Alamak, kena tulis resepi ke? Mana aku terer memasak sangat pun, bolehla cincai-cintai lauk bujang, ahahaha. So resepi apakah yang aku nak kongsi pada cabaran kedua ini. Fuh, lap peluh jap, fikir, fikir!! Resepi spaghetti olio, okay? Selain senang disediakan oleh students, senang juga untuk mak mak yang busy tapi nak masak yang sedap dan terbaik untuk family.
Bahan-bahannya:
- Spaghetti secukup rasa direbus sampai lembut.
- Sebiji bawang holland
- Bawang putih sikit *potong dadu
- Udang segar secukup rasa dan bajet poket, kekekeke
- Sotong segar secukup rasa dan juga mengikut bajet poket anda, lalala
- Cendawan butang
- Ayam bahagian dada dipotong kiub
- Kobis sikit (suka makan sayur! yeay)
- Butter
- Gula dan garam
- 3 batang cili api (Kalau nak pedas)
- Serbuk lada hitam
Cara-caranya:
- Panaskan butter, tumis bawang putih sampai keemasan ke kekuningan ke, macam tu lah rupanya.
- Masukkan bawang holland, cili (kalau nak pedas) dan kobis sikit, biar sampai layu.
- Masukkan ayam dengan sotong, tunggu masak sikit, baru masukkan udang, kemudian cendawan.
- Lepastu masukkan spaghetti, gaul rata.
- Perisakan dengan garam dan gula, dan serbuk lada hitam.
- Sambung kacau lagi.
- Tutup api dan hidangkan panas-panas.
Korang cubalah!
17 Comments
macam best ja cabaran ni. hehe. btw tq recipe!
ReplyDeleteBest sebab boleh bagi idea untuk update setiap hari, hihihi...u're welcome :D
DeleteTk prnah buat spageti tp boleh try ni.
ReplyDeleteHihihi try la nnt mek..
DeleteNAK jugak la buat.. masih blh update ka ni..hahahahah.. update satu entry je
ReplyDeleteHahahah update ajeeee Unni :P
DeleteFavourite siqah, aglio olio:)
ReplyDeleteMenarik nampak cabaran 30 blogging ni. Nak join jugak boleh? Hee. Tapi mungkin ikut dan je topik yang ada 😊
Jom la join kak SiQah, hantammm saja...hahaha
Deletekalau student menu mcm ni memang simple. akak pun kalau malas sgt masak ni je kenyang jugak. Macam best pulak cabaran 30 hari tu tapi akak takut sekerat jalan je haha..
ReplyDeleteMai pun takut sekerat jalan jugak, tp join je,hahaha
Deleterajinnya cik mai memasak hihi
ReplyDeleteHihihi memasak boleh jimatkan duit, tp tgklah tahap kerajiran, kekekeke, pasal soalan kt cbox tu, takpe,dont worry ok,dh settle dh..hehehee
Deletefuiyoo.. kak mai bagi resepi laa, mcm senang je nak buat.
ReplyDeleteSenang je Nana. trylah!
DeleteNak cuba lah resepi ni nanti. Terima kasih ye..:)
ReplyDeletehihihi, samasama kasih.
DeleteSuka.. Suka..
ReplyDeleteTapi xde gambar ke Mai.. Hahaha.. Boleh jamu mata..