Sampah apa yang mereka bukukan ini, sampah apa yang mereka jualkan ini.
Aku marah , sebab aku tertipu dengan kulit bukunya,
sebab aku terhasut dengan gah nama penerbitnya.
Tahniah,
kerana berani bukukan sampah.
Wahai penulis buku yang berbayar, kerahlah minda hasilkan sesuatu yang tinggi kualiti serta martabat bahasanya.
Aku haus pembacaan yang boleh menghanyutkan aku ke dunia lain,
untuk aku escape sementara realiti yang sempit.
Dan aku sangat perlu, pembacaan yang boleh mengaktifkan minda agar ligat kembali berfikir, bukan sampah yang baca lalu muntah hilang tiada rasa begitu.
0 Comments