Bawa anak Bermain di Little Kingdom


Little Kingdom Main sambil Belajar
Parkson Maju Junction,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
No tel : 0326020790
Waktu operasi : 11.00 pagi – 9.00 malam
Facebook 

Ahad lepas sebelum balik ke Kulim, kakak ajak aku bawa budak-budak ni untuk enjoy last time sebelum mula bersekolah kat Kuala Lumpur. Asalnya plan nak ke Kidzania sebab bebudak ni pun memang suka pergi enjoy sana, tapi kakak dapat tahu satu tempat baru, so aku pun setujulah nak try bawak diorang pergi main kat sana.

Selfie sikit dalam grabcar!
Dalam jam 10 pagi tu kitorang keluar rumah. Amik grabcar je sebab zaman sekarang ni rasa macam tak worth it pula nak drive, tempah jammed, tempah minyak, tempah tol, salah parking, tempah saman, harga parking pun kemain kan, so pilihan terbaik, grabcar, aku suka sebab harga grab car murah dan fixed, tak perlu risau caj tersembunyi. Eh promote pula. 

Sampai je kat Maju Junction tu terus naik ke tingkat 3, bebudak dah tak sabar nak main lah katakan. Mind set dah ingat macam kidzania je. So harga masuk kami berempat pakej 2 adults + 2 kids adalah RM200. High price, high expectation, right? Hypothesis accepted.

Belajar Menari 

Akak aku uruskan hal mendaftar semua, aku bawalah budak-budak main. Antara tempat yang diorang melekat lama adalah gymnasium. Nasib baik ada gym comel ni, anak buah aku memang suka bersenam, hahah. 

Kakak bersenam

Chacha pun kemain, tak payah ajar
Ni just warming up je tau. Then cikgu akan datang, dan menari! Ewah-ewah anak-anak buah aku memang hantu dancing, so setakat step lagu Gummy Bear tu dah terer dah, dah sama macam teacher tu dah. 

Belajar Memasak


Kelas memasak ni conducted by Chef Bob dan assistant beliau. So budak-budak belajar buat waffle, berbuih mulut chef tu explain resepi, entah paham ke tidak bebudak tu, kekekekeke, para ibu jelah yang sibuk snap gambar kat slide chef tu. 


Then diorang disuruh beratur untuk pengalaman tuang bater waffer tu dalam tempat masak. Itu je seriously? Bab ni lebih praktikal dan best kat Kidzania kot, maybe untuk masa hadapan Little Kingdom boleh buat penambahbaikan, kan kan kan? 

Lepastu baru best sebab diberi chance untuk hias waffle dengan beberapa bahan yang chef dah siapkan macam susu pekat, coco crunch, corn flakes dengan manik-manik colourful tu aunty tak tahu nama, kehkehkeh. Anak buah aku belum pape dah ngapp waffle tu sabo jelah...

Belajar Memandu


Boleh amik driving licence tau kat sini. Hahahaha. Driving class akhirnya dah macam pesta bumper car bila anak buah aku turun padang. Aku ni nasib baik tak ada heart attack. Hahaha.


Test IQ


Kat sini ada test IQ macam cara susun bongkah kayu kecil ikut susunan gambar yang dia print atas kertas tu, tengok berjaya tak buat guna beberapa bongkah kayu yang sama tapi bentuk berbeza dalam masa yang singkat. Budak 4-6 tahun boleh buat dalam beberapa saat je tapi aunty...

Malas ler nak cakap tengok jela tu moncong bajet fokus dengan tudung dah melebeh lebeh bagai tu, stghesss!

Habislah cerita bab belajar. Nak belanja gambar bebudak main pulak lah...




Bebudak enjoy betul hari itu walaupun sedikit hambar kalau nak dibandingkan dengan duit yang keluar + Kidzania punya games, tapi memandangkan Little Kingdom baru dibuka, so faham-faham jelah, improve lagi ye. Tapi bebudak kata 'TERBAIKKKK' gaya Boboboy. 


Bye dari kami semua dan Aladin yang comel ni!

Post a Comment

12 Comments

  1. Bdk2 mmg suka tmpt2 mcm ni. Silap hari bln xnk balik pulak..Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikla, balik rumah je terus membongkang...

      Delete
  2. Kalau bayaran mahal tapi game tak berbaloi memang kuciwa lah kan Mai.. tapi bebudak dia ok je.. janji dapat main.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh kak sha, bayar mahal expectation tinggi juga masuk-masuk kuciwa sbb bnyk room kosong dan ada game ditutup.

      Delete
  3. Wah seronoknya mereka.
    Tu yang teringat2 nak pegi selalu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...kat kampung tak adalah tmpt mcm ni dah, hehehe, sbb tu bagi main puas2

      Delete
  4. wahh bestnya.. ka sini xde.. simpan tuk anak2 unni.. hahahahahaa

    ReplyDelete