Assalamualaikum, selamat pagi!
Harini Mai nak review sekaligus memperkenalkan sebuah blog yang sangat menarik dan lain dari yang lain pada pandangan Mai. Blog berkenaan adalah 'Warisan Petani'. Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke dalam blog Warisan Petani tahulah kelainan apa yang dibawa oleh penulisnya.
Perkara pertama yang kita akan tertarik apabila masuk ke blog Warisan Petani (WP) adalah lagunya. Lagu yang dipasang pada blog WP membuatkan Mai rasa macam sedang menonton dokumentari TV1, hahaha. Lagu yang dipasang oleh penulis sangat sesuai dengan kandungan blog beliau.
Dari pemilihan template dan susun atur blog pula, WP memakai simple blogger template dan meminimakan gadget dalam blog beliau. Namun begitu, dua perkara penting dan wajib ada dalam setiap blog iaitu ruangan 'follower' dan 'arkib blog' dimasukkan dalam sidebar blog, menjadikan blog WP ringkas namun lengkap.
Kita beralih pada isi blog WP. Ternyata isi blog WP sangat power dan selalu membuat Mai ralit beralih dari satu entri kepada entri yang lain kerana tertarik dengan pelbagai cerita WP. Kebanyakan entri WP akan penuh dengan gambar yang fresh daripada kebun penulis sendiri, memang menarik untuk seorang budak yang tak pernah merasa ada kampung seperti Mai untuk meneroka walaupun sekadar dalam penulisan.
Entri bergambar dan lengkap dengan jenis pokok dan buah-buahan sangat berguna terutama untuk para pelajar yang sedang membuat penyelidikan ataupun sesiapa sahaja yang mencari informasi tentang pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Paling menarik bagi Mai tentulah entri mengenai durian, nyum nyum, hahaha. Dan juga Mai suka entry mengenai ulam-ulaman kerana Mai suka makan nasi dengan ulam dan sambal belacan, fuh, sodap!
Selain itu WP juga banyak bercerita tentang ternakannya. Pelbagai ilmu dan informasi dapat Mai cedok daripada cerita-cerita penulis misalnya dari entri mengenai itik, Mai dapat belajar cara membuat telur masin dan aneka cara mempelbagaikan cara memasak telur itik. Entri tentang ayam hutan ternakan penulis juga sangat menarik, dengan beberapa keping gambar dan maklumat, Mai baru tahu yang ayam hutan dan ayam kampung adalah berbeza, nak tahu apa yang membezakan mereka, bacalah sendiri, hihihi.
Beberapa cadangan Mai untuk blog WP:
- Kalau penulis tidak kisah, Mai minta penulis untuk besarkan sedikit gambar yang diletakkan dalam entri, hehehe, baru puas nak tengok.
- Membuat scroll bar pada arkib blog WP.
Itu sahajalah untuk review kali ini, jadi jemputlah membaca dan follow blog Warisan Petani, pasti tak rugi.
16 Comments
memang tak pernah tak singgap blog WP!! suka dengan ilmu PETANI.. denagn ucapan SALAM BOTANI!!
ReplyDeleteBestkan, banyak gambar menarik dan ilmu bertani daripada WP. ucapan salam bertani la unni, hehehehe.
Deletesuka juga baca kat WP, especially banyak gambar pokok dan bunga
ReplyDeletekan, boleh belajar jenis-jenis pokok dan ulaman kat situ.
DeleteinsyaAllah.. nnt ciktie singgah ya
ReplyDeleteSinggah jangan tak singgah cik tie, hahaha.
DeleteKak Sha nak gi terjah.. hehehe
ReplyDeleteLawa-lawa gambar dekat blog dia hihi
ReplyDeletebusyra tak pernah terjah lg blog tu. nak terjah sat! hehe
ReplyDeleteok..nanti nak singgah blog dia.. ;)
ReplyDeletemek suka bace blog WP mmg bnyk info
ReplyDeleteKan Mek, memang berinformasi.
DeleteTk Mai, membuat review Blog WP.
ReplyDeleteWP menulis kebanyakannya tentang pengalaman sendiri berkaitan kerja2 seharian sebagai petani.
Nak aktif menulis blog ni mungkin tak larat, dalam satu dua entri seminggu bolehlah.
Lagi pun blog ni baru setahun jagung, memang banyak kelemahannya mentelah lagi penulisnya dah masuk kategori "warga emas" yang serba kekurangan.
Mudah2an ada manfaatnya.
Sama-sama WP, Mai suka baca blog WP, ramai juga kat sini yg memang penggemar blog WP. Semoga terus diberi kesihatan yg baik WP. InsyaAllah, sangat bermanfaat.
DeleteBestkan baca blog WP.. banyak info berguna dapat kita pelajari.
ReplyDeletebetul tu kak reen...
Delete