Ada orang...

Ada orang sifatnya minimalist,
Warnanya cuma hitam dan putih,
Dia rasa bersih, dia rasa lapang,
Dan dia senang.

Ada orang lain pula hidupnya penuh berwarna,
Malah lebih meriah dari pelangi,
Dia rasa ceria, dia rasa indah,
Ya, dan dia juga senang.

Begitulah pula adanya orang yang katanya lurus,
serius dan tidak kelakar,
dia menganggap orang kelakar itu bodoh.

Dan ada juga orang kelakar,
Selalu tertawa dan sedihnya cuma bila sendiri,
dia menganggap orang serius itu rugi.

Mengapa kita hidup dalam dunia ini suka menghakimi orang lain? Jika cara mereka berbeza, tak salah kita cuba untuk menerima. Mereka juga mungkin sedang berusaha untuk menerima cara kita, walau susah mereka tak bising, tak ungkit.

"Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau"

Jika tak suka cara orang lain berblog, jangan masuk blog orang kemudian kritik dan hentam genre dan cara penulisannya. Mungkin tak berisi bagi kita, tapi bermakna untuk dia.

Sekadar berpesan.

Post a Comment

16 Comments

  1. Sangat setuju. Terkadang sentap gak tetiba org terjah blog kita dan komen menegur cara penulisan kita selama ini.

    ReplyDelete
  2. nice one. lain org lain cara kan. be positive :)

    ReplyDelete
  3. Lumrah sesetengah manusia suka menghakimi, abaikan sahaja pemikiran negatif macam tu.
    Setiap pemikiran manusia berbeza, jadi kita kenalah hormati cara pemikiran orang lain.

    ReplyDelete
  4. Betul tu.... actually, orang orang ni jugak yg mewarnai hari hari kita semua....

    tengok macam2 kerenah..... kdg2 marah jugak2, kadang2 tgk, senyum2 sinis gituuuu~

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Tak salah nak bagi pendapat. Tpi kena faham pendapat dan hentaman kritikan ni berbeza, maksud tak sama bahkan ejaan juga lain2

    ReplyDelete
  6. Setuju, ada mata melihat ada mulut membaca bukan mengondem, tapi biasalah manusia ada je yang xpuas hati.

    ReplyDelete
  7. Ade ke yg kritik penulisan? Tp mek prnh kne jugak. Mek suka komen komen entry org, pastu ad jgk duk ckp sapa la ayunie ramli ni. Suka sgt komen. Seeking attention ka ap. Tp bg mek, mek komen bkn sbb nk attention. Mek komen tnda mek bace. Mek komen sbb mek concern dgn entry korang tulis :) korang nk komen tk nk komen entry mek tu korang pny pasal :) yg pnting, mek slesa dgn cara mek blogging :) wihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Mai suka readers macam mek, selalu berkongsi idea dan pendapat, barulah rasa tak syok sendiri dengan penulisan tu, kan...ada input tambahan dan respons dari orang lain, baru best.

      Delete
  8. Terima kasih semua sebab menyokong saya selama ni, you guys rock!

    ReplyDelete
  9. setuju!!!! hehe entry ni sangat betul :P mohon terasa.

    ReplyDelete
  10. la ada jgk org mcm ni. mengkritik sja tau. apa kata kita sama2 blogger saling sokong antara satu sama lain. bagi busyra setiap blog pasti ada istimewa tersendiri. sma macam blog mai. busyra suka sebab ada kelebihan tersendiri.

    ReplyDelete
  11. Yes betul tu busyra, sapa nk support blogger kalau bukan blogger sendirikan. hihihi. thanks, mai pun suka baca blog busyra...

    ReplyDelete
  12. Suka part yg last..
    Kalau xde perbezaan xde lah warna dalam dunia nie..
    Perbezaan tu yg melengkapi kita..
    Nice write Mai..

    ReplyDelete
  13. Lumrah manusia.. Cuba ambil ape yang mereka kritik tu as positive thinking. Mana yang boleh perbetulkan.. Kita betulkan. Kalau rasa komen terlalu over dan tidak masuk akal, entah hape2, delete je lepas tu kalau blh block, block.

    Tapi betul cakap mai.. Kalau tak suka, tak perlu terjah..

    ReplyDelete