Assalamualaikum, ececeh speaking plak kat tajuk. Excited lagi, hari-hari aku excited nak cerita pengalaman baru. Lepas baca entry Hamka mengenai pendokumenan pengalaman (baca sini), aku lagi bertambah semangat untuk update segala benda dalam blog ni, at least untuk rujukan sendiri pada masa akan datang, hehehe, korang pun sama kan?
Gambar hiasan tak memasal, hahaha. |
Actually aku dah move dari kedai perabot ke kedai perfume atas sebab kesihatan aku sendiri. Tapi aku tak sempat nak update, tapi jangan la judge aku, ahaha, aku dah cari pengganti yang lebih tough dan sihat kat kedai perabot tu. Sekarang aku masih juga seorang promoter a.k.a sales girls yang comel, tapi di kedai yang belainan.
Kedai perfume| Kedai ni lagi tough dari kedai perabot, sebab kat sini bos memang kejar sales gila-gila, sampai aku pun nak naik gila. Mana taknya, aku ni jenis cakap slow sepatah sepatah, aku tengok haritu manager habiskan ayat "Sir perfume sir, buy one free one, boleh cuba dulu kalau suka nanti datang lagi" dalam masa tiga saat.. Time aku, "Miss..perf..." Zuppp orang tu dah jauh sebatu kedepan. Adoi muka macam dah tembok cina dah.
Well ada juga kisah menyedihkan disebalik jadi promoter ni, kalau haritu viral bakal dr diperlekehkan sebab kerja kedai buku, kedai buku duduk dalam kedai weh, aku ni lari kesana sini nak bagi free perfume tester kat orang (maksudnya kerja aku bukan duduk kat kerusi tunggu customer datang baru serve), Ada yang cakap perfume aku bagi tu busuk, ada yang kerenyuk tester buang depan kedai aku, tak kurang yang jeling dan lari dari aku,hahahaha, paling best kawan aku, maybe sekarang dah ex kawan kut, malu nak mengaku kenal aku sebab kerja kat situ. Hahaha. But that's life, the ugly reality we have to adapt sebab manusia ni pelbagai jenis. | Lesson 1 learned.
Aku nasihat korang ni, lepas ni kalau promoter bagi kertas apa pun, brochures ke free tester ke korang ambil je, jangan tak ambil, tu kira kerja dia tau, kalau orang tak ambil nanti dia kena marah or anggap tak buat kerja, jadi please, ambil tau..Even taknak dengar ke taknak beli ke, ambil je brochures or free tester tu.
Lesson 2 learned | Tak sakit pun senyum kat orang. Kalau orang pernah jumpa aku tahulah panjang mana moncong aku. Aku bukan sombong, aku takut nak senyum, takut apa entah, takut orang tak balas kot. Takut malu. Takut entahpapa. Lepas kerja dalam 3 hari ni perubahan paling ketara aku adalah aku dah pandai senyum dekat strangers even lepas dah habis waktu kerja. Yeay. Bila banyak senyum ni memang comformed la reducekan stress levels aku yang overthinking tak habis ni.
Satu lagi overthinking aku adalah pasal sales. Ini adalah kali pertama aku buat sales sebab before this aku pernah kerja (masa lepas diploma dulu) kat kedai buku, kedai buku ni tak kalut nak promotes apa pun sebab kalau orang masuk sah-sahlah dia ulat buku nak beli buku,hahaha. So aku takut aku tak boleh buat. aku takut aku tak boleh kenal perfume, aku takut entahpapa lagi. Karut sungguh.
Manager yang incharges untuk trained aku adalah Zack. Kalau Zack jenis garang namatey aku dah angkat kaki dah, tapi alhamdulillah dia sangat membantu dengan ilmu dia yang power habis dalam bidang sales ni, dan penerangan terang dan jelas tentang jenis-jenis perfume. Dah tu suka betul belanja aku, hari-hari plak tu.kakakakah. *appreciationparagraph*
Hari first Zack temankan aku buat sales, so boss besar target dalam rm300-400 sehari. Aku tak buat apa-apa pun hari pertama tu, kemurungan sebab aku pemalu yakmat. Pemalu okay,bukan malu ngan kerja. Zack explained pompang pompang pun fikiran aku kelaut. Zack buat sales aku tengok je, so RM3**.00.
Hari kedua Zack masih temankan aku tapi dia tak banyak buat sales maybe dia nak aku try kot. Aku masih blur-blur kucing gitue, sales RM1**.00 je. Then petang tu Zack balik ke Kl sebab dia dh tak boleh lama kat Kulim. Malam Zack takde tu aku rasa sales aku Rm20.00 gitu je,HAHAHA.
So harini hari ketiga. Sales RM3**,00. Ya Allah maybe berkat doa makcik first customer yang aku mengadu nak berhenti (terus dia tadah tangan doakan aku murah rezeki tau), dengan sokongan kawan-kawan booth sebelah, bayangkan kedai emas sebelah, kedai jamu depan, semua bersorak bila aku ada customer, hahaha, sebab aku ni dengan overthinking aku yang entahpapa selalu duk buat muka sedih kat depa bila customer tolak aku punya free tester. Ambil jelah letak dalam handbag ke, bg wangi, buang kat tongsampah pun takpa, janji ambil, tapi kalau suka datanglah beli.
So the third lesson i've learned | Janganlah cepat putus asa. So lepas ni "I'm always willing to learn new things"and "I'm a fast learner" tu bolehlah kekalkan dalam resume.
Okaylah sampai sini saja MaiBebel kali ni.
Bye, semoga kita semua dimurahkan rezeki...
5 Comments
hehehe saya pun dah merasa... letih awak keja macam ni :((
ReplyDeletetakpe2. nnti lama2 msti lg bnyk sales. sy doakan awk terus2 berjaya. :)
ReplyDeleteFhatin : betul tu letih badan dan mental.
ReplyDeleteBusyra : thank you awak..
saya rasa platform yg bagus utk start kerja dan nak boost up experience is as sales person. sebab kita tahu kerja ni bukan mudah dan tak semua orang boleh kerja convince person in public gitu.. saya pon takleh buat macam tu tau..
ReplyDelete@Gee Lion Jujur cakap mmg susah kak..huhu..
ReplyDelete