Review : Best ke Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha ?


Review Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha

Assalamualaikum, hai.

Alhamdulillah, pertama sekali nak ucapkan terima kasih pada penganjur giveaway, sis Raihanah dan penaja hadiah @loveaa.my_ kerana memilih aku sebagai pemenang hadiah yang awesome ini. Hehehe, kalau nak baca entry yang terpilih tu boleh baca di klik sini. Ada dua hadiah iaitu lip bait Shade Dough by Hanis Zalikha berwarna Pepper Posh, dan juga satu perfume juga dari keluaran Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, haruman Indah & In Love. Namun pada entry kali ni aku akan review Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha dulu okay.

Jom kita tengok hadiah yang telah aku dapat. 

Hairulhanis parfum

REVIEW LIP BAIT SHADE DOUGH BY HANIS ZALIKHA

Apa itu Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha?

Shade Dough by Hanis Zalikha ini adalah produk keluaran Hanis Zalikha yang baru launch pada 1 November 2016, wah I'm so lucky dapat melaram awal dengan lip bait yang super best ni. Ada lima warna yang menarik dan sesuai untuk semua jenis warna kulit dan taste masing masing. 

Review Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha

Disini aku nak share sikit tips untuk memilih warna lip bait yang sesuai dengan dengan warna kulit korang. Untuk mereka yang berkulit putih dan cerah, korang sesuai dengan warna Sugar Icing dan Rose Taffy, manakala yang berkulit sawo matang dan gelap lebih sesuai dengan warna Pepper Posh dan Berry Blanced. Creme Caramel pula adalah sesuai untuk semua jenis kulit yang nak tampil dengan gaya nude. Apapun, ini cuma sekadar pendapat dari mata aku, jika korang berkulit gelap tapi tetap nak menggayakan Sugar Icing, apa ada hal kan?

Pepper Posh Shade Dough by Hanis Zalikha

Pepper Posh Shade Dough by Hanis Zalikha

Aku adalah penggila lipstick merah, so tak ada yang lebih happy selain apabila penaja sudi memberikan Lip Bait berwarna Pepper Posh untuk aku, yeay! Alhamdulillah. So pertama sekali yang menarik tentang Shade Dough by Hanis Zalikha ni adalah dari segi packagingnya yang comel dan nampak sangat trendy. 

DOES NOT SMUDGE, - Tidak comot 
DOES NOT CRACK - Tidak merekah  
DOES NOT DISSAPOINT - Tidak mengecewakan 
YOUR QUEST IS OVER - Pencarian anda berakhir!

Wah begitu confident sekali ya tagline product Shade Dough by Hanis Zalikha ini. Oleh itu aku pakai akan buktikan sendiri betul ke tidok semua kata-kata itu. 

Botol lip bait tersebut bersaiz poket, bagi aku sangat mudah nak selit dalam poket atau hand bag, jadi senanglah untuk bawa ke mana-mana semasa keluar. Maklumlah aku kalau keluar, tak bawa bedak, eyeshadow semua aku okay, tapi kalau lipstick tak ada memang tak keruan sebab aku akan nampak pucat dan aku tak suka bila pucat. 

Extra mark untuk lip bait Shade Dough by Hanis Zalikha ni sebab boleh buat blusher sekali, kata keknis. Haa ? Betul ke? Jom kita buktikan sendiri!

Testimoni Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha 

Testimoni Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha

Tarraaa, I'm a happy girl! Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas pakai Pepper Posh Shade Dough by Hanis Zalikha ni, penampilan aku nampak lebih ceria dan segar. Lebih menarik bila boleh guna sebagai blusher, so senanglah lepas ni just bawa lip bait ni dan aku akan nampak comel sepanjang hari, hihihiks. 

DOES NOT SMUDGE, - Tidak comot. Yes, sangat senang nak apply lip bait ni sebab tekstur yang pekat tapi tak berat. Oleh kerana tangan aku agak shaking sikit, jadi tercomot bila aku pakai, frust sikit, tapi tengok-tengok lap je masa masih basah tu, dah clear. So senang nak kemaskan balik.

