting kot, hahaha.
Soalan 27: Suka berkongsi?
(Unni)
Alamak soalan ni, kantoi sisi gelap diri ini. Ahahahaha. Mestilah tak suka. Tapi kalau dah ramai adik-beradik ni dah terbiasa pula kongsi bilik, dan pakaian, dan make-up. Kalau bab makanan pun dah terbiasa kongsi dengan housemate dan roomate masa kat hostel/rumah sewa. So yang tak suka tu bila dah terbiasa, takdelah rasa teruk sangat. Apelah, tak baik tau kedekut (cakap kat diri sendiri).
Kek! Aku penggila kek. Tapi aku takdelah suka kek hipstur2 tu, taste macam nenek-nenek sikit aku ni, maklumlah kan dah pernah cakap aku ni old soul trapped dalam badan budak umur 23 tahun. Aku suka kek buah & kek sarang semut! Hahaha. Klasik gittue. Kek lapis sarawak pun suka. Lain-lain kek cheese bagai tu bolehlah, tapi kalau banyak-banyak cepat muak.
***
Orait, tamat menjawab pada 12.26 pm. Fuhhh akhirnya. Thanks kepada yang sudi bertanyakan soalan. Sebagai penghargaan Mai dah buat satu bloglist '2017 BLOGLIST', boleh tengok kat sidebar tu, ada tak blog uols. Hihihi, selamat bertapa dalam bloglist Mai selama setahun orait! Thank you!
Nick Nashram | Kak Kinah | Warisan Petani | Jun Zie | Kak Lea | Tiara | Kak Shikin | Hazrina | Raihana | Busyra | Unni Anje
48 Comments
saya datang untuk follow
ReplyDeletehahaha pon boleh.... selamat berkenalan.
Delete"Aku tak suka sebab aku tak reti control nada suara aku. T_T, orang selalu ingat aku marah, padahal aku tengah cakap je. " - sama! Orang selalu salah faham pasal benda nie... :/
ReplyDeleteGeng lah mcm tu Razanah.... ish2 bilalah nk pandai control hemosi ni.haha
Deletehaha. sedihnya cerita ayam tok tu. XD
ReplyDeleteSekarang guna cerita tu untuk tidurkan anak buah pula.haaha
DeletePanjangnya artikel mis obsesi kali ni
ReplyDeleteRasanya semua orang pernah ambil drugs. Sebab nak sembuh dari sakit kan
Tulis panjang sebab nak tinggal lama last week, hahaha...dah kembali dah :D
Deletesetahun!!! lamanya.. hahahahaha, syg mai!!! btw no 27 tu kita geng :P best la ada relatinship lama.. hope smpai ke syuga <3
ReplyDeleteCakap je setahun padahal selama-lamanya, hahaha. mai takkan buang yg dalam bloglist tu kecuali blog tu dh hilang. skrg tgh update balik bloglist lama yg hilang masa mai tukar template.
DeletePergh setahun tu. Tq mai. Akk pun nak tepek blog mai setahun gak la hihi
ReplyDeleteHihihi tepekkk kak kinah, jgn tak tepek.. :P
DeleteAla.. nape kak sha tak tau nie..
ReplyDeletemesti keretapi kak sha terkandas mana-mana nie..
Cerita anak ayam tu best.. sedih..
Al fatihah untuk arwah tok dan tokwan, mai..
Terlepas ketapi pula kaksha, haha... cerita nenek tu mmg terkesan betul kak budak2, skrg ni anak buah mai pun layan je.hahaha
DeleteTerlepas nak tny soalan.hee.
ReplyDeletePart citer tok tu lucu plus kelakar.
☺
Hahaha ramai terhibur dengan cerita tok...
DeleteHhha, tersengih jugak la bila zety baca ni...suka dgn gaya penulisan..santai je..
ReplyDeleteKek sarang semut? Peh klasik...mmg old soul trapped in 23yo body
spitoutkata.blogspot.com
Hihihi menulis dari hati katekan, cewahhh gurau je...Semoga terhibur. Ha ah tapi selalu beli je nak buat sendiri tak pandai lagi,kehkehkeh.Klasik kaannnn...
