Assalamualaikum. Hi.
Aku tak tahu apa definisi cantik bagi seorang perempuan? Yang aku tahu orang menganggap hidung mancung dan kecil itu cantik dan sempurna dan begitulah sebaliknya. Rasanya masyarakat memang suka hidung mancung sejak dulu kala lagi, kalau tidak tak muncullah kata kata 'Hidung mancung bak seludang', ye dok? Yang hidung tak mancung ni disindir-sindir pula dengan kata-kata, "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", haa amek kau, dah la tak mancung hidung tu, siap ada peribahasa tak elok pula, HAHAHAHAHAHA.
Aku dari zaman sekolah dah start kena ejek 'hidung'. Waktu tu budak lagi aku tak faham kenapa jadi tak ada effect sangat. Tapi bila dah meningkat belasan tahun, sometimes 'kawan-kawan' aku sendiri seakan menyindir, masa tu aku dah semakin faham apa yang dunia ni nak, kesempurnaan. Masa tu tahap keyakinan diri aku merudum jatuh, jalan pun tunduk je, sampai jadi bongkok, entah apa-apa.
Bukan aku sahaja yang pernah rasa macam ni, Siti Sarah penyanyi tu pun pernah kena ejek sampai sekarang tau. Mulut manusia tak boleh nak tutup. Tambah-tambah Sarah public figure, sampai ke komen instagram orang sanggup komen menghina. Aku tak faham betul pemikiran manusia yang suka menghina rupa orang lain ni, kenapa dia boleh terfikir nak cakap macam tu pada manusia lain? Tinggi betul diorang punya keyakinan diri sampai dia yakin dia layak menghina orang,
Sumber : http://www.rotikaya.com/siti-sarah-sedih-peminat-sering-kutuk-sebab-hidung/ |
Mengatakan orang lain hodoh tidak menjadikan kamu cantik.
Tapi sekarang aku ambil keputusan untuk tidak peduli lagi dengan komen negatif manusia. Manusia selalu nakkan kesempurnaan tapi mereka sendiri pun tak sesempurna mana pun. Bila aku belajar bersyukur dengan pemberian Allah, aku dah hilang rasa malu tak kena tempat dan keyakinan diri yang punah tu aku bentuk semula perlahan-lahan.
Bukan senang nak bentuk semula keyakinan diri yang musnah. Perkara pertama aku buat adalah eliminate semua unsur negatif dalam hidup aku termasuk 'kawan' yang suka menjatuhkan semangat aku. Jauhkan diri dan elakkan bersembang dengan mereka yang suka mengata penampilan orang lain. Kemudian aku belajar untuk sayang dan menghargai diri aku sendiri. Semua part tubuh badan kita adalah sekadar pinjaman dari Tuhan, bersyukurlah dan hargailah. Tak perlu pun nose job semua tu, hahahaha, kalau nak tampil berbeza sikit boleh buat shading hidung semasa make up.
Sumber : Licktga.com |
Untuk buat shading hidung aku guna celak Obuse kening je, hahahaha, boleh beli kat pasar malam harga RM8.00. Rujuk gambar di atas, aku guna yang tengah tu. Tapi kalau jenis kulit putih boleh pakai yg kiri sekali, jangan pakai yang hitam pula nanti jadi kuda belang muka tu, hahahaha. So lepas shading akan jadi macam bawah, hahahaha.
Aku cuma buat shading bila aku rasa nak buat shading dan semata-mata sebab aku suka make up, bukan sebab nak tutup bentuk hidung aku. Aku dah tak malu lagi untuk mengaku aku seorang perempuan Melayu yang tidak berhidung mancung. I am a REAL girl. Aku bangga dan sayang diri aku sendiri. Kesimpulannya, tak kisahlah hidung besar ke kecik ke, bulat ke mancung ke, semua orang adalah cantik dengan caranya sendiri.
So korang pernah tak kena ejek? Macam mana korang hadapi ejekan tersebut?
9 Comments
Jenis ignore jak mai.. Kata kwn unni if org ejek kita sebab kekurangkn kita, macam ejek hidup besar sama sperti mhina ciptaan Allah. Wallahualam, ignore jak.. Hihihi.. Btw suka header mai tu, comel la
ReplyDeletesaya pun tak berhidung mancung :D
ReplyDeleteMama selalu cakap, biar depa cakap hidung besar. Hidung besar senang nak bernafas :P
ReplyDeleteBiarlah cantik di mata cantik di hati.
ReplyDeleteBersyukur dengan kurnian Tuhan.
Terima kasih ya pendapat semua :D
ReplyDeleteManusia memang suka menghina.. Perasan diri cantik sangat.. Akak pernah merasainya dan sampai sekarang rasa tu masih ada.. Kita kena yakin dengan diri kita dan kecantikan yang paling utama ialah di mata Allah..
ReplyDeleteBetul tu kak sha, yg paling utama adalah pada pandangan Allah.
Deleteu pretty :)
ReplyDeleteThanks dear :)
Delete