Beruang Matahari vs Panda


Siapa suka teddy bear? Mesti ramaikan suka, sebab bear ni comel, tak kira jenis apa pun semua comel. Dalam dunia ni, species beruang yang masih wujud tinggal lapan je, beruang hitam asia, beruang hitam, beruang cokelat, beruang kutub, sloth, beruang spectacled, beruang matahari dan panda.

So mari kita bercerita pasal fakta mengenai dua jenis beruang yang popular kat Malaysia ni, hahaha. Pastinya pasal beruang matahari dan beruang panda yang comel tu. 

  10 FAKTA MENGENAI BERUANG MATAHARI (SUNBEAR)
atototo tomeynya dia tidoq
1. Nama scientific : Helarctos malayanus
2. Mereka juga dikenali sebagai beruang madu.
3. Beruang matahari adalah beruang paling kecil antara lapan species beruang lain.
4. Beruang matahari bersifat pemalu dan menyendiri, tapi pandai menjelajah.
5. Dipanggil beruang matahari kerana mereka mempunyai tanda/tompok oren seperti matahari yang sedang terbit.
6. Memiliki lidah yang sangat panjang melebihi 25 cm sesuai untuk mereka mendapatkan madu dari sarang lebah di pepohonan.
7. Terdapat di pulau Borneo,Sumatera,Indocina, Cina Selatan,Burma, serta Semenanjung Malaysia, jadi mereka tidak memerlukan masa hibernasi seperti beruang lain yang tinggal di wilayah empat musim.
8. Mereka aktif pada malam hari.
9. Dalam satu hari seekor beruang madu berjalan rata-rata 8 km untuk mencari makanannya.
10. Bayi beruang madu tinggal bersama induknya hingga berusia dua tahun dan kemudian mulai hidup secara mandiri.

10 FAKTA MENGENAI BERUANG PANDA
alololo ni pun cute juga ni
1. Nama scientific :  Ailuropada Melanoleuca
2. Pernah dikenali sebagai beruang belang, hahaha sekarang tak dah kut. 
3. Panda besar beratnya antara 70-150kg 
4. Sifat panda adalah sinonim dengan MALAS kerana dia hanya tidur dan bangun untuk makan.
5. Ciri-ciri khususnya yang unik dengan lingkaran berwarna bulat pada area mata, serta badan yang sangat comel.
6. Panda merupakan lambang Wold Wildlife Fund (WWF) . 
7. Panda liar hanya hidup di daerah terpencil, yaitu kawasan pegunungan di Tiongkok bahagian Tengah. Hutan-hutan buluh yang berada di area tinggi ini berudara dingin dan lembab, merupakan area yang disukai oleh panda. Di musim panas, panda kemungkinan dapat naik setinggi 3.962 meter untuk mencari makananan pada lereng yang lebih tinggi.
8. Hayat hidup panda di alam liar adalah sekitar 20 tahun. Sedangkan Panda yang dibela mungkin dapat hidup 25 hingga 30 tahun.
9. Memerlukan lebih kurang 12.5kg buluh sehari untuk makanan.
10. Anak panda selalu terbunuh akibat ditindik oleh induknya semasa tidur.

Aduhai, macam-macam fakta menarik mengenai panda dan beruang matahari yang kita dapat tahu harini. Comelkan dua makhluk ni, korang nak tak 'adopt' sekor letak kat rumah, hari-hari boleh peluk. WWF Malaysia bagi peluang untuk 'adopt' dua makhluk comel ni.

Apa tak percaya? 

Post a Comment

9 Comments

  1. wahh, great info sis! comel nyaaa dua dua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, masing2 unik dengan cara sendiri kan..

      Delete
  2. beruang madu ni ada pusat pemeriharaan kat sabah.. comel!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius la Unni, so boleh pergi tengok real la...bestnya!!

      Delete
  3. 2 - 2 comel !!! dapat gomol nih best.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha gebu je, peluk kucing pun best kalau beruang ni tk taulah rasa apa.hahaha

      Delete
  4. busyra suka beruang panda. sbb dia cute.! hehe

    ReplyDelete
  5. Panda jugak plihan hati :)

    ReplyDelete
  6. Eh!! Ada e beruang spectacle.. Macam unik je..

    ReplyDelete