Penting ke join takaful?


Assalamualaikum,
Ini adalah entry ikhlas dan aku sendiri bukanlah ejen insurans. Cumanya aku pemegang medical card dari company abah aku bekerja selama ni. Sebelum ni yang aku tahu cumalah best sebab sakit sikit je mampu masuk specialist, KPJ, Prince Court Hospital, Gleneagles hospital, apa lagi? Sebut saja mesti medical card cover. 

Jadi selepas baca status menarik yang ringkas tapi padat penuh penjelasan dari seorang member dalam fb tadi, aku tertarik nak google pasal apa itu takaful. Kalau korang nak penjelasan penuh boleh baca di:


So ni pula status ringkas yang menarik hati aku tu:

Isteri bertanya sewaktu dalam kereta,
" Abang, kalau kita takde claim takaful dapat tak duit yang dibayar bulan-bulan?"
" Ada setengah takaful ada dapat. Tapi kebanyakkan pelan takaful tak dapat. Nama nya non-claim bonus (NCB) "
Isteri lantas berkata
"Rugi lah duit yang dibayar bulan-bulan"
Tiada yang rugi sebenar nya. Konsep takaful itu sendiri berbeza dengan insurans
Takaful berasaskan konsep KAFALA (TOLONG-MENOLONG). Sebahagian wang caruman dibayar akan dimasukkan ke dalam tabarru'. Wang dari Tabarru' ni akan digunakan untuk menolong ahli - ahli yang ditimpa musibah seperti sakit dihospital atau kematian
Secara tak langsung, ini dikira infaq bulanan kita. Kita bukan tolong orang yang menipu tapi yang benar-benar sakit.


Saya bertanya pula,
" Kenapa sentiasa perlu tutup pintu rumah apabila tiada keperluan? "
" Sebab nak elak dari kecurian "
" Pernah berlaku kecurian? Kalau tak pernah, kenapa mesti kunci?"
" Takkan nak tunggu kena curi baru nak tutup pintu "
Begitula takaful. Kita mungkin rasa rugi kerana kita sihat.
Tapi percayalah bila segala nikmat ditarik baru tahu bertapa penting nya takaful.

Jadi, jika sesiapa berminat untuk join takaful ni, dimana kita dapat sumber pahala berterusan, kita dapat juga sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Bak kata orang tua tua, sediakan payung sebelum hujan. Kan? 

Boleh contact number dibawah, or klik saja gambar untuk direct ke FB beliau. Terima kasih.



Post a Comment

5 Comments

  1. Reen sampai sekarang hanya ambil insurans hanya waktu reniew road tax moto.. Masih tak berani untuk komitment bayar insurans..

    ReplyDelete
  2. @Reen Johari hihihi, nanti bila dh bersedia reen bleh la cari ejen insurans yg reen percaya.

    ReplyDelete
  3. Saya dah pernah iniate cari ejen Takaful dulu. Tapi penerangan yg diberi bercanggah antara satu sama lain utk soalan yg sama. Itu yg terbantut niat tuh. ^_^

    ReplyDelete
  4. Saya bertanya pula,
    " Kenapa sentiasa perlu tutup pintu rumah apabila tiada keperluan? "
    " Sebab nak elak dari kecurian "
    " Pernah berlaku kecurian? Kalau tak pernah, kenapa mesti kunci?"
    " Takkan nak tunggu kena curi baru nak tutup pintu "
    Begitula takaful. Kita mungkin rasa rugi kerana kita sihat.
    Tapi percayalah bila segala nikmat ditarik baru tahu bertapa penting nya takaful.
    Assalamualaikum Tuan izinkan saya utk share kata2 en. Di atas

    ReplyDelete