Denda Zaman Sekolah


Zaman sekolah memang kita tak dapat lari dari kena denda, tu salah satu asam garam yang membentuk kita hari ini, kan? Eh ada orang yang tak pernah kena denda? Kena denda ni kalau sorang-sorang tanggung, malu beb, tapi kalau tanggung dengan geng, jadi kelakar balik. Lepas baca kisah denda zaman sekolah dari blog Adieb, tergelak aku sorang-sorang sebab kelakar jenis denda sekolah dia, teringat pula dengan kisah denda sekolah aku dulu, kekeke. 

Masa sekolah rendah ni aku macam kategori budak nerd la gitu. So seingat aku tak ada aku kena denda tapi sekolah rendah aku dulu tu sendiri yang pernah ada kes sampai masuk surat khabar. Apa dendanya tuh? Alaa students yang bising masa perhimpunan, cikgu suruh naik ke pentas dan salotape mulut depa, lepas tu parents yang tak puas hati teruslah pergi report sampai masuk newspaper. Aku tak kena pun, see budak baik memang tak kena, wekk wekk.

Then, masuklah aku ke sekolah menengah harian. Kat sini aku bagaikan kelaut sebentar, bukan pengaruh kawan-kawan, tak baik tau salahkan orang lain, tapi biasalah pengaruh darah muda. Nakal jugalah aku masa ni.

Berdiri depan perhimpunan
Yap, nama aku dipanggil berdiri depan perhimpuan, malu bakhang. Kesalahan aku keluar kelas tanpa keizinan ketua kelas masa cikgu takda. Padahal aku pergi tolong cikgu lain, ego kan, malaslah nak bagitau ketua kelas masa nak keluar tu, so nama aku ditulis dalam buku kesalahan kelas. Kahkahkah. 

Berdiri depan kelas senior
Yang ini tahap malu tu lagi besar dari berdiri depan perhimpunan. Damn! Hahaha. Kesalahan aku adalah aku ponteng latihan rumah sukan sekolah. Aku rumah biru masa kejadian, dan aku memang sengaja tak datang pun. Aku tak suka dan benci sangat hari sukan, tetambah latihan sukan. Sebab aku lembik. Aku pernah lumba lari, semua geng badan besar tau, aku paling kecik, dan akhirnya aku number last, dah la last, diorang dah patah balik, aku masih kat track asal,tak pusing lagi, Malu, dan kena gelak, so lepas tu aku redho je apa jua denda aku hadapi je dengan tabah.

Dekat sekolah berasrama ni bestnya? Kena denda beramai-ramai, banyak sungguh kenangan indah yang aku masih ingat (masa kena tu tak indahlah, malu), dan juga kenangan buruk yang aku cuba nak lupa.

Berdiri luar lab beramai-ramai
Kami kena berdiri kat luar lab beramai-ramai ni aku tak ingat kenapa, antara sebab kami main dalam lab ataupun kami lambat pergi lab ataupun keduannya sekali. Berdiri tengah panas weh, sepet je mata memasing sambil berdoa hati cikgu sejuk cepat-cepat.

Keretaapi pusing bangunan akademik
Ni denda sebab lambat jawab dan tak hafal periodic table, ahaaa, mesti dapat teka subjek apa kan. Hahaha, tapi kami layankan aje, sebab cikgu kami comel sangat.

Denda buat pembetulan addmath sepuluh kali
Failed add math? Ini makannya. Dah la failed, lepas tu kena buat pembetulan sebanyak sepuluh kali full jalan kerja untuk satu soalan yang salah. Dah kalau aku failed tu agaknya berapa soalan total? Add math pula tu, satu soalan je berpinar otak aku, lepas tu berjela haa solutions dia. Padan muka aku, sapa suruh failed,kahkahkah. Sayang juga cikgu addmath aku ni, akhirnya pada spm aku happy ending, yeay!

Nama dipanggil waktu perhimpunan sekolah sebab tak kemas katil
Nama aku ni boleh dikatakan setiap kali ada spotcheck, setiap kali tu lah aku kena panggil. Katakan seminggu spotcheck minggu tu 5 hari seminggu, deret lah lima hari nama aku dipanggil. Naik tebal muka aku. Masalahnya, bukan aku tak kemas, cadar aku tu kerenyok sebab aku iron panas sangat sampai berkedut merekot, so nampak tak kemas la walaupun aku tarik siap tegang letak jarum sekalipun. Aiyaa, lama-lama aku dah hilang rasa malu tu, lantak kome lah pengawas oi.

Semua kisah denda tu berlaku kat bangunan akademik yakni sekolah lah. 

Kat asrama pula apa yang pernah terjadi? Jeng jeng jeng.

Disimbah air dua baldi oleh warden
Aku ni jenis tidur mati, sampai sekarang aku tidur mati. Kalau dah orang kejut pun aku ambil masa untuk sedar ke alam nyata, lambat. Kejadian ini salah aku sebenarnya sebab aku tidur masa riadah petang. Malang bagi aku sebab haritu ada spotcheck dari warden. Siap bawak baldi engko rasa? Aku kena simbah sebaldi masa duk sedap tidoq atas katil. Aku celik mata, mimpi kot, aku pun pusing badan ke belah dinding, peluk bantal sambung tidur. Tiba-tiba aku kena tarik oleh seseorang. Aku disuruh bertinggung depan pintu bilik, dan disimbah lagi sekali. Kali ni baru aku sedar apa yang terjadi. Aku ingat lagi muka pengawas junior yang ikut warden tu bertugas,kerek gila menjeling sinis dekat aku, cis, tagune! Malam tu aku tidur kesedihan diatas tilam lembab.

