Elakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Rogol.


Lately ni viral dengan kejadian dimana perempuan menjadi mangsa kekerasan fizikal dan juga, dalam negara juga kat luar sana. Naik takut membacanya...

Kes baru luar negara yang berlaku di Afganistan betul-betul buat aku sakit hati. Seorang mangsa rogol pergi buat report polis pasal kes rogol dia, then polis tu suruh bapak dia tunggu kat luar, dan dia diminta masuk ke satu bilik untuk bagi keterangan. Tahu apa jadi? Dalam bilik tu dia dirogol pula oleh polis yang sepatutnya membela nasib dia! Diugut pula supaya tak menceritakan pada orang lain. Ya Allah sakitnya hati aku ni, tak terbayang perasaan mangsa tu. 

Kes dalam negara, berlaku di Kajang, seorang peguam ditahan kerana cubaan mencabul gadis 22 tahun. Bukan seorang, dua orang student dia cuba nasib jahat dia tu... Pemangsanya bukan calang-calang orang, peguam pula tu...

Sumber: The Sun, November 9, 2016

Kisah seorang penumpang yang cuba dicabul oleh pemandu grab car sangat mengejutkan aku. Sebabnya aku memang memilih khidmat grab car memandangkan harga perkhidmatannya lagi murah dan mudah sebab dengan satu klik je aku boleh pilih driver. Alhamdulillah pemandu pervert tu dahpun dibuang oleh pihak Grab supaya kes ini tidak lagi berulang.

Sumber : http://www.ohbulan.com/dia-keluarkan-kemaluan-wanita-ini-kongsi-detik-cemas-hampir-dicabul-pemandu-grabcar/

Cerita aku sendiri? Ada suatu pagi jam 0400, aku baru turun bas dari Kulim kat Shah Alam, so aku ambil teksi untuk ke rumah sewa aku. Dalam teksi tu pakcik tu aku anggar umur macam 40an, mula-mula bercerita pasal hantu. Aku jenis tak takut hantu jadi aku ketawa jelah memandangkan aku masih mengantuk sebenarnya nak layan cerita pakcik tu. Maybe cubaan dia nak takutkan aku tak berjaya, dia tanya aku soalan cepumas, "Adik, kalau orang tu rogol perempuan, doktor check boleh kenal pasti tak sapa perogol tu?" Tudiaa terbeliak mata aku yang mengantuk tadi, dan berharap cepat sampai. Alhamdulillah tak jadi apa-apa pun, cuma agak sereyau jugaklah masa atas teksi tu.

So back to my main reason of writing this entry, Aku nak share beberapa tips dan doa yang boleh digunapakai untuk mengelakkan diri dari dirogol, moga boleh dimanfaatkan.

Tips Elakkan Diri Dari Dirogol

1. Berpakaian sopan dan menutup aurat
Begitulah hikmahnya apabila Allah memerintahkan kita untuk melakukan sesuatu.Walaupun begitu, jika masih perempuan itu seksi sekalipun tetap siapa pun tiada hak untuk merogolnya. 

2. Berdoa kepada Allah
Apabila Allah menjaga kita pasti tiada siapa yang dapat melakukan kejahatan keatas kita. Biasakan diri membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah. Boleh juga amalkan doa doa dibawah:

 بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ
 عَلَىَّ الْكَافِرَ
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim
3. Mempelajari seni mempertahankan diri 
Silat paling sesuai untuk perempuan, sangat disyorkan untuk try Silat Cekak Hanafi. Tak nak silat boleh try taekwondo, judo, karate

4.  Semburan Lada
Takdak lada perfume pun boleh...

5.  Elakkan dari mengikut lorong atau jalan yang sunyi seorang diri
Kalau terdesak sangat bawa la kawan, tapi seeloknya pilihlah jalan yang ramai manusia...

6. Send Detail Teksi / Grabcar kepada saudara terdekat
Lepas naik je Teksi/Grabcar , send detail mcm nama pemandu, no plat, dan lokasi naik dan destinasi kat saudara terdekat, aku selalu bt macam tu, naik je terus aku inform group family terus, hahaha, bukan apa, lebih baik berjaga-jaga.

Sumber: Sini & Sini & idea sendiri juga, Hahaha.

Okay? Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah.

Post a Comment

7 Comments

  1. tutup aurat yang sempurna tu lebih utama :) if kita jaga maruah kita sendri .. Allah akn setiasa jaga kita.. Wallahualam.. nice info mai.. doa tu tebaik la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, tapi geram dengan sesetengah orang yang selalu salahkan pemakaian perempuan bila dirogol, teruk sgt pemikiran tu, boleh memberi imej buruk kepada Islam juga.

      hehehe, semoga bermanfaat apa yg dishare :D

      Delete
  2. Adoii seram betul dunia sekarang.. Kak Mai tak bukak langkah ke bagi penumbuk kat pakcik tu.. Ish miang betol,geramnyaa lahai !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miang kan, ade ke soalan gitu dia tanya pukul 4 pagi.

      Delete
  3. bahayanya org teksi tu, nasib baik takde pape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, alhamdulillah selamat hari tu, tp mmg mendebarkan...

      Delete
  4. Perkongsian yang bagus Mai..

    ReplyDelete