Ini adalah seekor kucing bapak (UTEH) yang mama rescue 2 tahun lalu. Masa tu dia patah pinggang, mungkin sebab accident, atau orang pukul? Kami pun tak tahu. Mama jaga dia sampai dia sembuh 100%.
Tapi malangnya lepas dia sembuh, dia sayang sangat kat mama. Hari-hari dia bawa balik hadiah untuk mama, iaitu SEEKOR ANAK KUCING setiap hari! Ada saja dari anak kucing biasa, hingga anak kucing mahal. Masalahnya anak kucing yang dia bawa balik tu dah nazak dah sebab dia gigit leher. Aduh tepuk dahi.
Mama terpaksa letak dia di pasar lepas tu supaya dia tak boleh bunuh anak kucing orang dah. Sebab mama pun dah buntu sangat dah masa tu. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Sebab dah seminggu dia buat kerja jenayah kat taman kami.
Tapi mama selalu juga jenguk dia kat market, mama cerita dia dah ada gelpren. Mama bagi makan sekali dengan gelpren dia haritu.
***Tahun 2016***
Pagi tu mama pergi pasar yang mama buang Uteh tu dan bawak balik seekor anak kucing. Bila balik tu aku terkejut sebab bila aku pegang je bulu dia aku teringat dengan Uteh yang mama buang dulu tu.
Bulu yang sama jenis. Panjang-panjang dan lembut tapi tak gebu sangat. Warna pun sama. Dan! Rupa pun sama! Aku ingat lagi.
9 Comments
Waa... template sudah tukar color pink la...
ReplyDeleteso sweeet.
Susah sikit nak percaya tempoh masa dia tu lojik tak kalau gelpren Uteh tu nak pregnant huhuhuuu...
Hihihi comel tak template baru? hihi.
Deletealaa mrs A pun tak percayaa T_T
hahaha yela mai, mell pecaya 😂😂
ReplyDeleteYes, akhirnyaaa! ahahaha ada juga org percaya. lega rasa :P
DeleteKeke kena buat ujian DNA untuk confirm ni mai
ReplyDeleteHahahaha, kena cari bapaknya balik ni baru bleh bt DNA test :P
Deleteokay busyra percaya. hehehe.. tp warna dia tu dh lebih kurang dah tu..
ReplyDeleteHAHAHAHAHAHAH.... MAI RINDU SGT KAT UTEH NI!! TAK PELAH UNNI PCAYA KAT MAI :)
ReplyDeleteokay okayyy laaa. kc percayaaa. sian maii takdak orang nak percaya heee.
ReplyDelete