Lari keliling sekolah pada pagi jumaat
Ceritanya aku tak pergi jemaah subuh tu, dan kantoi pula. So pagi yang indah tu, aku dengan beberapa budak yang sembahyang kat dorm je pagi tu dikenakan denda lari keliling sekolah, dan semua orang tahu kesalahan kami. Masa ronda tu aku nampak crush aku senyum kat aku, rasa nak letak muka dalam tanah, dan aku dapat tahu crush aku tu imam subuh, benamkan muka ketanah lebih dalam!

Jalan itik keliling asrama
Denda ni satu asrama kena buat disebabkan beberapa orang yang tak ambil baju kat ampaian selepas pukul 7 malam. Ish geramnya aku, tapi bila dah kena denda beramai-ramai ni mestila ada geng kan. Kitorang bergelak ketawa je sambil jadi itik tu. kekeke.


Aigooo..Apalah perangai seorang aku pada suatu masa dahulu. hahaha. Aku tak pernah ambil hati pun dengan cikgu-cikgu dan warden yang pernah denda aku, tapi aku sayang je dengan semua. Kena denda sebab nakal, memang patutlah kan. 

Tapi ada satu kisah yang sangat aku tak dapat lupakan. Nak kata aku tak maafkan, aku dah maafkan dah, tapi aku masih marah dan tak setuju kalau denda serupa ni terus dijalankan, sbb aku rasa denda ni sangat bodoh dan tinggalkan rasa geli, macam nightmare pada aku. Nak tahu?

Kisah berlaku di aspuri. Dikendalikan oleh beberapa pelajar yg ada kuasa, aku sebut kat sini sebagai 'pengawas' je okay. Kisahnya berlaku pada satu senja yang malang.

Pelajar yang boleh solat semuanya pergi ke surau, yang 'cuti' pula duduk lah di bilik study kat bawah asrama tu, baca mathurat. Tapi senja tu kali semua dikumpulkan kat tanah lapang a.k.a tempat sidai baju. 

Dah kenapa maghrib-maghrib ni kena berdiri kat ampaian pula. Aku dah rasa tak sedap hati. Tiba-tiba datang seorang pengawas tu bagitau kami didenda sebab ada orang tak cuci pad dia dengan betul dan tak buang dalam tong yg disediakan. Tandas itu adalah ditingkat 1, sedangkan aku duduk tingkat 3, dan ramai lagi yang tak bersalah macam aku ni naik geramlah, dah kenapa sebab ni kami kena panggil kesini.

Pengawas tu kemudiannya minta pemilik pad tu mengaku siapa punya. Dah terang lagi bersuluh la pemilik tu takkan mengaku punya, adoiyai. Siap ugut lagi tau nak perah asam limau atas pad tu. Dah tahyul mahyul lagi karut pula dah.

Setelah beberapa ketika kami kena tunggu kat situ, sorang pengawas datang bawa baldi penuh air, dan diorang campur semua pad BERDARAH tu dalam baldi tu, dan diorang perah limau yang aku tak tahu apa fungsinya.

Setiap orang kena celup tangan dalam tu.
Bengong tak denda tu?

So itulah denda paling bengong dalam sejarah hidup aku.

Hahaha, tragis kan kisah denda yang last ni, cis aku pun geli. Sebab tu aku tak boleh nak lupa sangat dengan kisah tu...

Post a Comment

15 Comments

  1. Akak pun pernah kena denda keliling bangunan sekolah. Habis pusing kena rotan huhu.. satu kelas kena.

    ReplyDelete
  2. kena simbah air tu paling tak blh lupa.... Unni nyenyak tido time latihan kecemasan kebakaran dijalan.. subuh2 kena air sebaldi... tpi kenangan Tu buat kita tersenyum hari ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha unni pon penah kena ke, hahaha...betul tu, kelakar.

      Delete
  3. Bnyk jugak kne denda ye .. Mek dlu skolah jrg kne denda. Klau kne pn yg brdiri dlm klas. Gtu je la.

    Tpkan, agk agk klau buat cmtu skang, mahu skolahh tu jd viral

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah skrg ni zaman viral, susah cikgu nk mengajor pun..

      Delete
  4. Zaman sekarang kalau budak2 kena denda berdiri dalam kelas pun ade parents yang tak puas hati. Padahal kita dlu lagi teruk kena kan. Zaman dah berubah

    Dan denda yang last tu memang xleh tahan. Celop dua2 tangan ke?mesti lepas tu makan guna sudu je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celup tangan kiri je tapi jijik tu rasa smpai ke harini.

      Delete
  5. seram betul nak kena masukkan tangan dalam baldi berdarah tu haha.. jiwa kental jugak lah kak mai nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kental tak kental sgt tapi masa tu tak pandai melawan lagi...

      Delete
  6. Lawak baca waktu Mai sambung tidur lepas kena simbah.. Bertuahnya Mai. Hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la, mesti cikgu tu panas je masa tu. adoi...

      Delete
  7. DENDA TERUK tu dah mcm apa je, tak patot la kotor darah tu sdg Tuhan suh jauhi pompuan haid ni, apatah nak main sentuh2 darah tu.

    Btw, sy dulu jugak seorang pengawas but takda pun denda sampai cemni, nak ckp perah asam limau atas pad pun tak penah terlintas apatah nak suh celup tgn dlm tu eewwwww. Paling teruk denda skolah dulu kena berdiri dpn student laki (sbb skolah sy asing laki pompuan), tu je la plg teruk kot. hahaha, kenangan semua tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Shafuhan, geram betul dengan denda tu, sampai skrg tak boleh lupa...

      Delete
  8. Yg last tu kotor giler..
    Mana ada pesalah yg nak mengaku dia buat salah..
    Kotor betul perangai pengawas tu..

    ReplyDelete