Tabiat Buruk Patut Dielakkan Di Laman Sosial

tabiat buruk laman sosial

Assalamualaikum , hi.

Facebook, twitter, dan instagram memang antara laman sosial yang popular dan sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun begitu ada beberapa kesalahan yang sering aku nampak daripada pengguna laman sosial ni, mungkin kadangkala aku sendiri tersilap langkah melakukannya.

Apakah kesalahan-kesalahan itu?

1. Terlalu taksub dengan laman sosial 
Maksud aku taksub dengan laman sosial ini adalah apabila gadget sentiasa di tangan termasuk di meja makan ataupun ketika keluar dengan kawan-kawan atau family. Teknologi seharusnya mendekatkan kita dengan orang, tapi jika beginilah perangainya, nampaknya teknologi hanya mampu membuat kita dekat dengan orang asing yang jauh, tetapi jauh dari keluarga dan rakan yang disekeliling kita, menyedihkan.

phone jatuh


2. Tidak berfikir sebelum berkongsi (share)
Setiap hari ada sahaja berita dan cerita pelik di timeline media sosial kita. Kadang-kadang aku pelik betul tengok orang pakat share je siap caption memaki hamun berdasarkan tajuk post tersebut, padalah isi post yang dia share tu lain. Malas membaca! Itulah, malas nak baca tapi main share sahaja.

3. Mudah percaya dengan apa sahaja yang dia baca
Sesetengah perkara di internet ni, baca boleh percaya jangan. Hahaha. Yelah,kalau dapat sesuatu berita tu cuba kaitkan dengan isu semasa yang terjadi kat luar. Kadang-kadang video atau berita lama pun menjadi kecoh kembali, paling teruk, berita palsu pun boleh viral. Banyakkanlah mengkaji sebelum nak share apa-apa tu.

4. Berebut menjadi hakim
Haa ini satu hal, apabila satu kes timbul dan menjadi viral kat facebook, buka je bahagian komen, dapatlah baca betapa ramainya manusia yang nak jadi hakim dalam tu. Menghakimi manusia lain tanpa dia tahu pucuk pangkal pun. Kemudian bila pernyataan lain pula keluar, mereka-mereka ini seperti lalang pula, terus menjatuhkan hukuman demi hukuman yang entah apa-apa. Serupa mereka tak pernah buat salah.

Kadang-kadang manusia lupa dirinya manusia, lalu cuba menjadi TUHAN
5. Suka membuat status menyindir
Setiap hari ada sahaja sindiran dia kat orang lain. Kalau nak tarbiah sentap pun tak perlu kot sampai setiap hari keluarkan pernyataan kasar dan ibarat syok sendiri tu. Menyindir orang bukan main tapi bila kita tegur dia melenting pula, tak bestlah macam tu. 

senyum sindir

6. Kuat perasan
Hahaha ni satu masalah juga bila dah guna laman sosial ni. Bila si A buat status, si B,C,D,E,F,G pun pakat nak terasa habis. Lepastu terasa dan sentap, tak pasal-pasal hubungan sesama manusia kita jadi renggang. So janganlah kuat perasaan sangat, kalau orang buat status negative abaikan saja sebab kita kan orang yang postitive , cewahh.

7. Berkongsi masalah keluarga 
This is a big NO! Ketuk dahi aku kekadang baca status bergaduh dengan husband ke parents ke lepas tu share di post fb. Jangalah begitu, jagalah pekung di dada, kalau tak reti malu tu, janganlah malukan ahli keluarga kita yang lain. Masalah itu hadir untuk mengeratkan hubungan kita lain dengan cara mengatasinya bersama-sama, post masalah di laman sosial bukan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah tetapi ibarat menyimbah minyak pada api supaya menjadi lebih marak.

8. Salahguna kuasa viral
Zaman sekarang ni semua nak viralkan, kadang-kadang perkara tu tak betul pun. Aku hairan betul macam mana dalam situasi getir orang orang sekeliling tergamak untuk keluarkan phone dan merakam video daripada melakukan sesuatu ataupun menolong. Kuasa viral ni ada kebaikannya juga seperti memviralkan cara menghulurkan sumbangan ke ataupun virallah benda yang elok elok sahaja. Jangan sampai perbuatan viral kita tu memakan diri sendiri.

***
Inilah beberapa kesalahan yang kerapkali aku nampak di laman sosial, seelok-eloknya kita elakkanlah dari melalukan kesalahan di laman sosial begini. Kerana ramai benar mata yang memerhatikan. Selain itu, laman sosial juga cukup mudah untuk menjadi medan dosa, jadi berjaga-jagalah selalu.



Post a Comment

11 Comments

  1. Number 3 tu setuju sangat! Biasanya yang terlalu cepat percaya ni 80's folks & above. Sebab dia orang tak expose pada dunia sosial sangat.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hahaha lupa nk tulis, betui tu kak Kinah, keyboard warrior ni golongan paling ramai dlm fesbuk, kat mana2 ja ada.

      Delete
  3. yg share semua benda dekat lama sosial tu setuju. gaduh pun nak cerita. kita tak tay yg kdg ada org suka ja tngok kita gaduh kan. jd elakkan la buat mcm tu. btw nice entri mai omeyy.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Busyra, takut orang yang berniat tak baik masuk jarum lagi la keadaan tambah buruk, baik masalah sendiri simpan sendiri je...

      hehehe thanks Busyra gojes!

      Delete
  4. Yang no 1 tu memang pantang dalam family. Sapa main fon masa makan confirm kena cerama dengan abah ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tambah2 yang parents busy,masa makan la nak berkumpul betul2 pun, nasib baik parents ceramah, jangan parents pun sama main phone sudah, lagi parah,hahahaha

      Delete
  5. setuju semua lagi y no7.. mlh cerita kat laman social org bca bkn dpt mbantu pun!! dunia2

    ReplyDelete
  6. setuju dengan semua terutama yg no.6 ... sampai kesudah bergaduhnya sebab perasan orang post pasal dia.

    ReplyDelete