Cabaran 30 Hari Blogging | Kenapa saya suka tulis blog?



Assalamualaikum, hi. Akhirnya cabaran 30 hari blogging dah sampai ke penyudahnya. Tak sangka sekejap benar masa berlalu. Seronok juga ada cabaran macam ni, at least dalam sehari tu berupdate juga blog ini. Jadi kalau nak baca cerita lain dalam Cabaran 30 Hari Blogging Mayy boleh klik SINI.

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG 

Kerana aku suka menulis! Itu jawapan paling tepat yang boleh aku fikirkan. Kerana aku lagi lancar menulis berbanding bercakap. Menulis adalah ruang aku mengekspresikan segala perasaan aku dan juga ruang escapism aku dari dunia sebenar yang serabut!

Masa di sekolah dulu aku suka menulis atas kertas A4 kosong. Aku ludah semua kesedihan dan perasaan negatif atas sekeping kertas itu dan kemudia aku akan koyak dan hapuskan dalam tong sampah. Psiko? Tak. Tapi aku rasa lega bila aku buat begitu, at least aku tidak menyakiti perasaan orang dengan kata-kataku. 

Kemudian bila aku dah masuk sekolah menengah, aku buat satu jurnal tentang hidup aku, impian aku, lagu kegemaran aku, kesedihan aku, kebahagiaan aku. Aku hias cantik-cantik sambil menulis. Aku rasa puas bila tengok jurnal aku cantik walaupun aku tak kreatif pun.

jurnal harian

Habis SPM aku terbang ke Langkawi untuk jadi babysitter anak buah aku. Sebenarnya aku kesian dengan anak buah aku tu kecik-kecik dah kena duduk rumah pengasuh, so aku pun dengan rela paksa nya jadi babysitter. So pada umur aku 17 aku dah pandai handle seorang bayi baru lahir fully tau, amacam, wife material tak? Kahkahkah, gurau je. 

So kakak aku pun bagi aku satu laptop dan seketul Celcom Broadband untuk aku layan semasa anak buah aku tidur. Masa ni lah aku mula kenal blog. Aku pun buat seketul blog walaupun aku tak tau sangat fungsinya masa tu. Aku tulis je sebagai diari.

Lama-lama aku ada follower , dan bertambah dari hari ke hari. Aku dapat ramai kawan dari blog masa tu, dan aku mula rasa seronok menulis. Masa tu typical blogger newbie la blog aku penuh widget meriah baq hang, siap ada lagu autoplay deraih rock pulak tu. HAHAHAHA.

Sampai sekarang aku masih enjoy berblog sebagai jurnal harian aku dan nanti tua aku boleh baca balik. Ada banyak kisah cinta dulu yang aku tulis tapi sekarang aku dah set sebagai draft balik. Bukan apa dah tua-tua ni malas nak merepek macam dulu, tapi maybe lepas kahwin aku akan publish balik nanti anak-anak masa depan boleh baca macam mana pak depa duk mengorat mak depa. Kahkahkah.

Aku sampai sekarang tak da rasa nak berblog perkara yang serius atau berinfomasi semata-mata sepanjang masa. Kalau nak cari benda tu pergilah baca blog ilmiah kan banyak. Aku menulis untuk jadi diri aku sendiri. Kalau orang suka aku gembira kalau orang tak suka takkan aku nak paksa. Yang penting jangan selfish dan menulis entry semata-mata nak kutuk cara penulisan atau kekurangan blogger lain, kalau rasa kita dah pandai, kita kongsi, baru boleh bertahan lama dalam dunia blog ni.

Kalau takda follower, takda reader, memang masih boleh berblog, tapi KOSONG. HAMBAR. Jadi terima kasih para followers, readers (kadang-kadang kawan aku yang takda blog msg minta link blog aku), dan sesiapa sahaja yang tersinggah lalu melekat dan jatuh cinta dengan blog aku tanpa sengaja. Aku sangat hargai korang semua. Terima kasih. Muahciked. 💋 (Sejak pakai shadedough ni nak muahciked je)

Post a Comment

3 Comments

  1. alhmdulilah.. tahniah mai habiskan cabaran terdahulu... Unni bru nak mula mengarang. huhuhuhu.. btw songkong sgt dgn mai berterimah kasih deng follower n readers tnpa merka sapa la kita kan :)ala bru nk baca kisah2 cinta tu rupanya da masuk draft.. teruskan menulis mai yang boleh mbawa manfaat kerana setiap ilmu y kita share smpai akhirat kita bawa :) In sha Allah

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat menyelesaikan cabaran 30 hari blogging dengan jayanya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mai dah berjaya habiskan cabaran.. Baru tau kenapa Mai mula berblog.. Ohsem!!

    ReplyDelete