Jangan kata hakak tak payung.
Hahahah sekali sekala belanja gambo sendiri apa salahnya kan. Okay jom, harini aku nak cerita pasal cara nak berjalan dengan heels yang betul, so then barulah nampak kita ni ada confidence and bergaya sikit.
Sebelum nak berjalan dengan selesa dan bergaya ni, kenalah ada high heels yang best dulu. Adoi, takkan nak catwalk pakai selipar jamban pula kan, tak comel lah, muahahaha. So kalau nak tips yang best masa nak beli atau pilih high heels pertama korang, sila baca entry yang aku tulis sebelum ni (klik bawah):
“Give a girl the right shoes, and she can conquer the world,”, bak kata Marylin Monroe. Okay dah ada kasut yang best dah? Jom mulakan cerita kita... Jeng jeng jeng...
Okay ni tips paling penting masa kita nak berjalan dengan high heels ni. Semasa mengatur langkah itu pastikan kaki yang menjejak tanah tu mendarat dengan tumit dahulu, bukan tapak yang depan mahupun jari kaki ataupun korang akan jadi awkward dan pelik sangat. Hahaha, kalau tak percaya ce try, kehkehkeh. Contoh langkahan yang betul rujuk gif kat bawah :
Kalau dah pakai heels ni tak boleh lah nak langkah besaq besaq. Dah la pelik lepas tu tak comey pulak. Kalau nak cepat bleh langkah laju laju tapi maintain langkahan kecik tu. Another rule, langkah dengan satu kaki ke depan kaki lagi satu. Korang boleh praktis jalan atas line kecik kat jalan , atau buat imaginari line korang sendiri, dan start cat walk tu.
Kalau pakai heels lepastu kalut, memang disaster lah. So tenangkan diri dan jalan dengan penuh konfiden. Kalau tak cukup konfiden pun buat-buat je konfiden (macam aku selalu buat,kahkahkah). Boleh je jalan laju dengan heels tapi lepas korang dah cekap lah. Okay. Aku pun takdelah cekap mana, cuba ligan aku dengan cicak, berteraboq juga.
Apa benda pun dalam dunia ni kalau dibuat berulang kali, walau susah macam mana pun, lama-lama mesti terer punya. So banyak-banyak lah praktis dengan macam-macam jenis kasut. Lagipun design antara satu kasut dengan kasut yang lain akan tak sama tahap keselesaannya and ada trick tersendiri untuk bergaya dengannya. So kenalilah kasut korang sendiri, hewhewhew.
Harap korang sukalah tips dari aku ini, tata~!
18 Comments
suka pakai heels tapi i nih jenis jalan laju hihihi so lebih suka ber'flat' sahaja
ReplyDeleteHaha mai pun jenis berjalan laju, heels ni masa special event or hari2 raya dan kenduri je :P
DeleteSaya ingin pake sepatu tinggi
ReplyDeleteTapi kurang terbiasa diri
Ada takut jatuh dan lecet dikaki
Namun kan ku pake tips baikmu ini
mungkin nanti kamu boleh biasakan diri ,hihi
DeleteDah lama tinggalkan kasut bertumit.. Sejuk badan dah bam bam.. Takut tak boleh nak imbangkan badan..
ReplyDeleteHehehe takpe janji akak dh puas merasa dulu..
DeleteAla.. Kak Sha dah tak boleh pakai heels..
ReplyDeletePinggang tak sihat.. Lama dah tak pakai..
Dah 7 tahun lebih tinggalkan heels..
Tapi seriouslly memang bila pakai heels dia punya confident tu lain macam tau..
Ye ke kak sha, cepat sembuh ya..takpe tak pakai heels pun tak pa asalkan kesihatan dan keselamatan diutamakan. cepat sembuh kak sha.
Deletei pakai high heels almost everyday in my life sbb i banyak gila formal presentation to do in my school haha
ReplyDeleteHahaha, presentation ni kalau pakai cantik-cantik mesti semangatnya dan present tu lain macam. hihi
Deleteteringin nak pakai kasut tinggi2 macam tu
ReplyDeletehihihi try la slow2 dulu anzra.
DeleteBV nak try pakai high heel la lepas baca tips nie. memang takberapa pandai pakai heels T^T
ReplyDeletehihihi takpe bv, slow slow dulu.
ReplyDeleteSangat jarang pakai high heels.. Sebab encik suami tak suka. Kui kui kui. Tapi kan.. Kalau pakai high heels, gaya jalan lebih confident.. Lebih feminine.. Lebih anggun gitu.
ReplyDeleteMmg cantik pkai heels tp yg pkai je thu seksanya nk kne stablise --' time pkai heels jln kemain sopan, tkot trpleot..
ReplyDeleteharitu pakai sampai terjatuh sebab first time pakai lepas ni boleh praktislah tips ni
ReplyDeleteboleh praktislah tips ini lepas ni haritu pakai sampai terjatuh sebab first time pakai
ReplyDelete