DeleteDh terjawab semua soalan.
ReplyDeleteHihihi habis dah dijawab :D
Deletefuhh,,,banyak nau soalan tu...tp awat jumping..ehhh kot Umi yang lost kot..hehe
ReplyDeleteJumping ikut urutan org yg tanya Umi, hahaha...
Deletejawapan yg padat! hehe.. alaa boleh tnya bnyk ke ingat leh tnya 1 ja. haha..
ReplyDeleteHahaha nak tanya apa lagi tuuuu. :P
DeleteSinggah blogwalk
ReplyDeleteHi Nuha...
Deletebest jugak yer jawab soalan mcm nie..
ReplyDeleteKalau nk juga ambil la gmbr soalan tu, boleh je, hihi...
Deletewahh !! thniah dpt jawab soalan, cikgu sgt bpuas hati haha
ReplyDeletebaca pasal favourite memory, tora tu adoii rare ny.. sgt popular dulu2 ! =D
sgt sokong jawapan peluang kedua =)
yeayy dapat full mark tak? haha
Delete"Kalau takde saya awak boleh teruskan hidup kan, awak tetap boleh berjaya."
ReplyDeleteAyat break up yg cliche sangat..hahaha
"Awak berhak dapat yang lebih baik dari saya."..yang ni pun sama jugak..hehehe
"Awak berhak dapat yang lebih baik dari saya." ni paling cliche dalam dunia! hahaha boleh geng dengan "Awak terlalu baik untuk saya."
DeleteHahhahah comel je term best friend forever for life tu eh? :p Hihiks.
ReplyDeletedan....special. hihihi. :P
Deletetkde dalam bloglist. wawwawawa.
ReplyDeletemek gelak je bace cite atok mai tu :)
pengomen setia ni mana boleh takde, nanti mai masukkan tengah update bloglist baru,hehehe.
Deletepegh yg pertama sekali tu fuh kejam betul ayat nye tu.. berkias2 lagi tu.. haha.. takpe layan lagu sejujur mana kata-kata lagi layanzz.. haha
ReplyDeleteapollo tu skrg tinggal tiga.. sedih.. fuh dindang macam sekali je pernah dapat jojo tu.. mahal oo masa tu..hahha.. ni bila kes g kedai runcit la ni ada banyak benda2 cengini..hehe..
tp zmn skrg cangih lagi kinder bourneo eh eja dia.. haha.. yang ada versi pek ada mainan yg kecik tu.. nasib la coklatnye tu sedap.. -.-
hahaha spring habes laguuu...
Deleteapollo juga legend..kinder bueno mmg sedap, tapi kalau sorang anak buah dah pegang, lepas tu yang lain tertengok, dan terminta, dan.... balik nangis tengok dompet.hahaha
Suka berkongsi?? Tengok dulu nak kongsi apa, ke siapa?
ReplyDeleteHaahhaaa...kalau kongsi suami memamglah tak suka Mai
Hahahaha kongsi suami okay je, asalkan bukan suami saya. hahaha.
Deletesalam..
ReplyDeleteyaya singgh tinggal jejak kat sini..hehe
ambopi longest relationship tu dengan sapa..??
ehem2 ka kawan ka..siapa kakakak?? ^o^
Waalaikumussalam. hi yaya.
DeleteHahahaha ehem ehem la :P
Hahaha terbaikkk jawapan... Moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. hiks..
ReplyDeleteAamiin...InsyaAllah 2017 nanti, eh ...opss..
Deletenostalgiknya biskut apollo tu. agak-agak ada jual lagi tak sekarang
ReplyDeleteAda lagi rasya, tp dah sikit kuantitinya..harga naik pula.sabar jelah.
DeleteAmboi tak menahan soalan pasal putus cinta tu.. haahahha
ReplyDeleteHahahahahaha....:P
Delete