1. Memulaukan
"Jangan kawan dengan dia"
Jenis pembulian paling popular mungkin, aku rasa dari tadika dah ada golongan pembuli ni, dimana dia ada power untuk mengawal dengan siapa orang boleh berkawan dan tidak. Kejayaan baginya bila tengok mangsa tiada siapa untuk bercakap dan tiada siapa untuk bermain.
2. Memberi gelaran memalukan
"Dia gemuk macam Doraemon kan" - kata ketua
"Ha ah, Doraemon, Doraemon, Doraemon" - maka bersoraklah kaum pembuli lainnya
Gelaran memalukan berdasarkan warna kulit, saiz badan, malah keturunan. Ewahh, terlebih bijak anak-anak zaman sekarang ni mendiskriminasikan dan melabel seseorang.
3. Mengejek keluarga
Mengejek nama, atau pekerjaan bapak/ibu mangsa. Mengejek keturunan. Atau ada saja bahan yang pembuli ini gali, untuk dijadikan bahan mengejek. Pathetic life.
Stop it, of course! But how? Meh ahkak Mai ajaq hangpa semua naaa...
1. Ubah mindset yang kita tak mampu ubah keadaan
Tak ada orang yang sempurna pun dalam dunia ni. Tak ada istilah kita tak cukup bagus atau kita teruk pun. Dan kalau betul pun kita tak cukup bagus, 'so what?' . Kita hidup dalam dunia ni bukan untuk puaskan hati orang lain kan.
2. Terima hinaan dan serangan pembuli
Belajar untuk terima hinaan dan serangan pembuli, nanti pembuli akan bosan dan tak ada bahan dah nak mengejek. Macam ni, ada satu kisah seorang adik perempuan berumur 16 tahum, dia ni kat sekolah dia kena ejek dengan panggilan ZLATAN. Memanglah dia sedih, umur dia 16 tahun dan dia ni seorang perempuan pula, lepas tu satu sekolah gelarkan dia Zlatan.
Zlatan |
So apa yang dia buat? Dia tukar profile Facebook dia dengan gambar Zlatan! Isyarat bahawa dia nak kata " Go on, bring it on, aku pun rasa benda tu lawak , teruskan, teruskan". So bila mangsa ni dah tak terasa mcm dibuli, pembuli tu pun stop lah, sebab lawak bodoh depa tu dah jadi hambar...
3. Manfaatkan hinaan mereka
Sekiranya hangpa ada bakat dalam menulis atau melukis, ambil idea hinaan mereka dan buat satu artikel menentang mereka, mana tahu sekiranya artikel kita diterbitkan dalam majalah sekolah ataupun surat khabar nanti padan muka diorang, terdiam. Contohnya, depa selalu mengejek pasal kulit kita yang tak berapa nak cerah ni, buat artikel berinformasi mengenai "Bilal bin Rabah yang kulitnya hitam dijamin syurganya adalah bukti bahawa warna kulit bukan syarat untuk menjadi mulia", biar sedar sikit diri depa tu. Ataupun tulis je pasal "Pembuli; Masalah mental atau mereka sebenarnya tidak bahagia", kahkahkah.
4. Bangkit
Ceritalah pada keluarga tentang masalah buli yang hangpa hadapi. Minta adik-beradik berlakon menjadi pembuli dan suruh mereka gayakan macam yang pembuli tu selalu katakan kat hangpa, then berlatihlah menyusun kata untuk nak fight back (bukan bertumbuk) bila kita kena hina/ejek. Berlatih depan cermin pun boleh. Yang penting bila sampai masanya kita nak bangkit dan bersuara dengan lantang apabila kita dah penat dibuli tu, kita nampak yakin. Lantang memang perlu, biar depa sedar, bukan depa je power, kita pun power, cuma kita tak salah guna.
Ok semua? Apapun kalau pembuli tu melampau, walaupun jentik sekalipun, sekali dia sentuh kita, pergi report polis! Melampau kalau dibiarkan.
7 Comments
Tapi ada juga yang tak mampu menghadapi gangguan pembuli nie.. Nasihat akak dapatkan bantuan ibu bapa.. Mak dan ayah pun patut percaya pada anak dan bantu mereka.. Kadang2 mangsa buli nie tertekan sebab mak ayah tak percaya dan tak mahu membantu.. Sama2 kita pantau anak2 kita..
ReplyDeleteyes betul... Ibu bapa pun memainkan peranan dlm hal mcm ni.
DeleteSelalu yang alami macam ni zaman sekolah rendah.. Heh :D
ReplyDeleteHahaha, tu la kak reen, sy pernah jadi kemurungan masa sekolah rendah sbb mcm ni la, lepas tukar sekolah dah okay.
Deletekes buli banyak sngt sekrang ni kan. sedih sngt tngok budak2 yg lemah asyik kena buli ja. huhu
ReplyDeletenombor empat aku dah try dah,tapi ngan cara lelaki and berkesan,x pasal ii aku lak jadi pembuli...tpi versi baik hati lah....aku bukak wbsite ni sebab aku kena buli lagi kali yang kedua....saje nk komen
ReplyDeleteKalau asyik kena buli je awak kena do something la jangan biar...Report...
Delete