Alamak cabaran ni tersasar waktu lagi, hahaha. Anggap jelah aku post dihari yang betul okay. Bukan apa, selain sibuk, tajuk cabaran kali ni susah sangat. Cabaran #10 meminta aku untuk post mengenai vision board. First time aku dengar pasal vision board ni sebenarnya, lepas google barulah aku tahu, fungsi board biru kat depan meja belajar kolej UiTM tu rupanya. Aku tak pernah guna pun, hahahaha.
APA ITU VISION BOARD
Vision board ini adalah satu papan yang kita boleh tampal segala perkara yang kita targetkan nak capai. Tak kiralah keratan akhbar, majalah, tulisan quotes menarik, gambar parents sebagai booster motivasi, atau apa sahajalah yang boleh menaikkan semangat kita dan mengingatkan kita pasal visi yang kita nak capai dalam hidup.
Kita boleh buat d.i.y je tau. Vision board diy ni boleh guna softboard, whiteboard, playwood, ataupun paling simple, murah dan sempoi, guna manila card je. Tampal didinding yang kita selalu nampak misalnya kat tepi atau hujung katil.
Lumrah lah manusia cepat lupa, so setiap kali nampak vision board ni, teringatlah balik tentang apa yang kita perlu lakukan untuk capai visi dan misi kita. Selain tu sifat manusia ni sukakan kecantikkan, so hiaslah vision board tu comel-comel supaya kita bersemangat nak tengok. Contohnya kalau tahu tulisan tu cakar ayam sampai diri sendiri tak boleh baca, type, print dan tampal.
Vision board jenis ni perlu diupdate setiap minggu, ringkas tapi comel |
Vision board untuk orang yang target nak turunkan berat badan, wow. |
Vision board jenis himpunkan gambar macam ni aku rasa vision board untuk travel kot, hahaha, memandai je, tapi cutekan... |
Selepas tulis entry ni aku rasa aku nak buat vision board jugalah. Adakah selepas baca entry ini korang pun rasa yang sama?
3 Comments
alamak.. Unni pun da lupa la :(.. hahahaha..jauh lagi tersasar
ReplyDeleteselamat mengharungi cabaran ini!
ReplyDeletevision board ni mcm visi dan misi kita la kot kan. impian ke wishlist ke dan seangkatan dengannya.
ReplyDelete