DOES NOT CRACK - Tidak merekah. Rasa lip bait ni kat bibir adalah ringan dan hampir macam rasa tak pakai apa-apa, hahaha. Tak merekah bila senyum, dan tak melekit bila tutup mulut, serious. Walaupun matte kan, kalau gosok bibir tu rasa smooth je, tak kasar pun, memang best!

DOES NOT DISSAPOINT - Tidak mengecewakan. Long lasting! Memang tak mengecewakan. Warna dia kekal mengancam dan memang tahan lama tau, tapi kalau lepas makan tu kena touch up balik la sikit, dah makan macam beruang,hahaha, eh mengata diri sendiri. Lagi satu pasal lip bait ni ada bau yang yummy tau, tak tau nak explain, bau sedap-sedap gitu. Lagi satu yang tak menghampakan aku bila warna produk tu kat luar sama macam expectation aku, Pepper Posh yang merah lagi menggoda, bestnyaaa, aku nak bagi 5 bintang!

 Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha

YOUR QUEST IS OVER - Pencarian anda berakhir! Yes! Pencarianku berakhir. Aku sahkan memang tagline kat kotak Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha tu adalah betul! Yeay!

So kalau korang pun nak ada koleksi Lip Bait Shade Dough by Hanis Zalikha ni, boleh dapatkan daripada Miss Athirah di Instagram shop @loveaa.my_ atau hubungi 013-264 7912 untuk order atau jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk ini. Bak pesanan penaja kat bawah ni, orang orang Shah Alam, Subang, Puchong, Damansara dan sekitar KL boleh COD je Shade Dough by Hanis Zalikha ni, bestnya!

Official stockist Shadedough here dearies! 🌸🌺 berminat boleh whatsapp me at +6013-2647912 !😘💕🌺 🚗🚗🚗 available cod area Puchong 👉 Subang 👉 Shah Alam 👉 Damansara 👉 sekitar Kuala Lumpur!! 🌸🌸🌺🌺 ALL READY STOCK DEARIES! 💕

Klik Gambar Ini
Love.

Post a Comment

26 Comments

  1. cantiknya warna dia! merah. mai nampak berseri lepas pakai lips warna tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan merah menyala2 gituee...hahaha

      Delete
  2. cantik hihi . Done followback awk :)

    ReplyDelete
  3. Tbaik la review mai ni.. Ktreatif.. Adik da masuk U to sakan review. Hahahah, comel kaler merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, hahaha duduk katil dia pulak tu lg best dekat dgn charger, so lagi sakan la i mengupdate blog Unni, hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Memang cantik kak Atie, hihihi, cubalah.

      Delete
  5. Replies
    1. Cantik kan, hihihi, cubalah nanti Anzra.

      Delete
  6. wah nampak sedap pulak hahaha cute

    ReplyDelete
  7. Ala.sukanya warna dia..nampak menyerlah gituu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkann.....hihihihi...jangan lupa usha insta seller tu akak, bnyk lagi warna menarik.

      Delete
  8. Cantik...lagi satu sesuai dengan tuan diri..hihihi..

    ReplyDelete
  9. tahniah yunk..cantik kaler lip bait...tergoda..ihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Zati, ihihihi, cubalah lip bait ni, kot2 ada warna yg bekenan...

      Delete
  10. best pulak nmpk :) tp tkot nk try sbb bbir mek mudah sgt nk mngelupas. btol ke eja tu? faham faham je la. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh insyaAllah yg ni okay kot Mek, sebab mai pakai mmg lembab, dan smooth je gosok bibir ,tak rasa kesat langsung, hahaha, mmg testimoni jujur ni,hahaha.

      Delete
  11. Hahahaa tergelak pula akak tengok gambar mai gigit bibir. Hahahahaa comel pun ada. Kelakar pun ada. Hihihihi

    Warna merah mengaum nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nak tiru tp tak jadi pula :P

      Tu la ,merah ang ang org kedah kata,hahaha

      Delete