Orang pemalu boleh ke jadi shop assistant?


Hi assalamualaikum,

Orang pemalu boleh ke jadi shop assistant? Fuh, berpeluh juga harini, maklumlah first day. Masa sebelum masuk degree dulu aku dah pernah kerja kedai buku tapi kerja aku just duduk kat meja cashier tunggu orang datang bayar je, but now? Bak kata Ahmad Hasif dalam komennya semalam;

tahniah.. semoga terus berjaya yer.. jual perabot pun ok juga tu.. tapi kena pandai bercakap la terutama in bm n bi.. demo pun kena mantap.. harga semua dalam kepala dah.. jenis material kayu tu semua dah ada dalam kepala.. gud luck..
Yes betul, maybe sebab perabot takde synopsis macam buku kot, ahahaha. Semua orang akan bertanya dan bertanya dan bertanya.

"tilam ni spring ke foam ke latex?"
"harga ni tak boleh turun ke dik?"
"ni jual satu set ke"
"kalau nak beli sofa tiga je boleh dak?"
"kalau nak set bedroom taknak meja mekap boleh tak?"

Harini hari first jadi aku cuma ikut dan tengok je kak Fatin and Mr.Robin layan customer (satu tempat kerja). Alhamdulillah Mr.Robin and Kak Fatin langsung tak sombong tapi banyak tunjuk ajar aku tentang kerja, daripada jenis kekayu or katil, macam mana nak jual set ke asing, jenis tilam, cara kira harga include gst, cara key-in maklumat sampailah cara nak berinteraksi dengan customer. Mulut harini masih berat lagi tapi aku gagahkan juga untuk banyak bercakap memandangkan aku memang banyak nak bertanya. Malu bertanya sesat jalan kann, baik aku tanya. 

Yang bestnya perabot dikedai aku kerja ni ditawarkan dengan harga yang sangat murah. Aku bukan syok sendiri tau, aku tak pernah plak shopping perabot ni jadi aku sendiri tak tau harga, tapi aku tengok sendiri dua tiga customer dah ketuk dahi sebab terbeli dari kedai lain dengan harga yang lebih mahal tapi produk yang sama. Jadi senang kerja aku sebab tak payah pening-pening layan kaki minta diskaun. Hahahahaha. *evil laugh*.

Bak kata Mr.Robin, nak kerja apa pun nanti untuk kerja tetap, tak apa start dengan kerja kat kedai-kedai dulu. Buang dulu rasa malu malu nak berhadapan dengan orang. Lagipun orang muda ni senang nak catch up ilmu. Banyak jugalah skill bercakap yang Mr.Robin ajar tadi, bukan senang nak yakinkan orang untuk beli produk kita, tapi memandangkan barang kita bagus dan harga murah berbanding kedai lain, tak payah paksa pun, orang akan datang beli juga cepat atau lambat (lepas dia survey tempat lain).

Bab harga dan jenis material tilam memang aku kena refer orang lagi sebab aku ni lampi sikit. Tak apa esok belajar lagi. I kenduit!

tahniah dapat kerja dah! betul lah tuh, zaman sekarang ni mmg tak boleh memilih kerja sangat kan and at least kerja retail ni boleh tambah pengalaman lagi2 in terms of, komunikasi dgn org kan :Danyway, selamat bekerja! :D - FATINAMDFZFR
Yes, thank you Fatina Mdzfr untuk komen semalam. Memang banyak sangat pengalaman diperlukan untuk kukuhkan skill komunikasi ni. Fuh fuh.. So aku nak buktikan orang pemalu BOLEH jadi shop assistant.

Dan untuk Erin Azmir, Tedi, Fhatin, Cik Shuya, Farhana and kakSha, terima kasih sebab doakan aye... :) 

Okaylah tata~

Post a Comment

20 Comments

  1. mana2 kerja part time macam salesgirl nie bagus sebenarnya. boleh asah skills berkomunikasi. heheheh all the best ya :D

    ReplyDelete
  2. apa saja kerja asalkan halal dan tak menyusahkan orang, itu lah yang terbaik. Good luck

    ReplyDelete
  3. saya pon agak pemalu orangnya.. hehe..
    tapi saya pon pernah kerja jadi shop assistant kat kedai bunga..
    utk orang yg pemalu memang rasa jantung je berdebar-debar je bila costumer masuk. tapi alhamdulillah semuanya dapat dihandle dengan baik. paling best, pengalaman macam ni ajar saya utk berdepan dan handle lebih banyak karenah manusia dengan lebih baik..

    ReplyDelete
  4. good luck! samalah mcm kita. sy skrg tolong bapa jaga kedai makan so mmg banyak berinteraksi dengan customer. kalau dulu mmg pemalu gila tp sekarang tak kekok lagi dah hihihi.

    ReplyDelete
  5. fatin pun bekerja dalam retail ni cuma kat kedai buku lah, so, I can understand your feeling regarding working with this kind of job :) seronok tau kerja retail ni, boleh interact dgn ramai org, boleh tgk barang apa sampai dulu hihi

    chaiyok chaiyok! You can do it! :D

    ReplyDelete
  6. awal2 memang malu, nanti lama2 dah pandai handle customer, dah biasa dengan soalan and dah kenal dengan product confirm lancar je. anyway, selamat menempuh alam pekerjaan :)

    ReplyDelete
  7. goodluck sis. work smart hehe. In Shaa Allah pengalaman baru boleh dewasakan kita kan hehe

    ReplyDelete
  8. Tak pe dear.. Yang penting belajar dan dapatkan pengalaman. Mana tau esok lusa boleh update perkara yang dear belajar.

    Contohnya, up entry berkenaan "Cara memilih tilam yang betul" atau "kenali jenis tilam dan fungsinya" atau.. "Tips untuk mengetahui tilam yang berkualiti rendah dan tinggi".

    Atau.. "Jenama tilam yang bagus, murah, berbaloi". Dan banyak lagi... Good luck dear!

    ReplyDelete
  9. timba pnglmn dlu kn ;) i pun sma nihh..x tau la kje nnti cmne..haha

    ReplyDelete
  10. wah kerja elok elok ye ^^

    ReplyDelete
  11. buat apa nak malu? keje halal.kira okeyla tu. kalau sy pon mcm2 saya penah jual

    ReplyDelete
  12. Sue bee: betul tu Sue, kekadang kita kena kluar juga dari zon selesa kan...

    gee lion : hihi sangat berdebar,,, dengan suara kadang tak keluar, gagahkan jugak.

    eeca: wahh kedai makan lagi sibuk kan, mmg membantu nak asah skill komunikasi tetambah ngan customer cerewet.

    ReplyDelete
  13. @Fatina hahaha pernah juga kerja kedai buku, lagi satu ilmu nak terer uruskan stok yg berlambak.hihi

    ReplyDelete
  14. @farhana jafri terima kasih, tgh sibuk menghafal juga ni...

    ReplyDelete
  15. @Shaidatul Aireen thanks elsa... hihi, let it goooo. let it go....

    ReplyDelete
  16. @Maman Reen yes definitely, ilmu kena share kan...

    ReplyDelete
  17. @Nabila Syifahehehe sy tak malu dengan kerja sy, cuma sy jenis pemalu :P beza tu...

    ReplyDelete