Best tak ramai adik beradik ?



Aku ada 7 beradik, 6 perempuan dan 1 lelaki. Soalan yang selalu kawan aku tanya adalah 'BEST TAK ADA RAMAI ADIK BERADIK?'. Padahal bagi aku 7 orang ni tak adalah ramai mana pun, ada lagi yang dah sampai belas-belas beradik.

So best tak? GILA TAK BEST?

01. RUMAH YANG SENTIASA MERIAH
Rumah aku ni dah macam ♫♬hari-hari hari raya♫♬ dah tau, tak pernah sunyi kadang-kadang sampai pukul 2-3 pagi duk bergelak ketawa lagi. Tak tahu lah seumur hidup duk jumpa muka yang sama tapi tak pernah habis topik nak merapu lagi. 

02. BAJU YANG TAK PERNAH HABIS
Baju dalam almari habis? Jangan risau, bukak je almari orang sebelah, agak tak bekenan, buka almari yang kat bilik lain pula, hahahaha. Disebabkan semua gegirls so senanglah aktiviti menukar-nukar baju ni, bila keluar rumah takdelah sama je selalu. 

03. KAMI BUKAN AHLONG, KAMI CUMA NAK TOLONG.
Jaranglah parents dapat menghidu kesusahan kami selalu mampu sorok, sebab siblings akan jadi orang pertama tahu dan buatlah perancangan dan share-share idea dan kadang-kadang duit untuk settle problem tersebut. Kalau kami dah tak dapat settle barulah minta tolong parents. Bukan membelakangkan parents, tapi lepas dah besar ni, kami cuba untuk tak jadi beban lagi. 

04. JOM PI BERCUTI.
Kalau dengan kengkawan parents aku susah nak lepas tapi kalau dengan adik-beradik cakap je bila terus ON. Tapi keburukannya aku ler selalu kena buli jadi driver, aahahahaha, tapi adik aku yang lain cekap mengemas barang dan cekap uruskan budget, so aku tak payah fikir dah.


05. FREE KHIDMAT KAUNSELING
Selalunya kalau aku sedih mesti aku jadi adik beradik aku sebab depa ni power bab brain wash orang ni, so nanti aku akan lupa la kesedihan tu. HAHAHAHA. Ada yang pakar cinta, ada yang pakar kewangan, ada yang pakar segala masalah semua ada lah.

Ermm itulah antara 5 sebab kenapa aku rasa ramai adik-beradik ni best! Hehehe harap depa tak baca nanti depa riak. 


Post a Comment

18 Comments

  1. Bestnya ramai adik beradik. Cik renex ade dua beradik je. cik renen x kakak. Hee..tp tu lah dua orang pun rasa riuh dah
    Hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. memang best bila ramai adik beradik..
    Boleh jadi partner in crime.. hahaha

    ReplyDelete
  3. best! mmg best ramai adik beradik ni..sy pun ada 10 beradik, seorg abg tiri yang tak pernah kami anggap mcm abg tiri hehe...mmg riuh meriah bila ramai2 berkumpul..hehe

    ReplyDelete
  4. bestnye ada ramai siblings. pasir ada tiga beradik je campur pasir. yang lain laki so tak dapat la laksanakan misi tukar baju tu. huhu.

    ReplyDelete
  5. Hihihi adk bradik akak 5 org je. Tapi.. Adik beradik encik suami ada 11 orang. Hanya sorang perempuan.

    Haaa.. Bayangkan. Akak setujuk apa yang Mai katakan paling akhir skali. Adik bradik encik suami, masing2 ada kepakaran masing2.

    Sorang pandai menukang.. Sorg pandai wirering (xtau ejaannya), sorang pandai bagi idea yang bernas dan seterusnya.

    Setiap adik bradik ada kebolehan masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai tu adik beradik hubby kak reen. Terbalik dengan sya yg ramai perempuan ni, ahahaha.

      Tapi rasanya adik beradik yg ramai lelaki lebih meriah tau mcm2 peel ada.

      Betul tu, setiap adik beradik ada kelebihan dan specialnya.

      Delete
  6. bestnya ramai adik beradik. tiqaa ada 2 orang adik beradik je dan tiqaa anak sulung huhu... sampai orang ingat kitorang ni kembar pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, mesti rapat kan sis dengan adik tu...

      Delete
  7. Wah seronok nya! Haha. Ju xramai adik bradik. 4 org sj tp sblh hby rmai so mmg tgk dr kluarga hby seronok adik bradik rmai sb ada mslh kongsi adik bradik dlu sma la mcm mai. Kalo xdpt setel then report kat mak dorg haha. Masa kenduri pun senang keja sb ramai tgn hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Jun, hahaha bersatu teguh bercerai roboh, eh betul ke peribahasa ni. :P

      Delete
  8. kalau raya mesti meriah sngt2. btw cantik sngt warna purple. suwettt. hehe <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari hari hari raya Busyra, hahaha. thank youu :P <3 <3 <3

      Delete
  9. bestnya ! anis ada 4 org adik beradik , skrg amatlah tak best sbb semua tak dak kat rumah , sambung study bila raya pun belum tentu dpt jumpa semua

    ReplyDelete
  10. itu memang betul. mek pun rase best orang yg rmai adik bradik ni. tp bile dah besar la. time kecik jenuh jugak. hihihi

    ReplyDelete
  11. mmg seronok kalau ramai2 mcm ni..

    ReplyDelete
  12. wahh meriahh..yaya ade 3org jerr...huuu

    ReplyDelete